Sunday, July 17, 2011

PM: Ganas Buahkan Ganas, Mengapa Polis BN Ganas?



LONDON, Datuk Seri Najib Razak berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.
“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan,” katanya dipetik Bernama Online.
“Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya,” kata Perdana Menteri (gambar)ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di sini malam tadi.
Kata Najib: “Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).”
“Apa yang kita mahu ialah sebuah negara Malaysia yang ditransformasikan, sebuah negara Malaysia yang boleh menjadi kebanggaan dan kesayangan kita,” katanya lagi.
“Kita mahukan sebuah negara yang boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang maju sepenuhnya, yang boleh menjadi contoh ketara sebagai sebuah negara maju. Inilah harapan kita untuk Malaysia.
“Kalau pun kami hendak dianggap membuat kesilapan, kesilapan itu semata-mata bertujuan untuk memastikan ketenteraman, keselamatan awam dan keharmonian awam sentiasa terpelihara kerana apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia akan merebak dengan amat pantas dan sukar untuk dibayangkan apa yang akan terjadi selepas itu kerana keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga,” katanya.
Merujuk kepada beberapa perkara, termasuk pencapaian pembangkang pada pilihan raya umum lepas, Najib berkata itu menunjukkan wujudnya demokrasi di Malaysia.
“Dan pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih. Kalau anda rasa itupun belum memadai, kami akan lakukannya dengan lebih baik lagi – kami akan perkenalkan sistem biometrik,

contohnya, untuk memastikan tidak wujud pengundi hantu,” kata beliau.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pandangan PM di London, 'keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga.' Apakah tuntutan 8 perkara BERSIH 2.0 itu ganas? (Lihat gambar kanan)
Yang jelas tuntutan tersebut bertujuan untuk mengkemaskinikan proses demokrasi. Tetapi polis di bawah kerajaan BN Malaysia pula yang mengganas baru-baru ini?
Ingat, apabila Amerika & dunia menyelesaikan masalah sekelompok puak Islam dengan keganasan, maka lahirlah keganasan. Contohnya Al-Qaeda, yang tidak akan selesai. Apakah Malaysia juga mahu jadi begitu?
Amaran kepada kerajaan BN, kalau tidak mahu bangkit keganasan, jangan gunakan keganasan untuk menekan rakyat. Binatang kucing yang manja jinak pun, kalau dipijak ekornya akan terkejut menggigit. Apalagi manusia! (IH)
E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?
E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?

No comments:

Post a Comment