Thursday, November 25, 2010

Sidang DUN Perak - Sila benarkan perbahasan tanpa diganggu

Sekretariat Pakatan Rakyat, YB Idham Lim , Adun Titi Serong, dalam satu kenyataannya disini berkata bahawa Adun-adun Pakatan Rakyat berharap persidangan Dewan Rakyat Negeri yang akan bermula pada 30 November ini akan dapat berjalan lancar tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak.

Beliau berharap persidangan kali ini bukan sekadar satu hari sahaja sebagaimana yang berlaku sebelumnya.Beliau berharap supaya ianya diadakan sekurang-kurangnya tiga hari supaya segala isu yang berhubung dengan masalah rakyat dapat ketengahkan dan dibahaskan dengan baik.

Menurutnya lagi bahawa arahan telah dikeluarkan kepada semua Adun-Adun Pakatan Rakyat supaya menyediakan text perbahasan yang lengkap dengan fakta bagi tujuan membahaskan isu-isu rakyat.

“Kami berhasrat untuk membahaskan isu-isu rakyat bagi tujuan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi,” kata Lim.

Beliau berharap peruntukan masa yang cukup dan sesuai diberikan untuk perbahasan dan meminta supaya pembesar suara tidak dimatikan apabila Adun Pakatan Rakyat sedang berhujjah.

“Sila benarkan orang ramai hadir untuk turut menyaksikan persidangan tersebut sebagai membuktikan ketelusan kerajaan yang ada ini,” katanya.

Disamping itu, beliau berharap bahan-bahan yang tidak pernah dilarang masuk sebelum PRU ke-12 dulu, dibenarkan bawa masuk seperti komputer, kamera dan telefon.

No comments:

Post a Comment