Di pihak Najib Rosmah pulak sebagai Presiden Umno merangkap Perdana
Menteri Malaysia, cuma berasa 'terganggu'. Mungkin kut keadaan terkini di Mesir menggang dia nak berpesta sempena menyambut Syawal dengan nyanyian dan tarian mengashikkan.
Khairy Jamaluddin tulis dalam page dia:
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan itu secara konsisten mengutuk keras kegagalan pihak berkuasa sementara Mesir menangani masalah di negara itu dan kami turut mengecam keganasan yang dilakukan pihak berkuasa terhadap masyarakat awam di sana.
Kami juga menggesa agar pihak berkuasa Mesir menghentikan serta-merta tindakan membunuh para penunjuk perasaan yang terdiri dari kalangan masyarakat awam sebelum keadaan menjadi semakin parah dan berharap agar perisytiharan darurat di negara itu dapat ditarik balik secepat mungkin, selari dengan semangat kemenangan di bulan Syawal yang berbaki beberapa minggu lagi. - Facebook.
YllixMedia Network. Iklan network untuk semua blogger. Guaranteed Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit BuntarSalute untuk Khairy Jamaluddin kerana berani lantang mengutuk rejim stail zionis kudeta Mesir. Aku salute pasai dia Ketua Pemuda Umno bersuara lantang macam tu dalam masa hampir semua pemimpin Umno macam buta mata, pekak telinga dan mulut bisu dengan keganasan terkini di Mesir.
Dari pemerhatian aku, puak-puak Umno ni tak berapa nak bunyi sangat pasai isu di Mesir tu mungkin yang terlibat dizalimi tu geng Ikhwan Muslimin yang mungkin depa rasa macam Ikhwan dengan PAS ni adik beradik.
Dan tak mustahil jugak depa dok rasa macam depa dengan geng sekular tinggalan Hosni Mubarak tu adik-beradik depa.
Tapi Khairy macam selalu, lantang ikut suka dia, walaupun kadang kala suara dia dilihat menongkah arus dalam Umno dan kerajaan.
Dia jugak tulis:
Dalam pada itu, kami mahukan badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Liga Arab mengadakan mesyuarat segera dan menetapkan resolusi bagi membolehkan campur tangan kemanusiaan di Mesir bagi menyelamatkan nyawa orang awam, jika keadaan huru-hara itu gagal ditamatkan segera oleh pihak berkuasa Mesir. - Ibid.Di pihak Najib Rosmah pulak sebagai Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Malaysia, cuma berasa 'terganggu'. Mungkin kut keadaan terkini di Mesir menggang dia nak berpesta sempena menyambut Syawal dengan nyanyian dan tarian mengashikkan.
Sinarharian melaporkan:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru pihak berkuasa Mesir menjalankan sekatan dengan serta merta bagi menghentikan keganasan yang berlaku di negara itu.Sebagai Perdana Menteri, Najib sepatutnya buat lebih dari itu. Paling kurang pun dia boleh panggil Duta Mesir yang ada kat Kuala Lumpur tu untuk bertemu empat mata, nyatakan kekesalan dan mengutuk serangan tu
"Kami terganggu dengan laporan keganasan terhadap penunjuk perasaan di Mesir dan menyeru pihak berkuasa untuk menjalankan sekatan. - Sinar.
Kalau pun mungkin tak sanggup nak hantar balik duta tu atas keperluan nak kena jaga jugak hubungan antara negara pasai masih ramai rakyat Malaysia di Mesir, sangat-sangat tak sepatutnya sekadar 'terganggu'.
Ataupun, ada kemungkinan jugak Najib sebenarnya tengah teliti dengan mendalam apa yang terjadi di Mesir kut-kut dia boleh tiru kalau dia pun hilang kuasa jugak lepas PRU14 nanti...
Apa pun, sebagai rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman, jom ramai-ramai kita turun ke masjid terpilih hari ni di seluruh negara untuk sama berdemo solidariti untuk rakyat Mesir dan mengutuk kezaliman kerajaan kudeta tentera As-Sisi menyembelih rakyat Mesir.
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/08/realiti-mesir-salut-khairy-najib-terganggu.html#ixzz2cjFVBeoV
No comments:
Post a Comment