Wednesday, December 15, 2010

BN mahu rampas kembali majoriti dua pertiga? Tragedi Dewan Negeri Perak berlaku di Parlimen....

umnoAhli parlimen pembangkang telah mengemukakan pelbagai sebab mengapa Barisan Nasional (BN) bertegas untuk meluluskan penggantungan empat ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat selama enam bulan dari Dewan Rakyat.
Mereka berkata penggantungan empat MP ini akan menyebabkan blok pembangkang akan kehilangan taring di Dewan Rakyat.  Ketidakhadiran empat wakil rakyat akan mengembalikan majoriti dua per tiga BN di Dewan Rakyat.

Parti pemerintah BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008.  Ia turut kehilangan lima kerajaan negeri, lantas melakar lanskap politik baru di Malaysia.
Kini terdapat sejumlah 222 kerusi parlimen.  Ekoran dari pilihanraya pada tahun 2008, BN hanya memperoleh 137 kerusi berbanding Pakatan yang memperoleh 76 kerusi.  Parti Progresif Sabah (SAPP) mempunyai dua kerusi manakala Parti Sosialis  Malaysia, hanya satu. Baki enam kerusi disandang ahli bebas yang mesra BN.
Penggantungan empat MP yang diusulkan di Parlimen hari ini bermakna Pakatan hanya mempunyai 72 kerusi – kurang dua kerusi untuk menidakkan BN majoriti dua pertiga.
Persempadanan semula kawasan parlimen
Majoriti dua pertiga diperlukan untuk membuat sebarang pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan dan juga untuk meluluskan persempadanan semula kawasan parlimen, dakwa sesetengah ahli politik pembangkang.
Semalam kerajaan pimpinan BN telah mengusulkan agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) digantung tugas kerana berbohong di Dewan Rakyat.
Beliau didakwa berbuat demikian apabila mengaitkan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kempen Satu Israel.
Beliau turut menuduh Apco Worldwide yang diupah pentadbiran Najib mempunyai hubungan dengan negara Zionis.  Syarikat perhubungan awam antarabangsa tersebut telah menyangkal dakwaan itu.
Pada hari ini BN turut mencadangkan tiga MP Pakatan lain turut digantung selama enam bulan kerana kontroversi berkaitan Apco.
Tiga MP Pakatan berdepan penggantungan
Ketiga-tiga mereka  – Azmin Ali (PKR-Gombak), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Batu Gelugor) – berkemungkinan akan berhadapan dengan penggantungan tugas kerana membocorkan maklumat penyiasatan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan berkenaan kes Anwar.
BN telah memberikan notis penggantungan terhadap empat MP selama enam bulan. Tindakan ini menyebabkan beberapa MP pembangkang termasuk mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) marah. Beliau di dalam mesej Twitter berkata, “Penggantungan empat MP Pakatan dan lima MP Bebas membolehkan BN memperoleh majoriti dua per tiga secara mudah.”
“Mereka boleh meminda semula garis persempadanan dan menambah kerusi baru di Sabah (dan) Sarawak,” tambah beliau.
Seorang lagi ahli MP pembangkang yang lantang bersuara, Tony Pua di dalam mesej Twitternya menyoal  sama ada BN berusaha untuk “meminda Perlembagaan Persekutuan sebelum pilihanraya umum dan tindakan menggantung 4 MP Pakatan Rakyat sekaligus akan mengurangkan kuasa pembangkang kepada satu pertiga.”
Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) turut menulis mesej yang senada di dalam Twitter beliau.

No comments:

Post a Comment