Memerhati kepada kolaborasi pihak polis dengan BN khasnya
Umno dalam mengagal dan menyekatkan desakan dan tuntutan rakyat agar
membersihkan pilihan raya demi mensucikan demokrasi di negara ini menerusi himpunan
Bersih: Duduk dan Bantah semalam sudah sampai masanya kalau Jabatan
Kita tahu perkataan itu (Polis Diraja) tidak bererti polis hanya perlu
melindungi dan menjamin keselamatan Raja-Raja Melayu tetapi slogan itu adalah simbol
kepada kerajaan dan rakyat. Raja adalah kerajaan, raja adalah rakyat. Justeru tugas
dan tanggungjawab pasukan polis ialah menjaga keselamatan negara dan menjamin
keselamatan bangsa tanpa mengira individu itu apa warna mereka, anutan agama dan fahaman siasahnya.
Tugas polis menjamin keselamatan dan tugas itu adalah aset dan
integriti mereka. Kalau polis gagal apa lagi bersekongkol dengan kejahatan itu
bukan polis DiRaja lagi, itu polis DiUmno? Atau polis yang memakai uniform suci untuk menjadi jahat bagi memenuhi
tembolok bodoh mereka.
Yang boleh polis jaga, kawal ialah perdana menteri, dan
keseluruhan kerajaan. Hatta isteri perdana menteri dan anak-anaknya tidak
berhak mendapat kawalan langsung polis. Manakala
individu rakyat berhak menerima perlindungan polis atas dasar dia warganegara
dan atas dasar prinsip kemanusiaan yang dijunjung oleh polis.
Peristiwa
demi peristiwa yang membabitkan polis dan orang
politik yang didedah sepanjang masa di negara ini menunjukkan hakikat
ini. Polis
tidak boleh menafikan akan berlakunya perkara ini. Sebab sejarah dan
masa akan datang
menceritakan segala-galanya. Saya tidak tahu sampai ke tahap mana Ketua
Polis Negara,
Ismail Omar) dan timbalannya dan lain-lain pangkat perlu
menundukkan kepala kepada penguasa (politikus) yang memperalatkan mereka
atau
membayar mereka dengan pelbagai fasalitis termasuk menaikkan pangkat
atau pun menawarkan jawatan kontrak selepas pencen. Apakah sampai dahi
mencecah ke bumi dan ekor
bernajis melayang ke atas? Sampai ke situkah?
Di Malaysia bukan saja orang politik lenyap rasa
tanggungjawab (responsilibiti) kepada tugas dan amanah, polis juga... orang yang
berada dalam pasukan yang kononnya tinggi tahap disiplinnya. Tagline perkhidmatannya Tepat dan Betul
melambangkan integriti mereka. Soalnya sejauh manakah mereka menjaga dan
mengawal integriti itu?
Di sini terus terang dengan agak keras saya katakan atas apa yang
berlaku semalam ketegangan di hujung himpunan Bersih di mana jelas dan nyata
polis bersubahat menyebabkan Ketua Polis Negara Aziz Omar perlu meletak
jawatan. Beliau kena mengambil tanggungjawab dan tidak perlu berhelah seribu
madah lagi dengan apa yang berlaku.
Usaha menyembuyikan kejadian sebenar termasuk kekejaman polis tidak ubah seperti cuba hendak menyembunyikan speaker yang bervoltan dan bervolume tinggi dalam guni. Ia sia-sia saja sebab bunyi itu akan dapat didengar oleh orang ramai. Bahkan bunyi itu kini sudah melangkau ke seantero dunia.
Persoalan juga timbul bagi saya apakah kejadian ini satu sabotaj? Ada kemungkinannya. Polis sengaja dibiarkan ganas ataupun disuntik pil ganas sebelum itu agar mereka boleh menjadi seperti anjing. Gunanya untuk memberi damge kepada Ismail.
