Saturday, October 16, 2010

Tol 4 lebuh raya tidak dinaikkan..tapi WANG KWSP digunakan menanggung kos tersebut dengan membeli PLUS..!!! Wang Rakyat juga kena tipu....!!!


Mulai semalam orang ramai tidak akan dibebani dengan kadar kenaikan tol di empat lebuh raya kendalian PLUS.


KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd. (PLUS) tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta bagi meringankan beban pengguna.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2011 berkata, langkah itu diambil kerana kerajaan amat prihatin terhadap rakyat yang terpaksa menanggung kos pengangkutan yang semakin meningkat.
Sementara itu, UEM Group Bhd. (UEM Group) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mewujudkan sebuah syarikat khas (SPV) untuk tawaran mengambil alih keseluruhan aset dan liabiliti PLUS pada harga berjumlah RM23 bilion.
Tawaran yang akan dibayar secara tunai itu adalah bersamaan dengan RM4.60 untuk setiap saham, demikian menurut kenyataan bersama KWSP dan UEM Group.
UEM Group akan menguasai sebanyak 51 peratus pegangan di dalam syarikat khas tersebut manakala 49 peratus lagi akan dimiliki KWSP.
Tawaran ini bergantung kepada kejayaan penstrukturan semula Perjanjian Konsesi dengan terma-terma yang boleh dipersetujui oleh semua pihak.

No comments:

Post a Comment