Saturday, February 6, 2010

XPDC NIZAR SINGGAH DI P. RENGGAS


Banner pembakar semangat
Jenuh weh.. teman pusing salam dgn org Pdg Rengas

Bas XPDC jelajah daerah
Jamuan ringkas
Yb Zainudin Adun Lubuk Merbau Memberi ucapan

baju oren pemuda harapan DUN Lubuk Merbau "Lawan tetap lawan"
Bergambar bersama Dato Sri Nizar

Pakatan Rakyat Perak hari ini memulakan siri jelajah ke seluruh negeri bertemu rakyat bagi memperingati semepena genapnya setahun rampasan kuasa oleh kerajaan Umno BN negeri itu.
Program jelajah ini anjuran sekreteriat Pakatan Rakyat Perak menggunakan sebuah bas dan sebanyak 107 kereta telah mengiringi rombongan serta sekitar 50 motorsikal turut serta.

Rombongan yang di sertai oleh beberapa orang adun pakatan rakyat mereka terdiri daripada pimpinan PAS, PKR dan DAP negeri termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan pimpinan parti masing-masing di peringkat bahagian dan kawasan serta para bloger pro pakatan, antara yang hadir ialah Yb Idham Lim, YB. Husin, YB. Ramli, YB. Tai, YB. Yunus dan Yb Zainudin adun Lubuk Merbau.


Setibanya rombongan di Padang Rengas satu majlis penerangan ringkas di berikan oleh Ds.Nizar berkaitan dengan keputusan mahkamah yang akan diumumkan pada 9hb Feb ini.
Majlis ini diadakan diperkarangan rumah Ustaz Azizi di hadapan Peladang Padang Rengas.

Antara isu yang diulas oleh Dato Sri Nizar ialah jika keputusan Mahkamah pada 9hb ini berpihak kepada pakatan rakyat beliau tetap akan mengadap DYM Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN bagi mengadakan satu pilihan raya baru bagi memberi peluang kepada rakyat Perak memilih mandat baru dengan cara yang sah serta berdemokrasi .Ini menunjukan beliau tak gila kuasa seperti apa yang dilemparkan oleh BN terhadap beliau selama ini, kerana apa yang dikatakan oleh beliau pasti akan ditunaikan dengan pembubaran DUN Perak.

Yang pastinya ujar dato Sri Nizar lagi menyeru kepada semua pendokong Pakatan Rakyat dan rakyat Perak amnya agar menolak BN dan memohon doa kepada Allah agar mudah- mudah pakatan Rakyat diberi kemenangan dan menolak kezaliman,

Oleh kerana kesutukan masa walaupun majlis yang serba ringkas tetapi telah berjaya mencapai matlamat dan diakhiri dengan jamuan makan oleh tetamu dan majlis bersurai tepat jam 3.45 petang ,seterus bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Taiping.

9 Feb..Apakah akan ada RAMPASAN kali ke 3?


Definasi 9 Februari 2010 menimbulkan pelbagai spekulasi dikalangan rakyat.Ada yang mengatakan bahawa kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat dan tak kurang juga yang mengatakan bahawa ia akan berpihak kepada UBN.Rata-rata rakyat mengatakan dengan jelas mengapa mereka mengatakan bahawa kemenangan akan berpihak kepada UBN pertamanya kerana institusi kehakiman berpihak kepada UBN dan kebanyakan institusi kerajaan di kawal selia oleh mereka.

Keduanya tak kurang juga ada yang menyatakan bahawa kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.Ini jelas kerana sesetengah dari Rakyat berfikir menggunakan fakta dan undang-undang yang diadakan merujuk kepada setiap ketetapan dalam undang-undang tubuh Negeri Perak.Ia dilihat wajar kerana segala permasalahan dan juga pergolakan bermula dari pihak UBN dan sistem Pakatan Rakyat melawan mereka sama sekali tidak bertentangan dengan undang-undang yang sedia ada.

Ketiga ada juga dikalangan Rakyat menimbulkan persoalan,Apakah yang akan berlaku sekiranya kemenangan itu berpihak kepada Pakatan Rakyat??Apakah mereka UBN akan berdiam diri dan membiarkan Pakatan Rakyat mencalar kekuasaan mereka.Apakah akan ada rampasan kuasa kali ke3?

Seperti biasa Harimau yang megah dan bangga dengan kekuatan yang ada padanya sekarang tidak akan mudah mengalah kepada si Kancil yang cerdik walaupun menampakan bahawa si harimau sememangnya menggunakan Nafsu sebagai akal fikiran dan si kancil yang cerdik akhirnya tetap tumbang kerana diratah dengan taring si Harimau.Namun persoalannya apakah harimau tidak bisa MATI?

