7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KUALA
LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengucapkan tahniah di
atas kejayaan rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan Berrsih 3.0
semalam.
Menilai
kepada jumlah kehadiran orang di samping rangkaian protes serupa yang
dianjurkan di seluruh dunia, Abim beranggapan ia memberikan isyarat
jelas bahawa rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan
bangsa yang mahukan sistem pilihanraya yang telus serta tidak diragui
integritinya diamalkan di negara yang tercinta ini.
Demikian kata Amidi Abdul Manan, Presiden Abim dalam satu kenyataannya selepas perhimpunan Bersih 3.0 semalam.
Dalam
hal ini, katanya, Abim mengimbau semula pelbagai rungutan serta
kekhuatiran yang diutarakan oleh rakyat berhubung dengan isu ini,
seperti kewujudan nama pengundi yang meragukan (pengundi hantu),
integriti saluran undi POS, akses saksama kepada media untuk semua parti
politik, dan integriti serta kedudukan institusi-institusi awam selaku
badan yang bebas dari pengaruh partisan mana-mana kelompok politik di
samping amalan politik kotor dan rasuah yang sering diperkatakan di
peringkat akar umbi.
"Semoga
penganjuran perhimpunan aman ini akan menggerakkan perubahan drastic
serta agresif dan komprehensif terhadap tatacara pengendalian
pilihanraya yang telus serta tidak diragui integritinya.
"Sesungguhnya
penglibatan serta pandangan yang dikemukakan oleh rakyat adalah bukti
kematangan masyarakat sivil wujud di negara ini, dan sekaligus merupakan
bench mark utama terhadap kualiti sumber daya insan yang ada di negara
ini," kata beliau dalam kenyataannya.
Menurut
beliau, dari konteks umat Islam selaku teras peneraju politik di negara
ini, Islam menganjurkan integriti serta ketelusan merupakan esensi
penting yang ditekankan dalam kehidupan seseorang Muslim.
"Islam
menganjurkan setiap amalan serta pekerjaan dilaksanakan dengan jujur
serta ikhlas untuk imbalan berbentuk keberkatan serta keredhaan dari
Allah s.w.t.
"Keberkatan
serta keredhaan dari Allah s.w.t hanya boleh dicapai seandainya teras
utama ajaran Islam yang menganjurkan amanah, keikhlasan serta kejujuran
diamalkan di pelbagai peringkat," tegas beliau.
Bagi
beliau, kemuafakatan atau konsensus dalam Islam boleh dirangka melalui
kepelbagaian pandangan dan pendapat yang diuruskan dengan hikmah serta
harmoni.
Pengendalian
pilihanraya yang telus serta tidak diragui integriti tatacara
penganjurannya merupakan esensi penting untuk mendapatkan permuafakatan
serta konsensus secara berkat serta diredhai Allah yang akan meresap
jauh dalam denyut nadi serta amalan rakyat. Natijahnya, pembentukan
Negara Barakah yang merangkumi esensi keberkatan dan keredhaan illahi
dapat direalisasikan.
"Di
akhir kalam ini, Abim ingin merakamkan ucapan tahniah atas partisipasi
rakyat Malaysia dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 ini," katanya.
No comments:
Post a Comment