Friday, January 21, 2011

Calon PAS nafi fitnah ZINA penyokong Umno: "Saya percaya dengan perlindungan Allah" - Cikgu Normala



Oleh: Pria Malaya

Tahniah Cikgu Normala Sudirman..berani kerana benar..penyokong dan blogger Umno terlalu terdesak sehingga terpaksa mereka cerita fitnah dan aib..sungguh biadap lagi jijik taktik mereka dalam meraih kemenangan PRK..

Bagi sesiapa yg ketinggalan tentang isu ini, boleh rujuk pada tajuk, "AMARAN: Fitnah BERZINA terhadap calon PAS, Cikgu Normala Sudirman oleh penyokong Umno!!"...semoga Allah melaknat penyebar dan penyokong fitnah ini, aminn..

Akhir kalam, ingat Umno, ingat fitnah..ingat blogger Umno, ingat fitnah zina..fikir2kan..wallahua'lam..

Fitnah ‘zina’ tidak berasas: Normala

LABIS , 21 Jan. : Tindakan beberapa blogger dan laman Facebook menfitnah calon Pas, Normala Sudirman ‘berzina’ tidak menggugat semangat juangnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Normala berkata, ini berdasarkan kajian terhadap beberapa blog dan Facebook yang memfitnah tentang dirinya setelah diumumkan sebagai calon Pas.



“Ia tidaklah menghairankan kerana isu fitnah dan provokasi adalah perkara biasa dalam PRK. Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang,” katanya kepada Sinar Harian semalam. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment