KUALA LUMPUR – Polis mengenal pasti dua individu yang menyertai kumpulan militan IS melalui ibadat umrah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua individu terbabit bergerak secara berasingan pergi umrah melalui agensi yang menawarkan pakej umrah , namun menyertai kumpulan militan IS di Syria.
“Saya menegaskan mereka menyertai IS ini bukan bertujuan untuk berjihad, kalau dia boleh menipu pergi umrah tetapi menyertai IS, apa maknanya,” katanya.
Khalid berkata, Kementerian Dalam Negeri sedang berusaha untuk mengusulkan undang-undang baru dalam sidang Parlimen bagi menangani isu IS.
“Kita berharap kerajaan dapat menggubal undang-undang baru untuk menangani isu IS dengan lebih berkesan.
“Masalah ini serius, kita jangan ingat ia perkara remeh, kalau kita tidak tangani dengan betul, ia boleh jadi masalah besar kelak,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mendedahkan modus operandi terbaru ini, maklumat itu diperolehi hasil kerjasama serta perkongsian maklumat dengan negara-negara tertentu termasuk anggota-anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Hamzah berkata, pihaknya mengetahui tentang cara-cara digunakan individu tersebut yang ingin menyertai gerakan militan IS.
"Ada juga dikesan pergi umrah tetapi bila sampai di Madinah mereka hilang,” katanya.
Hamzah berkata, kementeriannya akan meneruskan kerjasama dengan negara luar bagi mengetahui lebih mendalam cara-cara digunakan kumpulan itu, dan seterusnya mengekang penularan gerakan militan IS.
Kini terdapat 61 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria dan daripada jumlah itu seramai 10 orang adalah wanita manakala jumlah tangkapan terkini di negara ini terhadap mereka yang disyaki terlibat dengan IS mencecah 71 orang.

No comments:
Post a Comment