Thursday, November 25, 2010

Dr M perlu taubat nasuha" – Mohd Nor Manuty

n100000191866406_3318PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihat melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu.
"Muktahir ini Dr Mahathir menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia," kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau berkata, "pada usia senja adalah lebih baik untuk beliau banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT.
Menurut beliau, Dr Mahathir bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar.
"Beliau mengaibkan Anwar dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri itu mengaibkan Anwar dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.
Anwar berhak pertahan diri dari fitnah
Justeru itu katanya, Anwar mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah.
"Kiranya tindakan Anwar mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil," ujar beliau.
Beliau memetik sepotong ayat dalam al-Qur’an: ”Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap.” (al-Isra’: 81).
Menurut Dr Muhammad Nur Dr Mahathir juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu,
kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik melayu.
"Menjadi satu kebiasaan mantan Perdana Menteri meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjuran beliau diatas bahu orang lain.
Isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri," terang beliau.
PKR lahir akibat kezaliman Mahathir
Beliau berkata, "parti yang didakwa kecil oleh Dr Mahathir pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
"Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insyaAllah, mengambil alih pemerintahan negara.
"Inilah yang digeruni oleh Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah. Sewajarnya mantan Perdana Menteri berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi,’ tambahnya.
Ujar beliau lagi, "seandainya Anwar itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Dr Mahathir, mengapa Anwar masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi
pelbagai media.
"Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para ‘ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antarabangsa," katanya.

No comments:

Post a Comment