Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar menamakan Felda dan Tabung Haji sebagai syarikat terbaik untuk mengambil alih aset-aset JCorp sekiranya ia memutuskan untuk meneruskan penjualan pegangannya.
“Perkasa gembira dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi JCorp bahawa QSR Brands dan KFC Holdings tidak akan dijual,” kata Abdul Rahman pada sidang media selepas mesyuarat biro ekonomi Perkasa di sini hari ini.
Semalam, Ghani berkata isu mengenai cadangan untuk melupuskan kepentingan JCorp di dalam kedua-dua syarikat itu tidak timbul sama sekali.
“Isu (penjualan kepentingan dalam QSR Brands dan KFC Holdings) itu tidak timbul sama sekali. Ia sama sekali tidak benar,” katanya.
JCorp dalam satu kenyataan semalam berkata, ia tiada rancangan untuk menjual aset-aset berharganya, QSR Brands Bhd dan KFC Holdings (M) Bhd, yang dipegang menerusi anak syarikatnya Kulim (M) Bhd.
JCorp memiliki 53 peratus dalam Kulim, yang menguasai 57.5 peratus pegangan QSR. QSR pula ada 50.6 peratus pegangan dalam KFC.
Ia menerima dua bidaan untuk memiliki syarikat, kedua-duanya membabitkan firma ekuiti persendirian asing.
Tokoh perniagaan tempatan Tan Sri Halim Saad cuba membida QSR bersama ekuiti persendirian Kumpulan CVC sebelum Carlyle Group membuat tawaran RM1.94 bilion.
Berhubung hutangnya, Perkasa mengesyorkan agar JCorp disusun semula bersama dengan kesemua anak syarikatnya.
“Perkasa mengalu-alukan langkah JCorp untuk menyusun semula pengurusan JCorp dan anak-anak syarikatnya,” kata Abdul Rahman.
Katanya, mereka yang menyebabkan beban kewangan JCorp tidak wajar memegang jawatan dalam syarikat itu lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif JCorp Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang mengetuai perbadanan itu selama 28 tahun melepaskan jawatannya Julai lalu.
Beliau dugantikan oleh Kamaruzzaman Abu Kassim.
No comments:
Post a Comment