Friday, November 19, 2010

CARA NAK KEKAL JADI MENTERI

JANGAN LEBIH CUN DARI INI


AHMAD MASLAN MENTERI PENUH, KHAIRY TIMBALAN – harakah daily

Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.

Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Ng Yen Yen (Pelancongan).

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Hishammuddin Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Dua bekas menteri, Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.

Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


kah kah kah…. RAMAI MENTERI HILANG KERJA…. kah kah kah..

kah kah kah… PENGANALISA POLITIK KURANG FAHAM AKAN SYARAT NAK JADI MENTERI… kah kah kah..

woit…BACA DAN HAFAL SYARAT SYARAT INI KALAU NAK TERUS JADI KUASA kah kah kah..

syarat untuk jadi menteri dalam kabinet isteri rosmah:
1 – rambut isteri menteri tidak boleh meniru feshen bik mama
2 - rambut isteri menteri tidak boleh lebih tinggi dari rambut big mama
3 – isteri menteri mesti perempuan yang kurang cun
4 – isteri menteri mesti jangan lebih slim dari bik mama.
5 – isteri menteri mestilah jangan yang muda
6 – menteri yang kekal adalah menteri yang isterinya hitam, gemok dan pendek
7 – menteri yang kekal adalah menteri yang isterinya kaki besar anak gajah
8 – menteri yang kekal ialah menteri purtan seperti azalina
9 – menteri yang kekal ialah menteri yang isterinya cap ayam kah kah kah
10 –menteri yang kekal ialah menteri yang disukai oleh bik mama kah kah kah
TT.

Habislah Sudah Modal TV3 menghentam PKR Selepas Ini


Dengan berambusnya manusia JAHAT ini secara rasminya dari PKR maka habis sudah isu yang nak diketengahkan dan dimainkan media pengampu terutamanya TV3 untuk terus-terusan mengaibkan dan memporak perandakan Pakatan Rakyat. Satu kerugian pulak rasanya bila isu manusia JAHAT yang bernama Zaid Ibrahim ini selesai cepat sangat. sepatutnya isu ini boleh dimainkan untuk sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini kerana PKR dilihat baru terjejas sedikit sahaja dengan isu ini. Bangang jugak rupanya penulis skrip 'Racun Dari Umno' ini rupa-rupanya..

Rapat Umum PKR label Zaid ‘pengkhianat, kurang ajar’

Pemimpin-pemimpin PKR hadir di Rapat Perdana PKR di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam malam tadi. 
Pemimpin kanan PKR malam tadi secara sebulat suara melepaskan ‘peluru kritikan’ terhadap Datuk Zaid Ibrahim habis-habisan sambil menyifatkan bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu sebagai “kurang ajar” dan “pengkhianat” parti.  Ketikan berucap pada program Rapat Umum Keadilan Selangor Bersama Datuk Anwar Ibrahim di sini - kira-kira 12 jam selepas Zaid menetapkan tarikh muktamad keluar PKR, barisan pemimpin kanan termasuk Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengecam tindakan Zaid yang menggunakan akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia untuk menyerang pemimpin dan parti itu.
Malah majlis itu, yang diadakan seolah-olah untuk menjawab segala kecaman dan kritikan di sebalik isu Zaid keluar PKR, juga digunakan untuk melahirkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyampaikan ucapannya.
“Janganlah kita bercakap pada Utusan Malaysia. Munasabah atau tidak untuk bercakap hal rumah tangga kita kepada Utusan Malaysia?
“Tiada satu ahli dari PKR yang waras akan bercakap dengan Utusan Malaysia.
“Malah sejak parti ini ditubuhkan, tiada satu ahli pun yang bercakap dengan Utusan Malaysia yang selama ini mengecam kita,” kata Saifuddin ketika menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada pemimpin tertinggi, pemimpin peringkat negeri Selangor dan penyokong parti itu.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang turut menyifatkan Zaid sebagai “kurang ajar” apabila menyerang dan mempertikaikan kredibiliti Anwar, penasihat PKR dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.
“Orang yang cintakan parti tidak akan mempertikai Ketua Umum (Anwar).
“Beliau telah dipukul, diaibkan dan dipenjarakan selama tujuh tahun kemudian keluar untuk kukuhkan parti, bina kekuatan antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat malah dapat lima juta undi daripada rakyat.
“Pemimpin seperti ini (Zaid) kurang ajar, jangan biarkan... setuju atau tidak untuk bersama dengan beliau? “Beliau mahu keluar parti 16 Disember... sebab nak jelajah nak dapat sokongan,” katanya. Menurut Saifuddin, PKR akan menjadi sebuah parti terkuat di Malaysia.
“Pemimpin akan datang dan pergi tapi parti keramat akan terus bersama rakyat.
“Parti ini akan jadi parti terkuat di Malaysia,” katanya. Semalam, Zaid mengumumkan akan meninggalkan PKR berkuat kuasa 16 Disember ini dan surat pemakluman mengenainya telah dihantar kepada ibu pejabat parti itu.
Sementara itu, Azmin menggesa kepimpinan tertinggi PKR supaya mengambil tindakan tegas terhadap “pengkhianat” dan “Trojan Horse” yang wujud dalam parti itu.
“Saya rayu Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), Timbalan Presien dan MPP (Majlis Pimpinan Pusat) supaya selesai Kongres PKR kepimpinan perlu tegas dan berani terhadap ‘Trojan Horse’ yang wujud dalam parti.
“Jangan tangguh atau bimbang dengan orang-orang seperti ini, kita bersama presiden jaga parti yang rakyat bina 12 tahun lalu.
“Yakin bila diserang kita akan bertambah kuat,” katanya. Tambah Azmin, PKR perlu membuktikan kepada semua bahawa parti itu bukan parti nyamuk ataupun parti serpihan sebaliknya adalah sebuah parti yang kukuh memperjuangkan hak rakyat.
“Seringkali parti diserang tapi saya yakin dan percaya apabila diserang maknanya kita kuat. “Kalau kita parti nyamuk atau parti serpihan tidak mungkin kita akan diserang,” katanya.
Ahli Parlimen Gombak itu juga berkata akan memberikan kerjasama kuat kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam usaha mempertahankan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
“Saya hari ini melahirkan kesetiaan dan komitmen untuk mempertahankan Menteri Besar. “Selama ini kita telah saksikan kejayaan di Selangor dan kita akan mempertahankan dasar-dasar yang dibawa kerajaan negeri.
“Selain itu kita juga mahu reformasi yang dibawa ini diteruskan ke Putrajaya,” kata Azmin. Bagi Syed Husin, keputusan untuk memboikot Utusan Malaysia adalah keputusan yang dicapai bersama parti komponen Pakatan Rakyat.
“Apa hendak kita gelarkan kepada seseorang yang menafikan keputusan Pakatan Rakyat memboikot Utusan Malaysia dan memburukkan parti?
“Jika orang ini hendak keluar... sila keluar. Jika orang ini nak gunakan tali gantung untuk gantung diri pastikan biar sampai mati,” katanya.
Sebelum ini, Zaid berkata tindakannya keluar PKR bukan kerana beliau mudah mengalah dan suka melompat parti sebaliknya kerana telah muak dengan masalah dalaman parti itu.
Beliau berkata tindakan nekad meninggalkan parti yang dianggotainya kira-kira 18 bulan lalu juga kerana berpegang kepada prinsip kebenaran.
Zaid berkata, tidak wajar bagi sesetengah pihak untuk menyamakan keadaan yang dihadapinya sekarang berbanding ketika beliau berada dalam Umno.
Menurutnya semasa dalam Umno beliau dipecat keahliannya manakala di PKR, beliau secara sukarela menarik diri meninggalkan perjuangan parti yang diterajui oleh Anwar.
Akhir 2008, Zaid, yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Baru serta ketua Umno Kota Baru, dipecat daripada Umno kerana tindakannya yang menyalahi Perlembagaan parti, khususnya kerana menghadiri majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat.

