Sunday, October 31, 2010

Kenapa harus begini : Apakah berdosa jika bertudung dan mempertahankan hukum Allah swt?

Saya telah ditandakan oleh salah seorang sahabat baik saya di facebook berhubung satu kisah yang berlaku baru-baru ini di turki. Cukup menyedihkan dan cukup mengecewakan kita selaku umat islam bila membaca nya. Kenapa harus dipersoalkan pendirian mereka yang bertudung? Apakah menutup aurat itu suatu dosa dan kecaman buat mereka yang berfahaman sekular? Saya tidak faham kenapa..



Sila baca petikan ini terlebih dahulu.Rupanya wanita di atas ini telah lama didikriminasikan di negara kelahiran sendiri, iaitu TURKI gara-gara dia memilih untuk bertudung dan menutup aurat. Jika di negara lain mereka sanggup menghadapi caci maki dan hinaan dari pemerintahan, pimpinan  pembangkang dan rakyat yang berfikiran sekular semata-mata mahu menegakkan hukum Allah swt, atas sebab apa pula Datin Seri Rosmah tak boleh? Kita sebagai rakyat muslim malaysia, akan berbangga dan memuji serta menyokong usaha baik dari Datin Seri Rosmah Mansur sebenarnya. Saya jadi keliru..


Baca petikan ini


ANKARA 30 Okt. - Ketua-ketua tentera Turki memulaukan upacara rasmi di Istana Presiden kerana isteri Presiden Abdullah Gul memakai tudung.Akhbar hari ini melaporkan kepimpinan tertinggi tentera dilihat tidak menghiraukan majlis sambutan anjuran Abdullah lewat semalam bagi meraikan ulang tahun penubuhan Turki moden dan sekular pada 1923.Menurut laporan akhbar, pihak tentera mengadakan satu majlis berasingan pada waktu yang sama sebagai alasan bagi jeneral-jeneral tidak memenuhi jemputan Abdullah.Pembangkang utama berfahaman sekular, Parti Republikan Rakyat (CHP) turut menolak pelawaan Abdullah.Wanita Pertama Turki, Hayrünnisa Özyurt, memakai tudung sejak zaman remaja lagi.Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengecam pemulauan itu. Isteri Recep Tayyip turut memakai tudung.Jeneral-jeneral tentera menganggap tudung sebagai ancaman kepada tradisi sekular Turki dan menentang sebarang kelonggaran kepada pengharaman pemakaiannya di sekolah dan bangunan kerajaan. - AFP




Untuk rekod, wanita di atas bukanlah sebarang wanita. Bukan wanita biasa. Wanita tersebut ialah isteri kepada presiden turki. Dan kini turki sedang menuju ke arah satu perubahan yang baru dan baik selepas parti islam memenangi piliharaya turki baru-baru ini. Saya mendapat tahu bahawa pihak kerajaan turki (parti islam turki) sedang ber-ura-ura mahu meminda perlembagaan yang membenarkan amalan bertudung di negara mereka ketika bersekolah dan berkerja.


Ameno : Bila agaknya malaysia akan diperintah oleh pemimpin-pemimpin islam sejati? Saya berharap boleh menyaksikan perkara tersebut sebelum ajal datang menjemput.

No comments:

Post a Comment