Thursday, August 22, 2013

Mesir terkini: Kalau takat bersedih ja, anak kucing mati kena langgaq pun kita bersedih....

Sedih tengok gambar-gambar tu? Macam aku update status facebook aku semalam, kalau takat sedih ja, anak kucing mati kena langgaq dengan kereta pun kita sedih, tapi takkan setakat tu ja kut dalam isu Mesir terkini ni?

kekejaman tentera mesir as-sisi
Sinarharian melaporkan:
Dalam insiden semalam, puluhan orang terbunuh apabila polis menggempur dua kem penunjuk perasaan utama penyokong bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi.

Menurut koresponden agensi berita AFP di Rabaa al-Adawiya, kebanyakan mangsa terbunuh akibat terkena tembakan.

Jumlah mangsa korban itu tidak melibatkan kanak-kanak dan wanita. - Sinarharian.   
YllixMedia Network. Iklan network untuk semua blogger. Guaranteed
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
KEPALA HOTAK HANGPA!!!

Puak-puak media ni tak habih-habih berkiblatkan media barat termasuk keadaan Mesir terkini, percaya sungguh kut depa dengan media barat yang kononnya mengaku bebas dan telus tu. Telus kepala hotak depa.

Harakahdaily melaporkan:
MESIR: Menurut sumber Ikhwan, lebih 2000 penyokong legitimasi yang berkampung di Medan Raba'ah Adawiyah terkorban digempur pihak tentera sejak pagi semalam.

Seorang peserta himpunan, Tahaluf Wathani berkata, berdasarkan kiraan jenazah yang dikumpulkan, terdapat 2600 jenazah sehingga kini di Medan Raba'ah Adawiyah.

Selain jumlah korban itu, dianggarkan kira-kira 15,000 lagi mengalami cedera dan luka akibat serangan tersebut.

Dalam pada itu serangan oleh pihak tentera sejak semalam turut mensasarkan jurugambar dan wartawan di lapangan yang menyaksikan beberapa orang daripada petugas media turut terkorban. - Hrkh.
Bukan setakat mengecilkan angka, gambar-gambar yang macam kat bawah ni yang memang 'haram' la nak keluar media arus perdana termasuk la dalam media perdana di Malaysia ni.




Sedih tengok gambar-gambar tu? Ada belambak lagi gambar dan video yang lagi menyayat hati terutama sekali kat facebook.

Tapi macam aku update status facebook aku semalam, kalau takat sedih ja, anak kucing mati kena langgaq dengan kereta pun kita sedih, tapi takkan taraf tu ja kut dalam isu Mesir terkini ni?

Jadinya sempena hari Jumaat yang mulia ni jom kita ramai-ramai turun ke masjid-masjid terpilih di seluruh negara yang akan diadakan demonstrasi selepas solat Jumaat untuk mengutuk kekejaman di Mesir tu termasuk Masjid Daerah Parit Buntar.


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/08/parit-buntar-demonstrasi-bantah-kekejaman-tentera-mesir.html#ixzz2cjFpok5r

1 comment:

  1. Heran jugak ye... PAS yang kononnya ada nama Islam pada partinya .... sering melaung-laungkan merekalah pejuang Islam.... malah bertakbir untuk menunjukkan mereka adalah lebih Islam dari orang lain.... TETAPI... tak ambil kisah langsung pasal Isu Kalimah Allah yang permohonan pihak Gereja membuat rayuan di mahkmah telah ditolak, semalam.... Malah, Harakah langsung tak siarkan walau sepatah ayat pun berita mengenainya..... KENAPA..???

    ReplyDelete