Wednesday, December 15, 2010

ANWAR DI NAFIKAN HAK BERKENAAN USUL GANTUNG 6 BULAN


Para pemimpin utama Pakatan Rakyat kesal dan kecewa dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang didakwa gagal mengawal perjalanan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Mereka juga mendakwa Pandikar kerap membuat keputusan yang tidak konsisten termasuk menerima usul yang dibuat menteri sesuka hati atas alasan menggunakan kuasa Speaker.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Speaker seolah-olah tidak berpendirian teguh dengan membiarkan prosedur parlimen diperalatkan oleh kuasa majoriti.
"Prosedur parlimen dipermainkan oleh kuasa majoriti," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
Ketua Umum PKR itu berkata, beliau tidak diberi peluang menjawab terhadap usul menggantung beliau selama enam bulan kerana membangkitkan isu Apco dan Umno.
Dinafi hak pertahan diri
"Saya tidak diberi hak untuk mempertahankan diri sedangkan saya telah siap dengan hujah-hujah," katanya.
Ketua Pembangkang parlimen juga mendakwa keputusan yang dibuat oleh Speaker sentiasa berubah.
"Hari ini beliau menerima usul untuk mengantung tiga ahli Parlimen iaitu R Sivarasa (PKR – Subang); Karpal Singh (DAP – Bukit Gelugor) dan Azmin Ali (PKR – Gombak) dengan hujah-hujah yang tidak munasabah.
"Kalau tindakan di ambil ke atas mereka kerana bercakap dengan blogger dan media, apa salahnya panggil mereka untuk memberi keterangan. Panggil mereka, ambil keterangan dua jam," katanya.

No comments:

Post a Comment