Tidak habis-habis Perkasa membuat lawak jenaka untuk kepentingan politik "bos" mereka. Terkini, Perkasa mendakwa orang Melayu tidak akan keluar mengundi jika dakwa kekal digunakan dalam PRU 13 nanti.
Apa alasan mereka?
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali seperti yang dilaporkan oleh TMI menegaskan bahawa pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.
Selain itu kata beliau, Perkasa percaya banyak pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan.
“Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.
“Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan,” katanya.
Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh sebab cara itu membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.
“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.
“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.

Siapa sangka Perkasa yang menjerit nama Melayu dalam isu tertentu pendek akal hingga memberikan alasan sebodoh itu? Jika diperhatikan, Perkasa sebenarnya langsung tidak memberikan hujah sebab Melayu dan orang Islam tidak mahu menggunakan dakwat kekal. Adakah orang Melayu/Islam tidak mahu menggunakan dakwat kekal semata-mata hanya kerana cara itu digunakan di kebanyakan negara dunia ketiga? Melayu mana yang boleh menerima alasan bodoh ini? Melayu Perkasa?
Sebelum bercakap mewakili Melayu, Perkasa tanyalah diri dulu, setiap kali mereka mengadakan demontrasi, berapa kerat orang Melayu datang menyokong mereka dengan hati yang ikhlas? 20 orang, 50 orang? Dalam jumlah itu, berapa banyak SB dalam kalangan mereka, berapa banyak pula warga asing upahan dalam kalangan mereka?
Negara-negara yang dikatakan mundur ini sebenarnya lebih cerdik dalam menangani penipuan pilihan raya. Malah, penggunaan dakwat kekal jauh lebih murah daripada penggunaan sistem canggih yang dicadangkan oleh kerajaan yang terdedah dengan segala macam manipulasi.
Selain menyebut nama-nama negara di atas, Perkasa perlu juga menyebut Indonesia, Filipina, Mesir, Tunisia, India, Lubnan, yang turut menggunakan dakwat kekal untuk mengelakkan penipuan pilihan raya. Hebat atau maju sangatkah Malaysia sampai Perkasa menghina negara-negara yang menggunakan dakwat kekal?
Penggunaan dakwat kekal hanya satu daripada 8 tuntutan utama BERSIH 2.0. Penggunaan dakwat kekal sahaja tidak dapat menjamin 100% pelaksanaan pilihan raya yang telus dan adil. Sebelum PRU 13, kita perlu memastikan semua tuntutan pelaksanaan pilihan raya yang BERSIH dipenuhi.
No comments:
Post a Comment