Pemimpin Pakatan Lawat 5 Beradik Yatim Piatu, Pemimpin Umno BN Lawat Panda
[kd]- Kisah duka lima beradik yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata baru-baru ini mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Keprihatinan Abdul Khalid ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang lebih mendekati panda berbanding rakyat.
Sehingga kini, Najib tidak sekalipun menyatakan simpatinya terhadap penderitaan lima beradik ini apatah lagi mengunjungi mereka, tetapi lebih menyayangi dua ekor panda yang dilawatinya di Zoo Negara semalam.
Tidak seperti Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang menziarahi kelima-lima beradik tersebut pada hari ini yang kemudian memanggilnya dengan panggilan ‘atuk’.
Abdul Khalid yang turut membiasakan dirinya dengan panggilan itu sepanjang pertemuan juga memilih untuk duduk bersila dan memangku serta berkongsi cerita bersama kelima-lima anak itu.
“Sebagai Ahli Parlimen, saya akan terus memantau dan membantu serba sedikit agar anak-anak ini terjaga dengan baik.
“Tumpuan kita adalah memastikan mereka mendapat bantuan jangka masa panjang terutama dari segi persekolahan, tempat tinggal serta kos sara hidup,” katanya, seperti dilapor SelangorKini.
Terdahulu, Abdul Khalid hadir di rumah peninggalan arwah ibu bapa lima anak-anak malang itu di Taman Desa Cheras di sini.
Walaupun anak-anak itu letih baru pulang dari Perak, mereka masih petah berkata-kata dan melayan setiap pertanyaan Abdul Khalid.
“Atuk juga ada cucu berusia tiga tahun, sama dengan awak tetapi dia main patung ‘power rangers’,” guraunya dengan anak perempuan yang paling kecil berusia tiga tahun.
Selepas hampir sejam bersama anak-anak itu, Abdul Khalid kemudian terpaksa minta diri untuk urusan penting dan berkesempatan menghulurkan sumbangan peribadi kepada wakil penjaga.
Kelima-lima anak itu yang berusia antara tiga hingga 16 tahun kini berada di bawah jagaan saudara terdekat dengan bantuan jawatankuasa surau pangsapuri berkenaan.
Jumaat lepas, bapa mereka, Jefri Mohd Zain, 46 dan isterinya, Norsalawati Ibrahim 40, maut dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Loke Yew.
Jenazah suami isteri itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungkai, Perak.
Berita Harian kantoi ‘potong kepala’ gambar Pesuruhjaya PAS untuk berita puji BN |
Razman yang turut menyedari gambar beliau digunakan akhbar itu, mengesahkan gambar beliau itu diambil sehari selepas hari ibu dan bapa lima kanak-kanak yang terlibat dalam satu kemalangan maut dikebumikan baru-baru ini.
“Sebenarnya gambar itu diambil sehari selepas hari pengkebumian arwah ibu dan bapa mereka.
Ketika itu kami menziarahi anak-anak arwah untuk menghulurkan sumbangan.
“Memang dah rutin kami menziarahi mana-mana pihak yang ditimpa malang seperti kejadian ribut yang merosakkan 12 rumah di Ipoh Timur baru-baru ini dan mana-mana kejadian malang seumpama yang menimpa anak-anak ini.Ketika itu kami menziarahi anak-anak arwah untuk menghulurkan sumbangan.
“Pada kami dah jadi kebiasaan akhbar arus perdana tidak sesekali memberi ruang kepada kami tetapi gambar kami pula digunakan.
Apalah salahnya kalau siarkan gambar penuh sekalipun, bukan orang kenal saya pun,” kata Razman ketika dihubungi Selangor Kini di sini.
Razman memberitahu, selain beliau turut sama dalam lawatan tersebut, Ketua Cawangan PAS Kampung Changkat Sulaiman, wakil Lajnah Kebajikkan dan Kemasyarakatan Perak dan beberapa yang lain.
Dalam laporan bertajuk ‘Kerajaan bantu lima beradik’ di Berita Harian pada 26 Mei, gambar Razman dan rombongan beliau dipotong dengan kaedah ‘croping’ di bahagian kepalanya dengan memaparkan laporan positif untuk Barisan Nasional (BN).
Terdahulu, satu kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur Sabtu lalu meragut nyawa Allahyarham Jefri Mohd Zain, 46 dan Noorsalawati Ibrahim, 40 yang juga merupakan pasangan ibu dan bapa lima kanak-kanak terbabit.
No comments:
Post a Comment