Monday, December 27, 2010

Ahli Parlimen BN dedah bukti pengkhianatan Umno/BN terhadap rakyat Sabah!



Akibat seringkali gagal menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri PATI dan hak warganegara Sabah secara dalaman (kerana tekanan, halangan dan karenah birokrasi), akhirnya Ahli parlimen BN dari Tuaran ini tidak dapat menahan kesabarannya lagi..

Kali ini beliau menyahut cabaran kementerian (Menteri Dalam Negeri) utk membuktikan bahawa sememangnya wujud kerja2 'menghalalkan' atau 'mewarganegarakan' golongan pendatang tanpa izin (PATI) demi kelangsungan POLITIK puak pemerintah!

Ternyata kerajaan Umno/BN selama ini adalah PENGKHIANAT terhadap maruah bangsa dan tanah airnya sendiri...kemenangan demi kemenangan yg diraih mereka khususnya di Sabah adalah secara haram dan tidak sah!

Suara dan teriakan pembangkang yang selama ini mendedahkan isu ini bersekali bukti dan fakta langsung tidak diendahkan mereka, malah mereka menuduh pula itu hanylah fitnah pembangkang dan isu yang tidak releven..



Hari ini, bukan Anwar, bukan MP Pakatan Rakyat yang mendedahkan isu pengkhianatan ini, tetapi yg mendedahkan ini adalah MP Barisan Nasional sendiri, seorang anak jati Sabah yang telah digadai maruah dan haknya oleh 'regim' Umno/BN!..

Penulis menggesa supaya artikel pendedahan ini didedahkan kepada orang ramai khususnya penyokong2 Umno yang masih 'beriman', hanya Umno/BN shj boleh memerintah..buktikan kepada mereka, Umno/BN sebenarnya adalah PENGKHIANAT kepada negara tercinta!...fikir2kan wallahua'lam...


Pendedahan

BUMBURING MENONGKAH ARUS MENENTANG PATI?

Ekoran daripada cabaran Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein memintanya mengemukakan bukti sekiranya benar wujud pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah diberikan dokumen pengenalan diri Malaysia, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Bumburing(BN), telah menerima cabaran tersebut dan mengotakan janjinya untuk mengemukakan bukti.

Disini adalah diantara sedutan wawancara Ketua Editor Sabahkini, Mutalib M.D dengan Ahli Parlimen Malaysia (P 170 Tuaran) yang diadakan di Bangunan Parlimen Malaysia pada 16 Disember 2010

MUTALIB M.D: Selamat Petang Datuk Seri. Saya dimaklumkan sebentar tadi Datuk Seri telah menyampaikan Memorandum kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri selaras dengan janji Datuk Seri kepada Dato’ Seri Hishamuddin pada 16 Jun 2010. Kenapa Datuk Seri mengambil masa agak lama untuk mengemukakan bukti berkenaan.


("Sekalipun dibuat secara terancang melalui ‘Skandal X-Files’ untuk tujuan politik bagi meramaikan pengundi dalam usaha melakukan ‘Coup De-taat’ (Kudita atau rampasan kuasa) politik daripada rakyat tulen Sabah; namun kecintaan terhadap ibu pertiwi, rakyat Sabah menyuarakan keluhan mereka melalui Adun dan Ahli Parlimen, termasuk saya.")

BUMBURING: Ya selamat petang dan terima kasih kerana kesudian Sabahkini.net memfokuskan isu yang amat penting ini kepada Sabah dan rakyatnya sejak lebih 30 tahun lalu. Sebenarnya enam bulan bukanlah masa yang panjang untuk menghuraikan masalah dan mencari bukti bagi menyelesaikan isu yang telah berakar umbi selama lebih daripada tiga dekad. Setelah berbincang dengan Panel Peguam UPKO dan beberapa pakar rujuk, inilah salinan memorandum, sama seperti yang telah saya serahkan kepada Dato’ Wira Abu Seman kerana Menteri Dalam Negeri tidak dapat hadir (menyerahkan sesalinan memorandum setebal 122 muka surat untuk rujukan sepintas lalu).

MUTALIB M.D: Kenapa Datuk Seri namakan ‘Memorandum ini sebagai Memorandum Pembatalan IC Projek (Sabah) Yang Diberikan Kepada PATI Melalui Skandal X-Files’. Jika kerajaan sudah berikan, bagaimana mereka mahu membatalkan?

BUMBURING: Tajuk itu dipilih secara rigid dan itulah hasrat tulus dan sucihati semua rakyat Sabah agar Kerajaan Persekutuan membatalkan semua dokumen pengenalan diri yang diberikan secara tidak sah kepada PATI. Mengikut undang-undang dan hukum alam, jika mereka boleh memberi, maka mereka boleh membatalkannya. Kita harap agar Kerajaan Persekutuan dan Kabinet Malaysia tidak akan teragak-agak untuk membatalkan semua dokumen ini secara mandatori dan tidak berdalih lagi kerana segala bukti telah saya serahkan.

MUTALIB M.D: Datuk Seri menggunakan terma ‘Skandal X-Files’ iaitu sinonim yang saya gunakan dalam buku saya ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’; apakah maksudnya sama atau ada maksud lain?


("Yakub bersedia menjadi saksi dan memberi keterangan di Parlimen atau di Mahkamah Undang-Undang berhubung dakwaannya bahawa Jabatan Pendaftaran Negara Sabah terlibat mengeluarkan ratusan ribu kad pengenalan projek kepada PATI di Sabah sekitar 1991 sehingga 1994.")

BUMBURING: Ya, pandangan kita hampir sama tetapi ada perbezaan yang ketara dari segi makna dan tafsirannya. Skandal X-Files bagi saya merujuk kepada ‘Gerakan Subversif’ kumpulan tertentu, sama ada dengan arahan atau secara bersendirian; mempengaruhi pihak berkuasa (Perdana Menteri, Menteri atau Timbalan Menteri) untuk menjalankan gerakan secara besar-besaran; mengeluarkan kad pengenalan diri kepada warga asing yang boleh disewa untuk tujuan politik..

Tetapi menggunakan modus operandi yang bercanggah atau menyimpang daripada kehendak Perlembagaan Persekutuan, semata-mata untuk mendapatkan kuasa politik dan menjadikan PATI yang boleh mengundi (setelah memperolehi kad pengenalan atau dokumen pengenalan sementara) sebagai ‘Fixed Deposit’ sehingga menafikan hak Anak Negeri Sabah yang tulen.

‘Skandal X-Files’ ini lebih dasyhat daripada ‘Skandal Watergate’ yang pernah berlaku di Amerika kerana skandal di Malaysia ini melibatkan rahsia, maruah dan kedaulatan ngara dan isu ini bukan rahsia lagi setelah saudara dan rakyat Sabah yang lain telah membentangkan hujah berhubung isu ini dalam buku beberapa buah buku yang telah dicetak dan dijual kepada umum.

No comments:

Post a Comment