Memali: Kemuncak Umno takut berhujah

Tragedi berdarah Memali 1985 adalah kemuncak ketakutan Umno untuk berlawan hujah dengan PAS, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Mengkisahkan semula sejarah hitam tersebut, Presiden PAS itu berkata, ianya bermula dengan isu kafir mengkafir di mana PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno.
Ekoran itu Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS berdebat.
"PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima.
"Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat.
"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Memperingati Peristiwa Memali di sini, malam tadi.
Ceritanya lanjut, beliau berkata, Dr. Mahathir kemudiannya menghimpunkan pemimpin Umno dalam satu himpunan dan memarahi ulama-ulama Umno kerana tidak berani berdebat.
Kerajaan kemudiannya mula memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula digunakan untuk menahan pimpinan PAS.
Menurutnya, ramai pemimpin PAS yang berjaya ditahan polis melainkan Ustaz Ibrahim Libya.
"Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah.
"Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.
"Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," kata Abdul Hadi lagi.
Tragedi Memali menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ustaz Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 yang lain di bawah ISA 1960.
Selepas pembunuhan berlaku, ulama-ulama PAS mengisytiharkan mereka yang terbunuh adalah syahid.
Sekat kebangkitan PAS
Menurut Abdul Hadi lagi, tragedi Memali juga antara lain dirancang bagi mematahkan kebangkitan PAS melawan Umno ketika itu.
Namun ujarnya, semangat perjuangan PAS tidak pernah mati seperti yang diinginkan pemerintah, malah terus subur dan semakin ramai orang mendokong PAS termasuk bukan Islam.
Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali diadakan di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.
Ianya adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS Pusat.
Kemuncak program ini adalah pengkisahan semula peristiwa berdarah itu yang akan disampaikan Setiausaha PAS Kedah, Senator Muhammad Yusof Husin di akhir program tersebut.
Beliau adalah antara yang terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit.
Antara pengisian lain sepanjang program tersebut termasuklah, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.

PAKATAN AKAN MENANG BESAR DI SARAWAK.........???

Tidak hairanlah mengapa Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak masih tidak membubarkan DUN Negeri sekalipun tempoh akhir kian menghampiri. Pelbagai andaian yang dibuat, namun Taib Mahmud kekal mendiamkan diri dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk membubarkan DUN. Ada juga yang berpendapat DUN Sarawak besar kemungkinan akan dibubarkan serentak dengan Parlimen bagi membolehkan Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan.

Rupa-rupanya Taib Mahmud yang dikata macam-macam ni sudah nampak apa yang akan berlaku seandainya dia membubarkan DUN Negeri. Sah kompom Sarawak akan jatuh ke tangan Pakatan andai nya Taib Mahmud membubarkan DUN dalam masa terdekat ini.

Jawapan nya.......

PKR Seri Aman sudah menemui formula. Bayangkan dengan kehadhiran hanya 30 orang, Jimmy Donald boleh dapat 450 undi jawatan MPP yang ditandingi. Itu pengganda sebanyak 15 kali. (mae)

Lupakah Zaid Ibrahim Pada Mereka?

Seorang penjual aiskrim bergerak sanggup memberikan aiskrim PERCUMA kepada petugas-petugas PAS dan KEADILAN yang bertungkus-lumus berkempen untuk Zaid Ibrahim. Lupakah Zaid Ibrahim pada mereka?


Petugas-petugas PAS dan KEADILAN sama bekerja untuk memenangkan calon mereka di P094 tanpa mengharapkan upah. Tidak berbekaskah usaha mereka pada Zaid Ibrahim?


Semasa Zaid Ibrahim di hina oleh puak-puak UMNO, Tok Guru Nik Aziz sendiri mempertahankan beliau dari serangan biadap puak-puak UMNO. Tidak hormatkah Zaid Ibrahim pada teman-teman di dalam pakatan dan Tok Guru sendiri?


Penghinaan puak-puak UMNO terhadap Zaid Ibrahim yang seorang kaki judi, sudah lupakah Zaid Ibrahim?


Petugas PAS ini pasti kecewa pada hari ini dengan Zaid Ibrahim yang meninggalkan Pakatan Rakyat.


Kepada Zaid Ibrahim,
Terima kasih,
Kerana ingin terbang terlalu tinggi,
Daratan terus hilang dari pandangan.

Ingatlah,
Pasti suatu hari nanti kau akan turun ke tanah jua..

(gambar sekitar pilihanraya kecil P094)

Godam Zaid untuk bersih parti dari "trojan horses"

IMG00458-20101119-2347Perhimpunan suaikenal anjuran PKR Selangor di sini malam tadi bertukar menjadi medan menggodam Zaid Ibrahim dalam usaha untuk membersihkan parti dari "trojan horses".
Walaupun beberapa pemimpin parti tidak menyebut nama individu berkenaan secara spesifik namun jelas mereka menghentam setiap kenyataan negatif bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu terhadap parti.

