Malaysiakini melaporkan:
Tidak kurang 700 mahasiswa hari ini berhimpun bagi membantah tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.Sapa sangka tiba-tiba mahasiswa boleh bangkit dalam jangka masa yang singkat. Dengan 'notis' 3 hari saja tak kurang 700 mahasiswa berani berhimpun menyatakan bantahan.
Perhimpunan itu berlangsung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat kira-kira jam 1.45 petang.
Bantahan diketuai beberapa pemimpin mahasiswa. Antara mereka, Pengerusi Solidiriti Mahasiswa (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab dan aktivis mahasiswa Mohd Hilman Idham.
Mereka melaungkan "Hidup Ilmu", Lawan Kezaliman", "Bebas Aziz Bari" dan seterusnya menuntut kebebasan akademik di seluruh universiti di seluruh negara khususnya di kampus berkenaan.
Mahasiswa yang berang itu menyokong dan mendokong Abdul Aziz serta mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu. - Mkini.
Tu pun dalam keadaan sekatan dibuat di pintu masuk, kalau takdak sekatan mungkin lebih seribu akan berhimpun.
Setakat aku tulis ni dah ada 13ribu lebih yang like facebook page 10000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz yang baru diujudkan semalam. Tak sampai sehari dah cecah target 10ribu macam tajuk page tu.
Kalau UIAM terus bersikap angkuh jugak dan dilihat bertindak macam 'si anjing Umno', tak mustahil fenomena Dr. Aziz Bari ni akan terus berkembang dan menyumbangkan gelombang tsunami kecil yang boleh meranapkan Umno BN dalam PRU13 nanti.
Tapi nampak gayanya, UIAM bertindak berhati-hati dengan himpunan petang tadi dan tak berani nak bertindak angkuh. Jadinya takdak kejadian yang tak diingini berlaku.
Masa demo petang tadi, cuma Ketua AMK saja yang ditahan. Penahanan tu nampaknya tak bagi kesan sangat kepada mahasiswa pasai depa pun tak berapa nak respek ketua AMK tu aku rasa. Tapi kalau pimpinan mahasiswa sendiri yang ditahan, keadaan mungkin berlainan.
Sebelum tu, mStar ada melaporkan:
GOMBAK: Penggantungan khidmat Pensyarah Undang-Undang Universiti IslamAntarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari bukan sebagai satu hukuman namun sebaliknya sekadar tempoh untuk beliau memberi tunjuk sebab berhubung kenyataannya mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.Bila dah nampak mahasiswa nak bangkit, terpaksa la reaktor UIAM ni keluarkan kenyataan macam tu dengan harapan dapat reda sikit kemarahan mahasiswa.
Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin berkata, penggantungan khidmat Abdul Aziz selama tujuh hari berkuat kuasa pada 19 sehingga 25 Oktober ini adalah penggantungan bergaji penuh.
"Kami membuat penggantungan itu dengan alasan untuk melicin dan mempercepatkan siasatan tanpa sebarang gangguan untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu,"katanya pada sidang media di UIAM di sini, Jumaat. - mStar
Apa pun, salute untuk mahasiswa yang semakin berani bangkit dan suarakan bantahan.
No comments:
Post a Comment