“Kita ada isteri Perdana Menteri yang mencanangkan ke seluruh dunia isu pendidikan awal kanak-kanak Permata tetapi tidak beri perhatian kepada kanak-kanak pra-sekolah Penan,” katanya.
Perkara itu dibangkitkan wakil Wanita Sarawak, Puan Woon dalam ucapan penggulungan ucapan dasar Ketua Wanita KEADILAN di Kongres Nasional Tahunan Wanita KEADILAN kelapan di Pulai Spring Resort, Johor Bahru.
Kecaman itu dibuatnya ketika berucap mengenai masalah eksploitasi gadis Penan yang dirogol pembalak di pedalaman Sarawak.
Woon berkata, pimpinan Wanita KEADILAN termasuk Ketuanyaa, Zuraida Kamaruddin sudah membuat laporan polis tetapi pihak berkuasa itu, hingga kini tidak mengambil tindakan terhadap perogol berkenaan yang seolah-olah mendapat perlindungan kerajaan.
Program Permata mendapat peruntukan luat biasa apabila menerima RM111 juta pada Belanjawan 2010 yang dibentang suaminya, Datuk Seri Najib Razak.
http://www.keadilandaily.com/rosmah-jaja-permata-ke-dunia-tapi-abai-derita-gadis-penan/
No comments:
Post a Comment