Zaid yang juga bekas menteri undang-undang mengambil keputusan keluar parti berkuatkuasa 16 Disember ini dalam satu sidang akhbar yang penuh sesak dengan wartawan dari berbagai media cetak dan elektronik di kediamannya semalam.
Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali, pesaing terdekat Zaid dalam jawatan timbalan presiden sebelum ini, dalam ucapannya merayu kepada kepimpinan tertinggi parti agar bertindak tegas dan berani untuk membersihkan "trojan horses" ini kelak.
Menurut beliau, gesaan Zaid supaya Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur dari parti disifatkan sebagai melampau.
Minta Anwar berundur tindakan melampau
Azmin berkata, "ada suara-suara sumbang……. jika suruh saya berundur saya terima.  Tapi kalau suruh Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur itu tindakan melampau.
"Beliau umpama orang tiada rumah, kita jemput masuk dan beri segala kemewahan, beri segala makanan dan tilam empuk, permaidani hebat…setahun nikmati kemudahan itu," tambah beliau.
Ujar beliau, "maka saya rayu Anwar, (Presiden) Wan Azizah (Wan Ismail), Timbalan Presiden (Syed Husin Ali), Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat selesai kongres……. kita perlu tegas dan berani untuk membersihkan ‘trojan horses’ yang wujud dalam parti.
"Jangan tangguh…sebab kita bimbang dengan orang-orang seperti ini.
Kita bersama presiden, Anwar dan rakyat sudah bina parti ini 12 tahun lalu," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 anggota PKR di Auditorium MBSA malam tadi.
Katanya, semakin banyak serangan diterima PKR beliau yakin parti itu akan bertambah kuat.
Penyandang timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang cukup lantang mengkritik Zaid mengalu-alukan pengunduran beliau daripada PKR.
"Apa hendak kita gelarkan kepada seseorang yang menafikan keputusan Pakatan Rakyat memboikot Utusan Malaysia dan memburukkan parti?," tanya Azmin.
‎​"Jika orang ini hendak keluar…sila keluar. Jika orang ini nak gunakan tali gantung untuk gantung diri pastikan biar sampai mati," katanya.
‘Fikir banyak kali, jangan nanti ‘gila bayang’
Sementara itu, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan pemimpin yang keluar parti kelak agar tidak bertindak seperti orang ‘gila bayang’.
Beliau turut merujuk kepada kes bekas setiausaha agung PKR P Jenapala yang menyaman parti berhubung pemilihan ini sebagai tidak dapat menerima hakikat.
Saifuddin menyifatkan Jenapala sebagai ‘tidak dapat menerima hakikat’ ekoran pemecatan dalam PKR sehingga bertindak untuk saman parti.
"Pemimpin seperti ini memang kurang ajar, jangan kita biarkan mereka. Setuju atau tidak untuk bersama dengan dia?," soal Saifuddin sambil disahut ‘tidak’ oleh para mereka yang hadir.
"Beliau mahu keluar parti 16 Disember….sebab nak jelajah nak dapat sokongan," kata Ahli Parlimen Machang itu tanpa menyebut nama individu terbabit.
Dipecat kerana muflis
"Mereka hantar saman sedangkan sebelum saya jadi setiausaha Jenapala sudah dipecat sebab muflis. Dia tidak terima hakikat dan hantar surat. Saya ingatkan kembali sebelum mahu bercerai fikir banyak kali, jangan nanti gila bayang"," katanya.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula dilihat lebih tenang daripada pemimpin lain yang cukup agresif ketika mengkritik dan mempersoal kesetiaan Zaid terhadap parti.
Beliau menekankan semangat setia kawan serta semangat perjuangan dalam parti berusia 12 tahun itu.
Tegas beliau, "kita perlu ingat bahawa kejayaan PKR bersama-sama Pakatan Rakyat mesti mementingkan rakan pasukan bukan diri sendiri, itu kekuatan kita.
"Setiap ahli wajar pegang prinsip perjuangan dan semangat setia kawan maka rakan lain turut terasa apabila ‘cubit peha kiri peha kanan terasa sakit," katanya.

Kita jangan ikut rentak gendang Zaid serang PKR, kata Anwar

Anwar bersalam dengan Azmin Ali sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di Auditorium MBSA malam tadi. — Gambar oleh Jack Ooi
Kira-kira 12 jam selepas Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan tarikh muktamad keluar PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada kepimpinan parti itu tidak mengikut gendangnya dan tidak gunakan media Umno untuk menyerang parti sendiri.  Penasihat PKR itu juga menambah bahawa beliau tidak boleh menerima pemimpin parti itu menyerang parti dengan menggunakan akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.
Ia merupakan himpunan pertama sejak Zaid, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan mengumumkan keluar parti. Petang semalam, Anwar mengadakan pertemuaan tertutup dengan barisan kepimpinan PKR Wilayah Persekutuan di ibu negara petang semalam.
Anwar bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung tindakan Zaid yang mengumumkan akan keluar parti itu berkuat kuasa 16 Disember ini.
“Saya tidak mahu ulas tentang Zaid, bukan kerja saya untuk mengulas tentang beliau,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini ketika berucap di program Rapat Umum Keadilan Selangor Bersama Datuk Anwar Ibrahim di Auditorium MBSA di sini malam tadi.
Pagi semalam Zaid mengumumkan akan meninggalkan PKR berkuat kuasa 16 Disember ini dan surat pemakluman mengenainya telah dihantar kepada ibu pejabat parti itu.
Zaid yang turut mengesahkan akan menubuhkan parti baru berkata, beliau “sudah pasti” akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan tahun depan.
Zaid pernah menang kerusi Parlimen Kota Baru pada pilihan raya umum 2004 ketika masih di Umno dan bertanding  pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu atas tiket PKR tetapi tewas.
Kira-kira 100 anggota PKR pula mengadakan protes dan berhimpun di Dataran Shah Alam, dekat MBSA, meminta Anwar dan Naib Presiden Azmin Ali supaya keluar daripada parti tersebut.
Ketua Bahagian PKR Kota Raja K.S Kottapan yang mengetuai protes itu berkata perhimpunan berkenaan juga diadakan ekoran kegagalan kepimpinan tertinggi PKR menangani aduan membabitkan pemilihan parti oleh beberapa calon kepimpinan di peringkat cabang di Selangor.

Dalam ucapannya, Anwar menegaskan bahawa beliau tidak boleh menerima tindakan mana-mana pemimpin yang menggunakan Utusan Malaysia untuk menyerang parti dan juga pemimpin.  “Saya tidak boleh terima pemimpin yang menyerang parti berulang kali dalam media Umno yang selama ini menghina pemimpin kita.
“Semua orang tahu pendirian ini, kalau ada pejuang yang tidak hormat kepada pemimpin apa yang harus dilakukan?
“Kalau setakat hendak tegur tidak mengapa, tapi jangan serang guna media Umno.
“Kita nak jadi parti keluarga yang sihat, jangan nak jadi jaguh kampung sahaja, Kita kena terus ke depan dan kita jangan ikut rentak gendang beliau (Zaid),” kata beliau di hadapan kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada pemimpin tertinggi, pemimpin peringkat negeri Selangor dan penyokong parti itu. Tambah Anwar, fokus utama parti itu sekarang adalah memperkuatkan kerangka dalaman dan menyelesaikan segala masalah yang berbangkit bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Sekarang fokus kita adalah memperkuatkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum. “Kita juga perlu mempertahankan negeri Selangor kerana ia merupakan kubu kuat yang harus dipertahankan supaya tidak dirampas kembali Barisan Nasional (BN).
“Malah saya yakin kempimpinan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) mampu menjadi Selangor sebagai sebuah negeri yang hebat,” katanya.
Beliau juga berkata Umno-BN sekarang sudah tidak mampu mempertahankan diri kerana sudah tiada alasan yang boleh dikemukakan dalam setiap isu yang dibangkitkan Pakatan Rakyat.
“Bila kita bercakap mengenai rasuah, mereka (Umno-BN) akan jawab dengan pasir. Mereka sudah tiada ikhtiar dan sudah boleh mempertahankan diri lagi.
“Umno juga tidak boleh untuk memperjuangkan politik perkauman kerana kita sudah pun melakukan perubahan.
“Kalau ada yang mahukan parti Melayu mereka boleh menyertai Umno, kalau ada yang mahu menyertai parti India mereka boleh menyertai MIC tapi kita berbeza.
Kita sudah tidak lagi menggunakan sentimen politik kaum untuk menyertai mana-mana parti kerana kita sudah melakukan agenda reformasi,” katanya.
Justeru, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, reformasi yang dilakukan PKR selama ini harus dipertahankan dan dipertingkatkan.
“Budaya politik yang kita amalkan selama ini harus dipertahankan. “Kalau kita mahu matang dalam politik kita kena menerima perubahan,” katanya.

