KUALA LUMPUR, 21 Okt: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) amat prihatin dalam soal mempertahankan aqidah serta kesucian agama Islam.
Dasar untuk berpegang teguh kepada aqidah Islam adalah jelas seperti yang termaktub dalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud: “dan bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”
“Oleh yang demikian, PUM adalah sangat bertegas dalam isu-isu yang berkaitan dengan aqidah, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempertahan serta memperkukuhkan aqidah umat berpandukan kepada kekuatan serta bidang kuasa yang ada,” ujar Pengerusi Lajnah Perhubungan Antarabangsa PUM, Ustaz Nik Muhd Nik Marzuki Muhd Nor kepada Harakahdaily.
Dalam mendepani isu aqidah umat, katanya PUM berpandangan salah satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian berat adalah soal kefahaman umat Islam tentang manhaj serta prinsip aqidah Islam yang sebenar.
Pada hemat PUM, tambahnya kegoyahan pegangan aqidah umat Islam adalah kesan langsung daripada kegagalan umat Islam untuk memahami prinsip serta manhaj aqidah dalam Islam.
Oleh yang demikian, ujarnya berpegang kepada prinsip keilmuan yang akan tunjang kepada penghayatan umat, PUM berpandangan adalah menjadi komitmen kepada para ulamak dan agamawan untuk turun ke lapangan umat memberikan kefahaman berkaitan ilmu-ilmu aqidah Islam.
Katanya, platform-platform ilmu seperti institusi sekolah, masjid, surau, madrasah, pusat pengajian tinggi, jabatan serta agensi awam dan swasta perlu disemarakkan dengan kuliah pengajian yang berteraskan aqidah Islam.
Sesungguhnya, ujar beliau legasi-legasi keilmuan berkaitan aqidah perlulah ditebarkan seluasnya kepada umat tidak kira sama ada kepada kelompok kanak-kanak, remaja dan dewasa.
“PUM amat percaya dengan kefahaman berteraskan ilmu adalah tapak asas kepada penghayatan aqidah yang kukuh serta mampu menjadi benteng ampuh bagi menghadapi apa jua cabaran termasuk dakyah-dakyah yang sengaja dirancang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Menurutnya, dengan ilmu dan iman yang mantap, umat Islam pasti tidak akan mengorbankan aqidah suci yang diimaninya.
Beliau menambah, memang sudah menjadi tradisi para ulamak serta agamawan termasuk PUM yang sentiasa menjadikan platform ilmu sebagai wasilah untuk memperkukuhkan kefahaman aqidah umat.
“Sesungguhnya kita mempunyai banyak mekanisme untuk memperkukuhkan aqidah umat Islam dalam konteks Malaysia,” katanya.
Sehubungan itu, katanya adalah amat penting kepada semua pihak untuk berlapang dada serta menghormati usaha-usaha untuk memperteguhkan aqidah umat selagimana usaha tersebut diiktiraf syarak dan menjunjung tinggi prinsip maqasid al-syariah.

No comments:
Post a Comment