Saya suka memetik ucapan Dato Seri Nizar semalam semasa ceramah beliau yang menyatakan bahawa ` Rakyat harus bersiap sedia untuk kesedihan kali ke 3, kerana mereka yang zalim tidak akan meninggalkan kekuasaan mereka begitu sahaja-Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin

Oleh itu kepada semua kita tahu kita berhadapan dengan siapa sememangnya mereka tidak mempunyai kuasa lebih dari ALLAH swt namun sesuatu yang perlu kita ingatkan ialah apa yang berlaku itu ialah melalui keizinan ALLAH swt dan ia bisa berlaku dan kezaliman juga bisa mati dan hilang kuasanya.

Ayuh semua RAKYAT bangkit dan pertahankan HAK anda kerana kuasa sebenar ialah Kuasa Rakyat anugrah Khas dari ALLAH swt.Ayuh kita bangkit dan BUBAKAN DUN NEGERI PERAK..!!

Saya akan letak jawatan hari ini

Walaupun biro politik PKR belum memutuskan tindakan yang sewajarnya yang sepatutnya dikenakan ke atas Zulkifli Noordin berhubung beberapa kenyataan kontroversi berhubung isu kalimah Allah, namun ahli parlimen yang lantang itu menyatakan kesediaannya meletakkan jawatan pada bila-bila masa.

Sambil mendedahkan beliau tidak mempunyai kedudukan di PKR, kecuali memegang kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulklifi berkata kerjaya politik bermula apabila ditawarkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum lalu.

Zulklifi mengakui ketika itu, dia masih merupakan ahli PAS dan diberi notis singkat bagi menggantikan pemimpin PKR Sheih Azmi yang menghidap kencing manis. Malah dia langsung tidak menaruh harapan akan memenangi kerusi di kubu kuat Barisan Nasional itu.

Zulklifi menjadi terkenal apabila dia mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 1998.

Dia dikatakan mengambil pendekatan konservatif khususnya dalam menangani isu-isu agama dan pendiriannya itu lazimnya pula bercanggah dengan dasar pelbagai kaum PKR.

Bagi Zulklifi, politik bukan keutamaannya dan dia sanggup meninggalkan PKR jika dilihat sebagai membawa masalah kepada gabungan pembangkang itu.

“Umum tahu, saya amat sayang dan hormati Anwar dan ini tidak pernah luntur..tetapi cinta saya kepada agama saya jauh melebihi segalanya dan ini saya tidak akan bertolark ansur.

“Jika ia mencapai peringkat saya menimbulkan masalah dalam membantutkan usaha Anwar dalam perjalanannya ke Putrajaya, saya akan menarik diri. Saya sanggup meninggalkan parti walaupun pada hari ini,” katanya.

Zulklifi diarahakan tutup mulut sebelum kesnya dirujuk kepada jawatankuasa disiplin PKR baru-baru ini kerana membuat laporan polis ke atas Khalid Samad berhubung cadangan ahli parlimen PAS itu untuk meminda enakmen agama Selangor yang didakwanya ketinggalan zaman.



Sumber: Malaysiakini

Kesimpulan saya, Zulklifi perlu meletak jawatan sebagai ahli parlimen Kulim-Bandar Baru kerana kenyataannya yang mengatakan politik bukan keutamaannya dan beliau juga perlu keluar dari mana-mana parti politik. Tidakkah itu lebih baik. Yang saya pelik dia kata di sayangkan Allah swt tetapi dia umpama lebih kuah dari sudu. Jika dia betul-betul sayangkan Allah swt, berapa ramai orang bukan Islam menjadi Islam hasil dakwah yang beliau lakukan. Berapa ramai pula orang-orang Islam terutama orang Islam Melayu dibetulkan aqidah dan perilaku mereka agar mengikut al-Quran dan al-Sunnah oleh beliau. Adakah beliau telah memperjuangkan hukum murtad sedangkan dewasa ini kita sering dengar ramai orang mualaf terutama orang asli menjadikan agama Islam sebagai sumber rezeki mudah. Mereka ini akan menjadi Nasrani atau Hindu setelah mendapat habuannya. Tidakkah itu menghina Allah swt dan Islam wahai Zulklifi? Masuk Islam kerana nak khawin dengan orang melayu Islam, bila cerai dia kembali kepada agama asalnya. Dia marah agama lain menggunakan Allah tetapi dia tidak melanting bila ada orang yang memainkan Agama Allah swt. Mungkin Zulklifi telah dihidapi penyakit orang-orang UMNO iaitu mengharamkan yang halal tetapi menghalalkan yang haram. Renungkan yaa.

WAWANCARA BERSAMA Y.A.B LIM GUAN ENG

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang mendapat sorotan luar biasa sejak akhir-akhir ini terutama selepas diserang sedemikian rupa oleh Datuk Zaharain Mohd Hashim, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang. Pelbagai dakwaan yang dibuat beliau terhadap Lim.