Ku Li beri jaminan tunai janji bela Orang Asli

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah memberi jaminan akan menunaikan segala janji untuk membela nasib kaum Orang Asli yang banyak membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 Nov lepas.
Tengku Razaleigh berkata kaum itu yang setia dengan perjuangan Umno telah memberikan sokongan padu bagi membolehkan BN menebus semula maruah selepas kekalahan kerusi DUN Galas pada pilihan raya umum lalu.
“Saya fikir sekiranya tidak kerana sokongan padu daripada kaum itu sudah tentu kita daripada BN amat sukar memperoleh kemenangan dengan majoriti besar.
“Oleh itu, saya tidak akan mungkir janji semasa pilihan raya kecil lepas dan tetap melaksanakan apa yang saya kata (pada kempen pilihan raya itu),” katanya semasa berucap pada majlis sambutan Aidiladha sempena meraikan kemenangan BN bagi kerusi DUN Galas pilihan raya kecil di Bukit Chekati, di sini, malam tadi.
Hadir sama pada majlis itu anakanda Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra; Adun Galas Abdul Aziz Yusoff; Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan Adun Nenggiri Md Yusoff Ab Ghani serta wakil-wakil kaum Orang Asli dan pemimpin parti komponen BN.
Tengku Razaleigh (gambar) berkata beliau bersedia berbincang dengan ketua-ketua kaum Orang Asli mengenai perkara yang dijanjikan dalam masa terdekat ini kerana ia penting bagi kemajuan masa depan mereka.
Ia turut membabitkan hal berkaitan dengan kerajaan negeri terutama mengenai tanah kerana kaum itu wajar diberi keutamaan dalam penyelesaian berkenaan, katanya.
“Kita begitu kagum dengan sokongan 90 peratus Orang Asli pada pilihan raya kecil berkenaan di samping kaum lain terutama Melayu, Cina dan India juga. Saya menghormati segala usaha hingga mencapai kemenangan,” kata Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang.
Katanya BN Gua Musang kini perlu bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
“Langkah itu bukan bertujuan untuk kita membanggakan diri atau riak diatas kemenangan besar BN pada pilihan raya kecil berkenaan (Galas), sebaliknya untuk faedah rakyat di Gua Musang juga,” katanya.
Pada pilihan raya kecil Galas, Abdul Aziz menang dengan majoriti 1,190 undi setelah mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperoleh 4,134 undi. Tengku Razaleigh merupakan pengarah pilihan raya kecil BN/Umno pada pilihan raya kecil berkenaan

Memali: Kami nak dedah tindakan Umno jadikan PAS ‘kambing hitam’

PAS berharap sambutan 25 tahun memperingati peristiwa berdarah Memali selama tiga hari yang bermula malam tadi akan membuka mata generasi muda terhadap kezaliman kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno, kata Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah berkata, kesemua mereka yang terbabit — yang terbunuh dan ditahan — dituduh oleh kerajaan pusat sebagai pengkhianat agama, penentang kerajaan dan pelampau kerana rata-rata mereka adalah aktivis PAS.
“Generasi muda, saya ingat ramai yang tak tahu atau mendapat maklumat yang tidak sahih berhubung peribadi Ibrahim Libya serta peranan pusat pendidikan Islam yang diasaskannya.
“Generasi muda ini wajar diberitahu tentang kemuncak kezaliman yang dilakukan oleh Umno pada 1985,” kata Mahfuz ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ibrahim Mahmud yang lebih popular dengan panggilan “Ibrahim Libya” serta 13 pengikutnya terbunuh ketika menghadapi lebih 3,000 anggota polis.
Seramai 35 pengikut yang lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kononnya mengangkat mengangkat senjata memerangi kerajaan pusat. Peristiwa tersebut turut mengorbankan empat anggota polis.
Polis memanggil operasi itu sebagai Operasi Angkara/Operasi Hapus.
Peristiwa ini terjadi ketika Tun Musa Hitam ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri berada di China.
Peristiwa ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di mukim Siong, Baling — daerah yang dikaitkan dengan pertemuan berseajrah antara Almarhum Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya pada 1955.
Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali.
Menurut Mahfuz, kehilangan jiwa yang dialami mereka yang terbabit sebenarnya bukanlah disebabkan mereka itu pengganas atau mengangkat senjata menentang kerajaan.
Tetapi dakwa Mahfuz, mereka yang terbabit dijadikan “kambing hitam” oleh kerajaan pusat demi menutup beberapa kelemahan Umno dan Barisan Nasional.
“Mereka (Umno) cuba mengalih tumpuan rakyat dari melihat kelemahan mereka. Memali pada sesetengah pandangan dari kita hanya kambing hitam.
“Perkembangan Islam di Memali dianggap ancaman pada Umno sebagaimana Umno melihat PAS sebagai ancaman padanya,” ujar Mahfuz lagi.
Dalam pada itu, beliau turut menafikan cakap-cakap umum kononnya perayaan jubli Perak ini demi menenggelam beberapa kemelut politik yang melanda pentadbir Umno pada ketika itu.
“Tak timbul mengapa dibuat sekarang sebab setiap tahun kita buat, istimewanya pada tahun ini kerana sambutan sempena 25 tahun.
“Kalau dahulu pun Umno memutar belit tentang isu Memali, sekarang pun Umno akan buat lebih dari itu kerana ia fobia dengan Islam dan kepimpinan Islam,” tambahnya.
The Malaysian Insider difahamkan selama tiga hari ini, karnival Memali sarat dengan aktiviti seperti  ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.
Lebih pada itu, pantomim mengisahkan rakyat Palestin turut akan dipentaskan bagi memberi kesedaran kepada rakyat.
Perasmian pembukaan malam tadi disempurnakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri perhimpunan malam ini.
Pada malam terakhir esok, ceramah akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Azman Shapawi Abd Rani dan ahli jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria berkata kemuncak program ini ialah apabila Setiausaha PAS Kedah Senator Yusof Husin membaca satu pengkisahan mengenai peristiwa berdarah itu.
“Ini kerana beliau terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit,” katanya sambil menambah pengkisahan itu akan berlangsung esok.
Program sambutan berlangsung di Madrasah Islahiah Diniah — sekolah yang diasaskan oleh Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.
Sementara itu dalam ucapannya, Hadi berkata, tragedi Memali adalah kemuncak ketakutan Umno untuk berlawan hujah dengan PAS.
Mengkisahkan semula sejarah hitam tersebut, Presiden PAS itu berkata, ia bermula dengan isu kafir-mengkafir di mana PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno. Ekoran itu Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS berdebat.
“PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima.
“Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat. “Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dipetik Harakahdaily.
Hadi menambah Dr. Mahathir kemudiannya menghimpunkan pemimpin Umno dalam satu himpunan dan memarahi ulama-ulama Umno kerana tidak berani berdebat.
Kerajaan kemudiannya mula memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan ISA mula digunakan untuk menahan pimpinan PAS, kata beliau. Menurutnya, ramai pemimpin PAS yang berjaya ditahan polis melainkan Ustaz Ibrahim Libya.
“Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya Ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah.
“Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.
“Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali,” kata Hadi lagi.
Menurut Hadi lagi, tragedi Memali juga antara lain dirancang bagi mematahkan kebangkitan PAS melawan Umno ketika itu.
Namun ujarnya, semangat perjuangan PAS tidak pernah mati seperti yang diinginkan pemerintah, malah terus subur dan semakin ramai orang mendokong PAS termasuk bukan Islam.
olis melainkan Ustaz Ibrahim Libya.
“Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya Ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah.
“Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.
“Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali,” kata Hadi lagi.
Menurut Hadi lagi, tragedi Memali juga antara lain dirancang bagi mematahkan kebangkitan PAS melawan Umno ketika itu.
Namun ujarnya, semangat perjuangan PAS tidak pernah mati seperti yang diinginkan pemerintah, malah terus subur dan semakin ramai orang mendokong PAS termasuk bukan Islam.

