Friday, January 21, 2011

Tuntutan PRK DUN Tenang

Pilihan raya kecil DUN Tenang yang bakal menjalankan penamaan calon pada 22 Januari dan pengundian pada 30 Januari, dalam suasana seluruh rakyat Malaysia hangat menanti-nantikan pilihan raya umum ke-13.  Sempena pilihan raya kecil ini, kami, pertubuhan-pertubuhan seperti di bawah, menyeru rakyat pelbagai kaum, pertubuhan-pertubuhan masyarakat, parti-parti politik (samada parti komponen Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat atau parti-parti politik yang lain), wakil rakyat seluruh Negara serta bakal ADUN Tenang harus mendesak kerajaan untuk melaksanakan tiga tuntutan seperti di bawah:
1. Mengwujudkan Semula Sekolah Menengah Swasta Cina (SMSC) di Segamat - mewujudkan semula SMSC Seg Hwa, ataupun menubuhkan SMSC China-Segamat
Sekolah Menengah Cina Seg Hwa terpaksa menukar aliran menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ekoran daripada perlaksanaan Akta Pendidikan 1961 oleh kerajaan.  Setelah sekian lama menanggung akibat pedih keputusan tersebut, cadangan untuk mewujudkan semula SMSC Seg Hwa mula kedengaran dalam masyarakat Cina sekitar daerah Segamat.  Pada 28 Mac 1986, 73 pertubuhan Tiong Hua di Segamat memutuskan secara rasmi untuk mewujudkan semula SMSC Seg Hwa.  Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia , pada 19 November 1986, iaitu 8 bulan selepas permohonan dibuat, secara rasminya telah menolak permohonan ini tanpa ragu-ragu.
Walaupun hasrat untuk mewujudkan sebuah SMSC di Daerah Segamat adalah rasional dan munasabah, pertubuhan-pertubuhan Tiong Hua seluruh Johor terpaksa mengemukakan hasrat ini melalui pendekatan yang lain, iaitu memohon untuk tubuahkan SMSC China-Segamat.
Kami berpendapat, perpaduan nasional dan pembangunan negara hanya akan tercapai dengan syarat kerajaan mengakui hak rakyat menerima pendidikan bahasa ibunda masing-masing dan memastikan multiculturalisme dalam pendidikan dan budaya Negara.  Atas sebab itu, kami menuntut kerajaan supaya: Mengwujudkan semula Sekolah Menengah Swasta Cina (SMSC) di Daearah Segama dengan - sama ada meluluskan permohonan mengwujudkan semula SMSC Seg Hwa, ataupun menubuhkan SMSC China-Segamat.
2. Melayan Rakyat berbilang kaum dengan sama-rata
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.  Sumbangan rakyat berbilang kaum dalam mencapai kemerdekaan, memperkembangkan ekonomi negara serta membangunkan negara tidak boleh dinafikan.  Akan tetapi, masih terdapat elit politik yang gairah melaksanakan dasar rasisme yang menyinggung perasaan dan menindas hak-hak asas kaum minoriti.
Kami dengan ini menuntut:

a.Mansuhkan akta-akta zalim seperti Akta Pendidikan 1996 (yang bertujuan menghapuskan sistem pendidikan aliran Cina dan Tamil) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri
b.Menjamin peruntukan kewangan yang sistematik kepada sekolah Cina dan Tamil serta sekolah kaum minoriti yang lain seperti Iban, Kadazan-Dusun sebagai langkah untuk mengatasi halangan dan dilemma yang mengancam kewujudan dan perkembangan pendidikan bahasa ibunda kaum monoriti.
c.Mansuhkan sistem kuota yang berasaskan perkauman dalam semua sektor.
d.Mengiktiraf Sijil Unify Examination Certificate (UEC-Peperiksaan bersama semua pelajar di SMSC) dan membenarkan perkembangan pendidikan Cina, Tamil serta bahasa ibunda kaum lain.
e.Kerajaan Negeri Johor peruntukan tanah untuk 9 buah Sekolah Menengah Swasta Cina (SMSC) dalam negeri Johor supaya mereka dapat beroperasi dan berkembang dengan stabil. 
3. Menarik balik segala dakwaan palsu terhadap Lim Lian Geok
Kerakyatan Cikgu Lim Lian Geok telah dicabut dan pendaftaran gurunya telah ditarik balik pada tahun 1961 kononnya atas dakwaan memutarbelitkan dasar pendidikan kerajaan dengan sengaja oleh kerajaan Parti Perikatan (pendahulu kerajaan Barisan Nasional).  Padahal beliau cuma membantah pertukaran aliran sekolah menengah Cina yang disaran oleh kerajaan masa itu.
Cikgu Lim Lian Geok jelas berpegang kepada pandangan "Kesamarataan bangsa" dan "Hidup Berbilang, Makmur Bersama".  Atas dasar inilah berliau bertungkus lumus dalam mendorong orang Cina menuntut kerakyatan di Malaya dan taat kepada Malaya.  Atas dasar ini juga beliau berjuang habis-habisan untuk memelihara pendidikan bahasa ibunda.
Perjuangan Lim Lian Geok adalah ke arah pembinaan satu sistem pendidikan bahasa Mandarin yang sempurna dan diiktiraf.  Tuntutan yang munasabah dan rasional ini tidak menghalang atau mengancam perkembangan dan keutuhan pendidikan bahasa ibunda bangsa lain.
Lim Lian Geok merupakan seorang patriot yang tidak membawa ancaman kepada kepentingan negara atau mana-mana bangsa di Negara kita.  Malangnya beliau telah dizalimi oleh kerajaan Parti Perikatan dengan mencabut kerakyatan dan pendaftaran gurunya.  Ini merupakan satu perkara yang amat pedih dan tidak puas hati bagi masyarakat kaum Cina.
Maka, kami menuntut kerajaan menarik balik segala dakwaan palsu terhadap Lim Lian Geok, iaitu:
a.Menarik balik keputusan kerajaan Parti Perikatan yang mencabut kerakyatan Lim Lian Geok.
b.Menarik balik keputusan kerajaan Parti Perikatan yang mencabut pendaftaran guru Lim Lian Geok.
Kenyatan bersama:
Persatuan Kwangsi Segamat
Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia (Jawatankuasa Perhubungan Johor Bahru)
Jawatankuasa Mempertahankan SJK (C) Damansara Asal Kluang
Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
Persekutuan Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah China Johor
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Johor
Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor

No comments:

Post a Comment