Kemungkinan ini tidak boleh dinafikan begitu saja. Politiking, rebut kuasa jatuh menjatuh juga berlaku dalam pasukan polis. Nasib malang menimpa bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Ramli Yusuf adalah bukti jelas dan sejarah paling busuk dan hanyir dalam pasukan polis.
Sekiranya mereka tetap diam membisu dan memakan wang rakyat setelah
menganiaya rakyat dengan jawatan dan bidang kuasa mereka miliki, mereka
akan dikecam dan disumpah sepanjang hayat. Mahukah mereka? Kalau mereka
seorang berintegritri seperti bangsa Jepun, Korea hatta India, mereka
akan melepaskan jawatan. Kalau mereka seorang beriman dengan agama
(Islam) mereka juga kena melepasnya kerana agama tidak mengajar mereka
bertindak begitu dan mereka perlu bertaubat.
Perkhidmatan
Awam mencadangkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu membuat semakan untuk menilai
sejauh manakah relevannya perkataan Polis Di Raja Malaysia digunakan.
Ismail Omar |
Polis tidak
boleh (haram) melanggar sumpah dan janji perkhidmatan mereka.
Mereka tidak boleh berpihak atau menjadi
agen yang boleh menerima upah atau tidak, kepada mana-mana puak dan juga
kumpulan. Hakikat ini termasuk juga polis tidak boleh menjadi ‘barua’
kepada mana-mana kumpulan siasah termasuk Umno serta mana-mana individu
politik hatta
dia adalah seorang perdana menteri seperti Ha Najib Razak. Najib dan
jawatan
perdana menteri dua perkara berbeza, begitu juga Umno dengan kerajaan
dua
perkara berlainan.
Malangnya tanggungjawab dan amanah itu sudah mungkir dan
melencung jauh. Ia bukan amalan dan kewajiban lagi. Polis di Raja Malaysia bukan lagi menjaga hak
dan kepentingan serta keselamatan rakyat menurut prinsipnya, tetapi adalah
menjadi musuh apabila mereka sedia menjadi Pandir dan ‘kooli” kepada kumpulan
politik tertentu ataupun individu yang memiliki kuasa politik. Lebih dahsyat
dari itu polis menjadi samseng kepada orang dan segelintir puak tertentu.
Ramli Yusuf |
Dalam sepanjang hayat saya 52 tahun saya tidak pernah
dengar ada orang-orang besar polis mengambil tindakan berani meletakan jawatan lantaran
mengambil risiko dan tanggungjawab kerana bersubahat dengan mana-mana individu
politikus.
Yang ada dan berhenti dari jawatan itu kerana mati
ditembak dan mati dilanggar lori treler.
Sesuatu yang malang kerana sejarah ini tidak berlaku. Sudah
berapa banyak peristiwa dan tragedi hitam yang diragui kononnya ada penglibatan
polis dan penggunaan polis secara salah, tetapi ketua atau orang
bertanggungjawab itu tidak mengambil tanggungjawab meletak jawatan.
Peristiwa-peritiwa berdarah, comot dan maut yang dianggap ada
sangkut paut polis seperti Memali, peristiwa Ketua Polis Negara menumbuk Anwar
Ibrahim dalam lokap, peristiwa pembunuhan politikus Pas Abdul Samad Ahmad
Miangi, pengerudian terhadap Al Arqam, al Maunah dan macam-macam lagi semuanya boleh dipersoalkan
akan kredibiliti polis. Meskipun kejadian itu tidak berkait langsung dengan polis tetapi umum akan persoal tindakan polis.
Dan peristiwa semalam yang masih hangat di hidung dan
mata kita juga boleh dibahukan kepada polis.
Semua peristiwa itu ada kena mengena dengan penglibatan
dan kolaborasi polis dengan pihak
tertentu.
Beliau juga
tidak perlu merasa sayang dengan keuntungan jawatan sebaliknya perlu
menjaga maruah dan moralnya dulu sebagai anggota polis. Ismail akan
meminta jawatankuasa disiplin polis membuat atau menmgambil tindakan ke
atas anggota kecilnya yang melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan
pasukan. Tetapi bagaimana dengan Ismail. Tindakan polis yang rakus dan
bersalahan dengan tatacara manusia dan agama itu sebenarnya lebih teruk
dari kesalahan anggota kecil menjatuhkan imej pasukan.