Najib: Hak ahli bersekutu BN tak sama

Walaupun dewan tertinggi BN hari ini sebulat suara memutuskan memperkenalkan ahli bersekutu dan keahlian langsung dalam parti itu, tetapi hak dan keistimewaan mereka diputuskan tidak sama dengan keahlian melalui parti komponennya.

Bagaimanapun, menurut Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak, hak dan keistimewaan ahli bersekutu itu akan diputuskan kemudian oleh dewan tertinggi parti itu.

NONE"Sesiapa yang ingin, boleh memohon menjadi ahli bersekutu.

"Kita ingin memperlihatkan bahawa BN bersifat inklusif, (dasar) pintu terbuka kepada (sesiapa) yang percaya konsep perjuangan BN," katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Kumpur hari ini.

Perdana menteri berkata perkara itu - sebagai sebahagian daripada pindaan perlembagaannya - antara beberapa keputusan bersejarah dalam gabungan 13 parti komponen itu.

Menurut Najib, ahli yang pernah menyertai pembangkang dan ingin menyertai BN sebagai ahli bersekutu, perkara itu akan ditentukan oleh dewan tertinggi BN.

Bagaimanapun, beliau yang juga ahli parlimen Pekan menegaskan tidak dibenarkan seseorang yang menjadi ahli parti kompenen dan keluar parti untuk menjadi ahli bersekutu.

barisan nasional bn 181110Dalam sidang media itu juga, Najib memberitahu, dewan tertinggi BN juga mahu memperkenalkan kelab sahabat BN kepada sesiapa sahaja yang ingin "menjadi sahabat" kepada BN.

Katanya dewan tertinggi juga mahu mewujudkan kelab rakan muda BN kepada golongan muda berumur 18 hingga 21 tahun "yang ingin menyokong dan menghayati perjuangan BN".

Najib berkata pindaan perlembagaan yang diputuskan berkuatkuasa hari ini dan akan dimaklumkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas ini.

Mengulas mengenai konvensyen BN 28 November ini, Najib berkata persiapan berhubung majlis tersebut telah diatur.

Katanya tema persidangan tersebut berkisar sekitar konsep BN yang mendahului kepentingan rakyat dan selaras dengan tema konsep 1Malaysia.

Najib: BN lulus pindaan, terima anggota langsung segera

Di sebalik spekulasi pilihan raya tergempar awal tahun depan dan usaha memulihkan keyakinan pengundi selepas Mac 2008, Barisan Nasional (BN) hari ini menerima beberapa pindaan, antaranya menerima anggota-anggota langsung dengan serta-merta.
Ia pindaan paling besar sejak BN ditubuhkan pada awal 1970-an bagi menggantikan Perikatan dengan lebih banyak keanggotaan.
BN, buat kali pertama dalam sejarah, kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan lima negeri pada pilihan raya umum 2008. Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata, Dewan Tertinggi yang mengadakan mesyuarat pagi ini meluluskan langkah menerima anggota-anggota langsung, sistem yang mirip diguna pakai oleh Perikatan awal 1970-an.
BN memperluaskan keanggotaan pada 1974 dengan menukar nama asalnya Perikatan. Najib berkata BN akan memaklumkan perubahan itu kepada Pendaftar Pertubuhan. Najib yang juga perdana menteri berkata Datuk Seri S. Samy Vellu menghadiri mesyuarat hari ini selaku presiden MIC buat kali terakhir.
Presiden MIC paling lama itu akan melepaskan jawatannya awal Januari ini. Pindaan-pindaan lain yang diterima hari ini ialah membolehkan ahli-ahli politik yang tidak memihak mana-mana parti boleh menyertai BN sebagai anggota bersekutu.
Selain itu, BN juga akan menubuhkan kelab Rakan Muda BN bagi menarik penyokong berusia antara 18 dan 21 tahun.
“Anggota-anggota langsung tidak akan mempunyai hak mengundi sebagai parti komponen tetapi kami mahu melihat BN sebagai sebuah parti yang inklusif,” kata Najib.
Najib, yang juga Presiden Umno berkata, ahli parti komponen yang keluar parti masing-masing tidak akan dibenarkan menyertai BN sebagai anggota langsung.
“Sebagai contoh Datuk Samy Vellu,” kata Najib secara berseloroh. Najib juga berkata peraturan baru itu akan dibentangkan pada konvensyennya hujung minggu depan.

Syed Husin: Siapa nak keluar PKR, keluarlah

Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali tidak risau dengan sekiranya terdapat anggota parti itu bercadang untuk keluar parti dan menyertai parti baru yang dicadangkan oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Tokoh PKR itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu pembersihan dalam parti itu yang ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu.

"Bagi saya mudah sahaja. Siapa yang nak keluar... keluarlah. Ini bagi saya (satu) proses pembersihan dalam parti.

"Saya selalu katakan, bila sampah sarap berlalu, sungai akan menjadi jernih... Saya tidak risau dan ramai pemimpin tidak risau," katanya dalam temubual dengan Malaysiakini semalam.

Menurutnya, situasi tersebut bukan dialami oleh PKR sahaja, malah sebelum ini PAS dan DAP turut mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu.

"Ini bukan pengalaman PKR (sahaja). Parti yang tua, yang kelihatan lebih kuat, sudah mengalami (perkara ini). (Dalam) PAS sendiri apabila presidennya sendiri (Datuk) Asri (Muda tinggalkan parti)," katanya senator itu.

Hak Zaid

Syed Husin mengulas mengenai kenyataan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dalam sidang media pagi semalam yang tidak menolak kemungkinan ramai anggota PKR akan menyertainya keluar parti.

Dalam sidang media di kediamannya, Zaid memilih 16 Disember depan sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu setelah menghantar surat peletakkan jawatannya semalam.

Beliau juga memutuskan untuk menubuhkan parti baru dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas mengenai keputusan Zaid tersebut, Dr Syed Husin yang juga bekas tahanan ISA berkata, ia merupakan hak Zaid untuk berbuat demikian.

"Rakyat yang akan menentukan sama ada parti itu mempunyai masa depan (atau tidak). Tapi dia konsisten bahawa dia mahu bertanding dan masuk ke dalam parlimen. Terserah (kepada) rakyat (untuk menetukannnya)," katanya.

Ditanya sama ada PKR dan Pakatan Rakyat mahu berkejasama dengan parti baru itu, Dr Syed Husin berkata parti itu akan melihat perkembangannya terlebih dahulu.

Sekejap nak, sekejap tak nak

"Dalam masa sekarang bukan kita (PKR) akan putuskan," katanya.

Dr Syed Husin yang turut mempersoalkan sikap Zaid "yang tidak tetap pendirian" dan "sekejap berubah-ubah".

"Perkara kecil sahaja, (contohnya) sekejap nak ada sidang akhbar, sekejap tak nak. Sekejap nak adakan balik.

