Sebuah pekidmatan baru di Georgia menawarkan kepada perempuan yang sudah lanjut usia belum berkahwin yang perlu bantuan untuk membantu urusan rumah tangga untuk menyewa “suami” per jam.
Ini sesungguhnya hanya strategi marketing. Khidmat yang diberikan tak ada kaitannya dengan layanan hubungan intim seorang suami kepada isteri. Namun, ramai pelanggan tersalah tafsir dalam perkhidmatan ini. Pemilik usaha itu mengaku, ramai pelanggan yang datang untuk menemukan cinta.
“Layanan kami adalah untuk membantu kaum perempuan itu yang perlu bantuan mengatasi urusan rumah tangga, seperti memperbaiki barang yang rosak,” kata pemilik perkhidmatan ini, Beso Mchedlishvili, kepada AFP.
Namun, menurut dia, ramai perempuan yang bingung dengan nama perusahaan itu, Seorang Suami untuk Satu Jam yang Terbatas, dan kemudian mereka meminta sesuatu yang lebih.
Sejak perkhidmatan itu dibuka di negara bekas pecahan Soviet Union itu dua bulan lalu, jumlah permintaan para perempuan yang meminta yang lebih intim meningkat melebihi permintaan terhadap layanan perusahaan itu yang sebenarnya. “Jadi, kami harus menjelaskan kepada mereka bahawa lelaki yang ada di sini bukan pelacur,” kata Mchedlishvili. “Mereka dapat membantu untuk memperbaiki kebocoran, deskripsi tugas mereka tidak termasuk untuk memberikan kasih sayang.”
Sewa seorang “suami” dari perkhidmatan di Tbilisi itu ialah 17 dollar AS (13 euro) per jam. – BorakKosong
No comments:
Post a Comment