Setelah dikritik di dalam Muktamar Dewan Muslimat Khamis lalu berhubung masalah gaji atau elaun guru-guru Pasti yang rendah, hari ini Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil inisiatif menubuhkan dana khas bagi membantu nasib mereka.
Ketuanya Nasruddin Hassan ketika ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS berkata, dengan adanya dana ini beliau percaya ia boleh mengatasi masalah gaji guru-guru Pasti.
Malah beliau juga mencadangkan agar mana-mana kerajaan dalam Pakatan Rakyat menyumbang satu dana khas melalui dana pendidik terus kepada Pasti.
Jelasnya, guru-guru Pasti pada asasnya diberi gaji antara RM400 hingga RM800 sebulan bagaimanapun ia tertakluk kepada pengurusan cawangan Pasti masing-masing.
"Gaji mereka ini bergantung kepada jumlah murid dan jumlah yuran yang dibayar oleh murid.
"Sebab itulah ada yang dapat gaji lebih dan ada yang dapat gaji kurang," katanya.
Tambahnya, Pemuda juga memberi kenaikan elaun sebanyak lima peratus malah juga memberi bonus hari raya dan permulaan masuk sekolah kepada guru-guru Pasti.
Khamis lalu, Dewan Muslimat di dalam penggulannya mendesak Dewan Pemuda agar mengambil serius berhubung masalah gaji guru-guru Pasti memandangkan 99.9 peratus yang terlibat di dalam Pasti adalah di kalangan muslimat.

No comments:
Post a Comment