"Sekejap nak bertanding presiden, sekejap nak bertanding timbalan. Sekejap kata nak berundur sekira seorang itu mengambil bahagian. Bila orang itu mengambil bahagian, dia tak mahu berundur.

"Jadi perkara seperti ini menimbulkan banyak tanda tanya. Kebenaran apa?" katanya ketika mengulas kenyataan Zaid yang mahu menubuhkan parti baru "berteraskan kebenaran".

JPP: Akta Pertubuhan bakal sukarkan Jenapala saman PKR



Jenapala mendakwa tidak pernah dimaklumkan oleh PKR itu berhubung pengguguran keahliannya. - Gambar failAkta Pertubuhan 1966 yang menghalang mahkamah dari membicarakan masalah dalaman parti akan menyukarkan bekas timbalan setiausaha agung PKR P Jenapala memohon perisytiharan bahawa pemilihan parti adalah tidak sah, kata Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah.  “Saya rasa dia (Jenapala) akan melalui jalan yang sukar sebab tatacara (Akta Pertubuhan) tidak membenarkan mahkamah campur tangan masalah dalaman mana-mana parti,” ujar Dr Cheah ketika dihubungi The Malaysian Insider.Disebabkan itu, Dr Cheah turut mempertikai tindakan Jenapala menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai defendan.
“Dia perlu melakukan sesuatu yang lain, tidak boleh menjangkaui bidang kuasa JPP,” ujar beliau sambil memberitahu bahawa Jenapala bukan lagi anggota PKR.
Penjelasan Dr Cheah itu merujuk pada Seksyen 18(C) Akta Pertubuhan 1966.
Syeksyen tersebut “melarang mahkamah untuk mendengar, meneliti, mengkaji dan sebagainya apa jua keputusan atau perkara dalaman parti politik.”
“Jenapala sepatutnya melakukan sesuatu yang lain kerana dia memang tidak boleh melakukan apa-apa yang menjadi bidang kuasa JPP,” ujarnya.
Tambah Dr Cheah lagi, Jenapala sepatutnya terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat guaman sebelum mengambil tindakan itu.
Peruntukan itu dibawa selepas keputusan mahkamah pada 1988 mengisytiharkan Umno sebagai parti “haram”.
Permohonan Jenapala agar mahkamah mengisytiharkan pemilihan bagi jawatan timbalan presiden parti itu tidak sah, akan didengar Isnin ini.
Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini Datuk Aziah Ali.
Beliau dalam afidavitnya itu menyatakan mahkamah sepatutnya membenarkan injunksi interlokutori untuk memastikan tiga defendan iaitu Dr Wan Azizah, Syed Husin dan Saifuddin tidak meneruskan pemilihan dan perisytiharan.
Jenapala selaku plaintif berkata, ketiga-tiga defendan itu tidak prihatin kerana didakwa gagal memberi respon terhadap suratnya bertarikh 27 September lalu.
Dalam saman pemulanya yang difailkan semalam, Jenapala berkata kenyataan media oleh Saifuddin pada 20 September lepas bahawa beliau telah dibuang daripada PKR adalah tidak berasas kerana keahliannya telah disahkan di ibu pejabat parti itu pada 17 September.
Jenapala mendakwa tidak pernah dimaklumkan oleh parti itu berhubung pengguguran keahliannya mahupun apa jua tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya.

Lagi laporan penipuan pemilihan diserah kepada PKR

pemilihan 2010PETALING JAYA: Satu lagi laporan penipuan pemilihan akan diserah kepada Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.
Laporan yang dialamatkan kepada Presiden PKR tersebut akan diserahkan oleh calon Pengerusi Tetap Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amizudin Ahmat.

Menurut Amizudin, yang juga merupakan bekas Ketua AMK Pulau Pinang, laporan penipuan yang bakal diserahkan tersebut turut mengandungi bukti-bukti kukuh terhadap penyelewengan yang telah dilakukan sepanjang pemilihan berjalan.
Bagaimanapun menurut beliau kemungkinan beberapa nama saksi tidak dapat didedahkan kepada media ekoran kebimbangan terhadap ugutan dan gangguan lain.
Beliau turut menjelaskan laporan tersebut akan diserahkan kepada ibu pejabat terlebih dahulu sebelum perbincangan diadakan sama ada untuk mendedahkan kepada media atau sebaliknya.
"Kita akan putuskan sama ada akan dedahkan kepada media atau tidak selepas bertemu JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) nanti.
Cuma untuk pengetahuan anda, yang pastinya laporan ini bukan mengandungi satu atau dua kepincangan tetapi berderet," ujar beliau.
Antara isu penipuan
Dipercayai beberapa isu yang dijangkakan bakal disentuh dalam laporan tersebut termasuk kewujudan pengundi hantu di beberapa cabang yang telah selesai mengundi sebelum ini.
Sebelum ini kekecohan berlaku di pusat pengundian Libaran apabila semakan buku kehadiran pengundi sehingga jam 2.00 petang yang  mencatatkan 20 orang, naik mendadak sehingga 900 orang ketika pengundian ditutup, satu peningkatan yang tidak munasabah.
Manakala dalam satu kejadian di Kubang Pasu, PACA (agen pengundian dan agen pengiraan) yang dilantik oleh seorang calon bertanding dilaporkan berjaya ‘menangkap’ buku kehadiran yang mencatatkan kehadiran pengundi sekitar 70 orang.
Sebaliknya sebaik peti undi dibuka, PACA tersebut terkejut apabila mendapati hampir 200 kertas undi berada di dalam peti undi tersebut.
Anggota JPP tawar jumlah undi dibahagi dua
Lebih mendukacitakan apabila anggota JPP yang bertugas ketika itu menawarkan penyelesaian kepada wakil-wakil calon bertanding dengan cara membahagikan dua jumlah undi yang terdapat di dalam peti undi.
Dijangkakan turut dimuatkan dalam laporan tersebut ialah kegiatan gengsterisme dalam parti yang didakwa mendapat perlindungan pemimpin tertentu dalam parti.
Kaedah pengiraan undi secara menurun bagi tujuan mengurangkan jumlah undi calon tertentu dijangka turut mendapat perhatian dalam laporan ini.
Kejadian yang pernah dilaporkan oleh beberapa blogger ini dikatakan berlaku ketika pengiraan undi sedang dijalankan di Cabang Teluk Intan.
Tembelang tersebut pecah apabila seorang wakil calon menyedari jumlah undi yang telah dikira didapati semakin berkurangan berbanding sebelumnya.
Akhirnya anggota JPP yang bertugas terpaksa membuka semula peti undi setelah didesak wakil calon tersebut dan mendapati jumlah undi untuk calon terbabit telah dikurangkan dengan jumlah yang banyak.
Selain itu kegiatan menukar nama pencalonan seperti yang berlaku di Cabang Tampin turut dijangka mendapat perhatian dalam laporan yang bakal diserahkan ini.
Peti undi "dilarikan"
Kejadian peti undi "dilarikan" hingga ke beberapa tempat untuk pengiraan undi seperti yang berlaku di Tuaran dijangka turut dibangkitkan.
Hingga kini, dianggarkan lebih dari 200 aduan telah dibuat oleh ahli-ahli PKR di sepanjang pemilihan yang didakwa sebagai peneraju demokrasi oleh pepimpin PKR apabila memberi kuasa memilih pemimpin ke tangan ahli akar umbi.
Bagaimanapun keindahan niat parti ini hilang begitu sahaja apabila pelbagai penipuan berlaku demi untuk memberi kemenangan kepada calon tertentu tetapi memburukkan imej PKR sendiri.
Dalam laporan FMT sebelum ini, Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Muhammad Agus Yusof berkata, kemelut berpanjangan yang berlaku dalam PKR kini disebabkan kelembapan JPP yang tidak bertindak tegas di peringkat awal lagi.
"Kalau pemimpin parti dan JPP segera bertindak tegas, sudah tentu PKR tidak perlu menghadapi kemelut yang semakin parah ini," kata beliau kepada FMT.

