Aku mushkil sangat berkenaan kuasa siapa sebenarnya untuk lantik SUK negeri-negeri. Kalau tanya rakyat Malaysia, aku jamin majoriti besar akan kata kuasa melantik SUK mesti ada pada kerajaan negeri kalau tidak pun kuasa mutlak menteri besar negeri tersebut.
Entah macamana tiba-tiba satu Malaysia terkejut dan keliru bila Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara mengumumkan perlantikan Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan negeri Selangor yang baru.
Tambah mengelirukan bila tak lama lepas tu, MB Selangor Khalid Ibrahim pulak buat kenyataan yang perlantikan itu belum muktamat. Bila baca berita tu aku rasa macam ada "something wrong somewhere". Maksud aku "Apa cerita sebenarnya ni?"
Kerajaan Selangor katanya dah pun buat temuduga untuk jawatan tu dan telah pun menghantar 3 nama kepada pihak istana untuk mendapat berkenan. Khalid juga bagitau yang dia akan mengadap sultan pada 29 Disember berkenaan isu perlantikan SUK tu.
Hari ni keluar satu kenyataan dari ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.
Perlembagaan Selangor tidak memberikan kerajaan persekutuan kuasa penuh untuk memutuskan tentang pelantikan setiausaha kerajaan negeri, kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.Mkini juga menyiarkan satu kenyataan kenyataan dari Dr. Aziz Bari
Lau berpendapat bahawa Perkara 52 (1) perlembagaan negeri menyatakan jawatan itu mesti dilantik oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' dan tidak semestikan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
"Jelas bahawa pelantikan setiausaha kerajaan negeri tidak semestinya dibuat oleh SPA. Pelantikan itu juga boleh dibuat oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Selangor.
"Frasa 'Suruhanjaya Perkhidmatan Awam' tidak disebutkan secara khusus dalam perlembagaan Selangor," kata Lau dalam satu kenyataan hari ini. - Mkini
“Ini amat dikesali. Istana sepatutnya memainkan peranan meredakan, bukan menajamkan konflik kerana yang rugi dalam soal ini ialah rakyat,” katanya lagi.Kalau Pakatan Rakyat tak mampu nak buat apa-apa dalam hal-hal yang cukup penting macam ni, aku tak heran langsung kalau Pakatan Rakyat masih tak dapat nak masuk Putrajaya walaupun Umno BN tewas dalam PRU 13 nanti,
Masalah yang sama pernah berlaku di Kelantan pada hujung 1990-an apabila pentadbiran negeri menggunakan istana untuk menyulitkan pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketika itu kerajaan negeri juga menghadapi dilema apabila penasihat undang-undang, pegawai pusat juga menimbulkan masalah.
Sehubungan itu kata beliau, masalah berhubung dengan pentadbiran yang dialami di Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor ini hanya boleh diselesaikan jika Pakatan menang di pusat.
Bagaimanapun itu bukan jaminan kerana peruntukan perlembagaan negeri dalam soal pelantikan anggota Exco itu meletakkan kuasa di tangan Sultan.
“Ia tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Raja. Sebagaimana yang terjadi dalam krisis di negeri-negeri yang disebutkan tadi istana mungkin mengambil kesempatan atau digunakan oleh Umno seperti sekarang,” katanya lagi. - MI
Mungkin jugak betui macam yang selalu TukarTiub tulis pada nota diakhir entry dia.
kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa
telah lama pilhanraya di haramkan di malaysia
kah kah kah
No comments:
Post a Comment