Memang ramai yang mengharapkan Mazlan Aliman akan jadi calon PAS untuk PRK N5 Tenang yang dijadualkan awal tahun depan. Katanya dia sesuai jadi calon atas kapasiti sebagai pengerusi Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)
[sumber pic:Hrkh] |
Kalau peluang PAS di Tenang 50-50, aku pun setuju Mazlan jadi calon PAS. Mungkin faktor Mazlan sebagai calon boleh memenangkan PAS (itu pun belum tentu.) Tapi masalahnya aku langsung tak yakin macam tu realiti keadaan semasa di Dun Tenang.
Pada aku, keadaan di Tenang lebih memerlukan Mazlan sebagai tentera utama pasainya kalau dia jadi calon tak banyak yang dia boleh buat dan banyak benda yang dia tak boleh kata. Kerja calon bila naik pentas cuma terbatas setakat nak memperkenalkan diri saja. Memang dah jadi amalan calon tak dibenarkan berceramah. memang pun tak sesuai.
Lagi satu tugas utama calon adalah untuk berjumpa dengan seramai mungkin pengundi tak kira parti terutama sekali pengundi target.
Kalau masuk keluar Felda takat nak bersalam dengan pengundi, sapa-sapa jadi calon pun boleh buat. Yang kita nak, suara dia mendedahkan masalah dan penyelewengan dalam felda tu sampai ke telinga orang Felda. Biar depa faham.
Lagi satu, sebagai pengerusi Anak, dia perlukan banyak masa untuk merangka strategi untuk nak tarik warga Felda. Kalau dia jadi calon, mana nak sempat. Nak jumpak semua pengundi pun saheh tak sempat, inikan pulak kalau kerap sangat nak kena masuk mesyuarat.
Aku rasa, untuk PRK N5 Tenang ni, lebih cantek kalau Pas boleh letakkan calon berbangsa Cina dari DHPP. Kalau pun mungkin makin payah nak menang tapi sekurang-kurangnya kita dapat tingkatkan lagi semangat ahli DHPP.
Dan yang lebih penting lagi, PRK ni boleh dijadikan tempat untuk kita buat bermacam-macam experiment yang dapatan dari experiment tu boleh dijadikan panduan untuk PRU13 akan datang.
No comments:
Post a Comment