Syed Husin Ali bakal bantu kemudi PKR

syedSHAH ALAM: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyandang timbalan presiden Dr Syed Husin Ali bakal diletakkan dalam satu komposisi jawatan penting dalam parti itu kelak.
Pandangan itu diutarakan beliau ketika menyampaikan ucapan kepada 1,000 anggota dalam perhimpunan rapat umum anjuran PKR Selangor di Auditorium MBSA malam tadi.

Menurut Anwar, perbincangan telah dibuat bersama Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan mahu usul itu dibawa dalam barisan majlis pimpinan baru.
"Perkara ini sudah saya bincang dengan presiden dan mahu usul ini dibawa kepada barisan pimpinan baru. Saya berpendapat Syed Husin ada peranan penting dalam parti, kami bincang untuk tempatkan beliau membantu mengemudi parti.
"Maka bukan hanya satu pengemudi dalam bahtera yang sama," katanya. Walaupun Anwar tidak menjelaskan secara lanjut sebarang komposisi jawatan tersebut, namun Syed Husin yang cukup disegani dalam PKR itu dijangka membantu presiden dan timbalan presiden yang baru dalam hala tuju parti itu nanti.
Syed Husin enggan mempertahankan jawatan sebagai timbalan presiden pada pemilihan kali ini bagi memberi peluang kepada calon-calon muda untuk bertanding.
Persaingan jawatan timbalan presiden itu bermula dengan tiga calon iaitu Azmin Ali, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub.
Namun Zaid bertindak menarik diri pada ketika proses pemilihan dua minggu lagi akan tamat.
Sementara itu, Anwar mengingatkan para pemimpin PKR supaya jangan menggunakan saluran media Umno-Barisan Nasional (BN).
Anwar kecam pemimpin PKR guna media Umno-BN
Malah beliau turut mengecam mana-mana individu yang menyerang pemimpin parti melalui media milik Umno-BN.
"Saya beri pandangan tegas…saya tidak boleh terima orang yang menyerang…… setakat tegur tidak mengapa.  Tapi serang parti berulang kali dalam media Umno dan hina sahabat perjuangan Syed Husin Ali," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.
Anwar enggan mengulas lanjut berhubung keputusan Zaid yang bertindak keluar PKR, sebaliknya mempersoalkan dakwaan pengkhianatan dalam parti itu "Bukan kerja saya nak ulas kerja saya nak mantapkan parti dan Pakatan Rakyat. Apa pengkhianatan yang dilakukan dalam parti keadilan?
"Saya tidak pernah neutral dalam perjuangan. Orang kata saya suruh pilih orang ini…orang ini. Malah ramai ketua cabang hubungi saya, cabang Selangor dipanggil dan beri pandangan terutama dalam isu timbalan presiden.
"Saya kata ok boleh pilih ramai calon dan boleh pilih sesiapa sahaja tetapi jangan pilih orang yang serang parti guna media umno," jelas beliau

Saturday, November 13, 2010

Hishamuddin Tak Pandang Serius Kejadian Warga Nigeria Loloskan Diri


Kejadian dua warga Nigeria lolos diri tidak jejas keselamatan negara - Hishamuddin

KLUANG -- Kejadian dua tahanan warga Nigeria yang berjaya meloloskan diri dari kenderaan Jabatan Imigresen dua hari lepas, tidak menjejaskan keselamatan negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata bagaimanapun, kementeriannya memandang serius perkara itu dan siasatan terperinci sedang dijalankan terhadap dua pegawai Imigresen yang mengiringi kedua-dua tahanan berkenaan.

"Dalam hal berkaitan negara, saya sudah kata, kita (KDN) akan mengambil tindakan tegas, tidak kira orang luar atau pegawai kita sendiri sekiranya tindakan mereka menjejaskan keselamatan negara.

"Sudah tiba masanya kita serius hal-hal berkaitan pintu masuk negara dan saya cukup yakin mereka yang terlibat bukan sahaja bertaubat, tetapi menjadi pengajaran kepada pegawai lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Deepavali anjuran Parlimen Sembrong dekat di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Sembrong berkata, kedua-dua pegawai berkenaan kini digantung tugas bagi membolehkan siasatan dilakukan, dan pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan lanjut.

Insiden pada 11.30 malam itu berlaku ketika dua warga Nigeria berkenaan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.

Sebelum itu, mereka ditahan di Depoh Tahanan Imigresen KLIA atas kesalahan penyalahgunaan pas pelajar dan dikenakan tindakan pengusiran. Dalam perkembangan lain, Hishammuddin meminta anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang membantu mangsa banjir di Kedah dan Perlis, supaya kekal di kedua-dua negeri untuk tempoh seminggu lagi bagi menghadapi kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir.

"Kebanyakan anggota ini datang dari negeri lain. Kalau air sudah surut, kita izinkan mereka pulang, tetapi kita juga tidak menghadapi masalah untuk menggerakkan mereka semula sekiranya diperlukan," katanya.

Beliau berkata anggota polis, JPAM dan Rela yang berada di Kedah dan Perlis kini menumpukan usaha membersihkan tempat ibadat, sekolah dan taman perumahan di kedua-dua negeri. 



Dua Tahanan Warga Nigeria Lolos Ketika Dalam Perjalanan Ke KLIA

Dua warga Nigeria berjaya meloloskan diri dari kenderaan Jabatan Imigresen ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang untuk dihantar pulang ke negara asal, Rabu malam.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Mahmood Adam berkata kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini ditahan di Depoh Tahanan Imigresen KLIA atas kesalahan penyalahgunaan pas pelajar dan dikenakan tindakan pengusiran.

Bagaimanapun, difahamkan van Jabatan Imigresen yang membawa Solomon Udo Eneh dan Osuji Chinedu, bersama seorang lagi warga Palestin, singgah di sebuah stesen minyak sebelum dua lelaki yang bergari itu bertindak melarikan diri.

Mahmood berkata dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, dua pegawai Imigresen yang mengiringi tahanan tersebut telah digantung tugas dan usaha menjejak dua warga Nigeria itu sedang berjalan dengan bantuan polis.

"Pasukan petugas khas sudah ditubuhkan untuk menyiasat insiden berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini.

Bagaimanapun, katanya, warga Palestin yang berada dalam kenderaan itu tidak melarikan diri dan dia rela dihantar pulang ke negara asalnya. -BERNAMA


Ulasan GB

Kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa kejadian dua tahanan warga Nigeria yang berjaya meloloskan diri dari kenderaan Jabatan Imigresen dua hari lepas, tidak menjejaskan keselamatan negara itu amat merbahaya.

