Mohd Riduan Khairi telah menulis dalam Utusan Malaysia bahawa adalah tidak wajar peristiwa Memali diungkit. Saya tidak membaca Utusan Malaysia kerana saya tidak suka membaca kisah dongeng dan tahyul tetapi tulisan Riduan telah dipetik oleh portal berita The Malaysian Insider. Sila baca tulisan beliau di sini.
Sebelum saya memberi respon saya, suka saya menyatakan di sini bahawa saya bukan seorang ustaz, ulama atau pakar rujuk agama. Saya tidak cukup ilmu untuk memetik ayat-ayat Al-Quran atau Al-Hadis, apatah lagi untuk memutar-belitkan dalil-dalil untuk mempertahankan tuan-tuan politik saya. Justeru saya tidak memaksa sesiapa menerima pendapat saya. Ini adalah pendapat peribadi.
Daripada pembacaan saya, intipati tulisan Riduan menyarankan supaya kita hanya mengambil teladan daripada kisah sedih Memali tetapi tidak perlu “mengungkit-ungkit” hal yang telah berlalu. Bagi saya, saranan ini tidak ada logiknya.
Bagaimana kita ingin mengambil teladan tentang Memali jika kita tidak memperingati peristiwa itu? Pada saya, jika kita hendak mengambil teladan daripada peristiwa Memali, kita mesti bersikap terbuka dan terus memperingati peritiwa berdarah itu.
Cubalah tanya anak-anak muda sekarang. Saya percaya sebahagian besar mereka tidak pernah tahu yang 14 orang kampung yang miskin telah dibunuh oleh pihak polis atas arahan kerajaan pada masa itu. Teladan apa yang dapat diambil jika generasi akan datang tidak tahu pun apa itu Peristiwa Memali?
Riduan juga menyelitkan beberapa hadis dan cerita sejarah Islam untuk menyokong hujah beliau. Malangnya, tidak ada satu pun yang relevan dengan isu Memali.
Apa kena-mengena wafatnya Rasulullah SAW dengan pembunuhan di Memali? Apa pula relevannya kisah pembunuhan Saidina Umar al-Khattab, Uthman Affan dan Ali Abi Talib?
Menurut Riduan, “walaupun mereka semua pemimpin yang sangat disayangi oleh umat Islam, dibunuh dengan kejam, namun tidak pernah umat Islam meratapi pemergian mereka dengan peristiwa ulang tahun atau acara ritual yang lain”. Jadi apa?
Mungkin dalam kelam-kabut untuk menghiburkan hati tuan-tuan politik beliau, Riduan hilang fokus kepada isu sebenar tentang Memali.
Pembunuhan Saidina Umar, Uthman dan Ali memang menyedihkan umat Islam tetapi mereka dibunuh oleh musuh-musuh Islam.
Berbeza pula dengan penduduk Memali yang dibunuh oleh kerajaan mereka sendiri kerana mereka tidak mahu menyerahkan Ibrahim Libya untuk ditahan di bawah akta kejam ISA. Memperingati Peristiwa Memali bukan untuk meratapi mereka yang telah pergi, tetapi untuk kita mengambil teladan bahawa kuasa kerajaan yang tidak terkawal lazimnya akan berakhir dengan penindasan kepada rakyat sendiri. Bukankah Riduan sendiri ingin kita semua mengambil “teladan” daripada Peristiwa Memali?
Riduan sekali lagi memutar-belitkan cerita apabila membandingkan usaha memperingati Peristiwa Memali dengan amalan puak Syiah.
Setahu saya, tidak ada kita mendengar kisah orang-orang Memali keluar ke jalan-jalan raya memukul diri sendiri dengan pedang dan benda yang tajam, hingga darah mengalir dari wajah mereka. Jadi apa kaitannya cerita amalan puak Syiah itu dengan cerita Memali?
Saya juga agak bingung dengan tulisan Riduan yang tidak konsisten.
Tulisan beliau ada menyentuh peri pentingnya perpaduan di kalangan umat Islam dan kononnya memperingati Peristiwa Memali akan menambahkan perpecahan umat. Jika benar beliau ingin melihat perpaduan di kalangan umat Islam, kenapa Riduan begitu bersungguh-sungguh memburuk-burukkan puak Syiah? Bukankah puak Syiah juga beragama Islam?
Riduan menutup tulisan beliau dengan menyatakan bahawa “Islam menganjurkan umatnya untuk bersabar dan reda dengan musibah dan fitnah yang melanda. Sikap mengungkit-ungkit dan membangkitkan pertikaian yang telah berlalu, nyata bukan sikap sebenar umat Islam. Ia merupakan sikap musuh-musuh Islam yang mahu dan suka melihat umat Islam dan umat manusia bertikai dan berpecah-belah.” Saya setuju.
Jadi saya berharap Riduan dapat menyokong saya dalam mencadangkan kepada kerajaan supaya meminta maaf secara rasmi dan terbuka kepada penduduk Memali, dan membuka semula siasatan secara bebas dan terperinci untuk memberi keadilan kepada mereka. Hasil penyiasatan ini juga dapat mengelakkan fitnah di masa akan datang. Saya juga mencadangkan supaya kerajaan menambah pampasan yang telah diberikan kepada keluarga yang terlibat. Jika ini dilakukan, baharulah kita boleh menutup kisah sedih Memali daripada sejarah negara kita dan mengelakkannya daripada berulang.

No comments:
Post a Comment