Friday, November 25, 2011

Mahkamah Bebas 11 Reformis Himpunan 100,000 Jalan Kebun

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan 11 individu atas pertuduhan berhimpun secara haram dan ingkar perintah bersurai.

Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk  Abdul Rahim Uda selepas menolak rayuan Peguam Negara sekali gus mengekal keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 individu dari dua pertuduhan mengikut Seksyen 27 Akta Polis.

Mengikut kenyataan media seorang tertuduh, Abdul Razak Ismail, hakim memutuskan pendakwa raya gagal menimbulkan keraguan munasabah kerana lokasi himpunan itu ialah di Jalan Kebun, Klang.

Sedangkan, kata Razak, hakim menyatakan semua 11 individu dan beribu-ribu pengguna Lebuh raya Kesas berkumpul secara tidak dirancang sehingga mengakibatkan kesesakan.

Pada 2009, mereka dibebaskan Mahkamah Sesyen Klang atas kedua-dua pertuduhan itu tetapi  Peguam Negara memfail rayuan bagi mengenepikan keputusan tersebut.

Genap 11 tahun pada 25 November lalu,  kira-kira 145 orang ditangkap di beberapa lokasi di lebuh raya itu bagi menghadiri ‘Perhimpunan 100,000 Rakyat’ di Jalan Kebun, Jalan Klang.

Razak yang juga pembantu exco kepada Xavier Jeyakumar, berkata, hakim juga memutuskan pendakwa raya gagal membuktikan bahawa amaran bersurai menggunakan heller dapat didengari secara jelas.

Mereka  diwakili peguam Yusmadi Yusoff yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau dan Farah Farhana.

Selain Razak, antara 10 individu lain ialah bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Sahri Bahri dan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, S Pusphalingam.

http://www.keadilandaily.com/mahkamah-bebas-11-reformis-himpunan-100000-jalan-kebun/

No comments:

Post a Comment