Ini bererti beliau tidak memandang kejadian seumpama itu sebagai serius.

Kini, dimana anda nak cari dua warga kulit hitam yang dah lepaskan diri itu? Ia seperti menunjukkan kepada kita betapa lemah Jabatan Imigresen dan lemah juga kementerian dan menterinya!

Menteri KDN sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya. Beliau sepatutnya meletakkan jawatan. 

Projek Mega Telan Nyawa, Mayat Beum Ditemui


Johor Bahru – Seorang pekerja yang sedang mengendalikan jentera pengorek pasir hilang bersama sejumlah peralatan selepas sebahagian daripada kawasan tebus guna projek mega Lido Boulevard berhadapan Zoo Johor di sini tiba-tiba tenggelam malam kelmarin.

Gambar: SEBUAH bot pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mengesan Mohd. Nor di tempat kejadian (dalam bulatan) di Pantai Lido, Johor Bahru semalam.

Selain Mohd. Nor Miskan, 36, turut hilang ialah tiga jentera pengorek termasuk yang sedang dikendalikannya, dua buah kontena serta dua mesin penjana kuasa.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam itu, Mohd. Nor sedang menjalankan kerja menambak laut kira-kira 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam.

Setakat pukul 7 malam tadi, mayatnya belum ditemui.

Kakak mangsa, Hani Masra, 40, berkata, mereka dimaklumkan mengenai insiden itu oleh rakan mangsa tidak lama selepas kejadian.

“Dia (Mohd. Nor) sudah merancang hendak melawat ibu kami yang sudah dua hari dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat barah leher tetapi tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Tangan Kiri Kanak-kanak Yang Ditetak Disambung Semula


Adik nak air

KUANTAN: “Adik nak air,” demikian kata Anas Safian Efa Rizal, 3, kanak-kanak malang yang menjadi mangsa amukan ‘ala mafia’ seorang lelaki tidak dikenali dipercayai bermotifkan cemburu di rumah pengasuhnya di Flat Alor Akar, di sini, kelmarin.

Ibu kanak-kanak itu, Suhana Mohamad, 33, memaklumkan Anas berkata demikian sejurus sedar selepas sembilan jam menjalani pembedahan menyambung semula tangan kirinya yang cedera parah akibat terkena libasan pedang samurai lelaki berkenaan dalam kejadian mengerikan itu.

Katanya, Anas mula sedar kira-kira jam 6 pagi semalam selepas menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, kira-kira jam 3 petang kelmarin yang berakhir kira-kira sembilan jam kemudian.

“Perkara pertama dia katakan kepada saya yang dia nak air selain memaklumkan yang dia sakit. Dia cakap hendak minum saja tapi tidak mahu makan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Suhana (gambar) berkata, doktor yang melakukan pembedahan memaklumkan tangan kiri Anas berjaya disambung dan menunjukkan perkembangan baik.

“Kata doktor darah mula mengalir dan ibu jarinya yang hampir terputus berjaya disambung.

“Sebelum pembedahan dilakukan, doktor memaklumkan jika ia tidak dapat disambungkan, kemungkinan besar pergelangan tangan kirinya dipotong, namun saya bersyukur semuanya selamat,” katanya yang turut memaklumkan doktor memberi tempoh seminggu untuk mengetahui perkembangan lanjut keadaan itu.

Menurutnya, sehingga kini Anas masih diberi pengawasan lanjut di unit rawatan rapi (ICU) HTAA.

Sementara itu, pengasuh Anas, Suziana Hopiah, 24, memaklumkan Metro Ahad, beliau menafikan tuduhan suspek yang mendakwa dia dan suami, Mohd Taufik Abdul Razak, 36, menyembunyikan isteri lelaki berkenaan di rumah mereka.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mengatakan adik saya menyorokkan isterinya (suspek) di rumah saya, kami tak pernah sembunyikan sesiapa, apatah lagi isteri orang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Suhana berkata, dia tidak pernah mengenali isteri suspek dan tidak tahu sama ada adiknya mempunyai hubungan dengan wanita itu seperti didakwa.

“Saya dan suami memang tak kenal wanita itu dan tidak tahu menahu mengenai hal adik saya yang menetap di Rantau Abang, Terengganu,” katanya.

Difahamkan, sehingga kini polis masih meneruskan usaha memburu suspek berusia 30 an itu

Sepasang Kekasih Dicekup Ketika Tidur Berduaan


Pandan Indah - Sepasang kekasih yang sedang lena dibuai mimpi terkejut apabila Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu di salah sebuah unit kondominium di Pandan Perdana, awal pagi semalam kerana disyaki berkhalwat.

Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, operasi kira-kira jam 3 pagi itu dilakukan setelah pihaknya menerima maklumat serta aduan orang awam.

“Setibanya di lokasi, didapati pintu rumah tidak dikunci dan keadaan ruang tamu agak gelap. Setelah lampu rumah dibuka, kami mendapati pasangan tersebut tidur di ruang tamu.

“Anggota penguat kuasa terus memperkenalkan diri setelah mengejutkan pasangan terbabit,” katanya.

Menurutnya, sebelum pihaknya menyerbu rumah dipercayai disewa teman wanita pasangan itu, pegawai Masjid Al-Azmin mendapati pintu rumah itu ditampal ‘angpow’ Tahun Baru Cina dan beberapa tanglong bertujuan bagi mengaburi jiran tetangga dan pihak penguatkuasa.

Ahmad Nawi berkata, ketika tangkapan, lelaki berkenaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek, manakala teman wanitanya berpakaian lengkap dan berseluar pendek.

“Pasangan terbabit dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk membolehkan pihaknya membuat laporan.

“Kami hanya menjalankan tindakan di bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabitkan kesalahan mereka boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pada masa sama, pegawai Masjid Al-Azim turut menjalankan Operasi Cegah Maksiat yang bermula pada jam 12.30 malam hingga jam 7 pagi di beberapa kawasan tumpuan seperti di Bukit Langat, Bukit Permai dan pihaknya turut memantau di beberapa kawasan sekitar taman permainan dan padang di Pandan Indah, Pandan Jaya dan Pandan Perdana dalam usaha memerangi aktiviti tidak bermoral.

“Seramai 90 remaja ditahan di dalam operasi itu di beberapa lokasi berasi- ngan, pihak kami turut berhadapan dengan beberapa remaja yang ‘keras kepala’ ketika kami melakukan operasi di Bukit Langat.

“Bagaimanapun perkara tersebut berjaya dikawal setelah kami memberi penerangan dan taklimat ringkas kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Nawi berkata, pihaknya telah mengambil maklumat kesemua remaja terbabit dan mereka perlu menghadiri sesi kaunseling di Masjid Al-Azim Pandan Indah.

“Tindakan tegas akan diberikan jika mereka ingkar dan tidak menghadiri sesi kaunseling tersebut,” katanya.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan di bawah Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara.

“Kami tidak teragak-agak menyerahkan mereka kepada pihak Jais untuk dikenakan tindakan lanjut apabila didapati melakukan perbuatan yang sama berulang serta ingkar menghadiri sesi kaunseling tanpa memberi alasan kukuh.

”Saya berharap mereka dapat memberi kerjasama atau berhadapan tindakan tegas daripada Jais,” katanya.