Jadi apabila
tidak ada orang yang berani untuk menilai kesalahan moral polis itu
maka Ismail selaku ketuanya perlu mengambil tindakan. Itulah tugas dan
amanah seorang ketua.
Untuk mengetahui sejauh mana keterlanjuran anak buahnya beliau boleh
menyiasat sendiri dengan menyaksikan laporan bebas dan juga rakaman
video kekejaman dan kerakusan polis kepada orang awam. Bukalah blog dan
Fb berlambak-lambak rakaman demikian. Ismail tidak boleh hanya melihat
rakaman yang disediakan oleh anak buahnya saja, kerana sudah tentu anak
buahnya akan menyediakan video yang baik untuk polis. Sebagai ketua yang
adil Ismail kena tengok semua rakaman dan menerima semua pengaduan.
Usaha menyembuyikan kejadian sebenar termasuk kekejaman polis tidak ubah seperti cuba hendak menyembunyikan speaker yang bervoltan dan bervolume tinggi dalam guni. Ia sia-sia saja sebab bunyi itu akan dapat didengar oleh orang ramai. Bahkan bunyi itu kini sudah melangkau ke seantero dunia.
Persoalan juga timbul bagi saya apakah kejadian ini satu sabotaj? Ada kemungkinannya. Polis sengaja dibiarkan ganas ataupun disuntik pil ganas sebelum itu agar mereka boleh menjadi seperti anjing. Gunanya untuk memberi damge kepada Ismail.
Kemungkinan ini tidak boleh dinafikan begitu saja. Politiking, rebut kuasa jatuh menjatuh juga berlaku dalam pasukan polis. Nasib malang menimpa bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Ramli Yusuf adalah bukti jelas dan sejarah paling busuk dan hanyir dalam pasukan polis.
Sehubungan itu juga Aziz Yusuf Pengerusi
SPR perlu juga melepas jawatan untuk memikul tanggungjawab apabila himpunan mencecah
250,000 itu. Himpunan Bersih itu diadakan berpunca dari kedegilan dan kebebalan beliau untuk tidak
menerima beberapa tuntutan Bersih. Pasti kalau SPR sedia menerima tuntutan itu himpunan seperti itu tidak akan berlaku.
Iya beliau
adalah orang yang diminta oleh perdana meteri untuk
tidak memenuhi tuntutan rakyat demi Umno. Atau pun atas kedudukannya dia
sebagai ahli Umno juga pasti dia
mahu berkhidmat kepada parti. Namun dia tidak sepatutnya menggunakan
kedudukan
sebagai pengerusi sebuah suruhanjaya bebas boleh bertindak demikian.
Kalau Aziz hendak membela Umno beliau perlu bertanding jawatan tertinggi
parti dan masa itu baru boleh dipulihkan Umno.
Abdul Aziz Yusuf |
Kalau Aziz
ada maruah dia perlu melepas jawatan selepas
himpunan itu berjaya. Jika tidak dunia akan mempersoalkan dimanakah
maruah
beliau sebagai pengerusi sebuah suruhanjaya yang seharusnya bebas, adil,
telus dari
segala penjawat jawatan lain. Implikasi dari Bersih itu sebenarnya sudah
tidak ada guna Aziz terus memegang jawatan itu kerana beliau akan
disumpah sepanjang jalan beliau menuju ke pejabat SPR. Kalau beliau ada
integriti beliau kena melepas jawatan itu sesegera mungkin.
Selain dari Ismail Omar dan Aziz Yusuf seorang lagi perlu mengambil
tanggung jawatan dan maruah
itu dia dimaksudkan itu Menteri Keselamatan
Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein. Hishamuddin juga perlu meletask
jawatan. Dia kena bertanggungjawab sebagai seorang penguasa politik.
No comments:
Post a Comment