Wartawan Harakahdaily Zulkifli Sulong, Nazri Abdullah dan Hazayani Zakaria telah menemubual beliau baru-baru ini bagi menilai sendiri pandangan beliau dalam beberapa isu penting.



Ikuti wawancara bahagian pertama dari dua bahagian ini.


Dalam mesyuarat agung DAP baru-baru ini YAB telah membentangkan satu dasar atau pendekatan baru DAP iaitu "Midle Malaysia" atau "Malaysia Tengah". Apa sebenarnya yang YAB maksudkan dengan slogan ini?



Yang saya maksud Midle Malaysia atau Malaysia Tengah adalah konsep di mana kita bersederhana dalam semua hal. Bukan ektremis. Kita ambil pendekatan pertengahan, tidak melampau.

Pertama dalam ekonomi. Ekonomi yang maju, yang adil, dan memberi peluang kepada semua untuk mengecapi kejayaan.

Kedua ialah isu pendidikan. Mahu sistem pendidikan yang cemerlang dan memberi peluang juga kepada semua.

Ketiga mahukan sebuah masyarakat yang selamat tanpa ancaman jenayah.

Keempat ialah bahawa mereka mahukan satu masyarakat yang merangkumi semua di mana kita berkongsi nilai-nilai bersama berdasarkan keadilan, kebajikan rakyat, kebenaran dan ketakwaan kepada Tuhan.

Kelima tentu mereka mahu kepimpinan yang berintegriti supaya kita dapat menjauhi diri daripada gejala rasuah bersifat amar makruf nahi mungkar.


Ada yang berpendapat, slogan ini adalah satu strategi politik baru untuk menukar imej DAP dan ia adalah pendekatan politik. Apa komen YAB?

Tentulah mereka ada banyak pandangan, banyak kritikan, tapi saya rasa di belakang banyak pandangan dan banyak perbincangan ini menunjukkan bahawa ia membuahkan hasil. Jika ia bukan satu idea yang menarik, ataupun tepat pada analisanya ataupun pada sasarannya saya rasa orang tak akan ambil peduli.

Sungguhpun dapat banyak kritikan dan sebagainya saya rasa ini menunjukkan bahawa idea ini boleh diterima pakai. Oleh sebab itu saya rasa ini mencerminkan bahawa keadaan yang kita ramalkan mungkin tepat. Itulah sebab menarik begitu banyak perhatian.


Apa yang penting kita nak tegaskan dan kita percaya kebanyakan rakyat Malaysia mirip dan mendekati prinsip seperti ini. Mereka mahu masyarakat di mana mereka rasa mereka mempunyai hak yang sama.

Mereka mahu bermesyuarat, bukan nak berkonfrontasi. Mereka mahu perbincangan atau perundingan bukanlah keganasan dan mereka mahu rasa bahawa mereka adalah termasuk dalam keluarga Malaysia dan bukan hanya khusus untuk kroni-kroni tertentu ataupun Umno Putra dan BN Putra. Mereka mahu ia merangkumi semua rakyat Malaysia.


Dalam aspek ini saya rasa itulah sebabnya kerajaan berjiwa rakyat adalah satu manifestasi 'Middle Malaysia' kerana selama ini dianggap bahawa dari segi mulut hanya untuk rakyat tapi dari segi tindakan jauh menyimpang daripada itu.

Bagi pihak Pakatan Rakyat kalau kita cakap tentang kerajaan berjiwa rakyat adalah bercorak tiga P. Kalau kerajaan berjiwa rakyat dia mesti perkasakan rakyat. Perkasakan rakyat dengan ilmu pengetahuan dan juga pendidikan yang tinggi kerana hanya dengan ilmu pengetahuan baru kita boleh berdikari, kita boleh bebas dan kita boleh maju. Itu sangat penting untuk memperkasakan rakyat dengan ilmu pengetahuan.

Kedua ialah perkuasakan rakyat. Perkuasakan rakyat supaya mereka menikmati hak asasi yang telah diturunkan oleh Tuhan. Semua dilahirkan bebas dan semua akan pergi secara bebas. Hanya Tuhan yang menentukan segala-galanya. Tidak ada manusia yang berkuasa untuk mengongkong dan menindas. Jadi kita harus perkuasakan rakyat.

Yang ketiga kita mesti perkayakan rakyat. Itu adalah asas keadilan di mana semua hasil negara adalah milik semua bukan khusus kepada satu dua kumpulan atau satu dua kroni sahaja.

Apakah ia bertujuan untuk mencabar 1 Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri?

Saya rasa apa yang selalu dipamerkan oleh BN, dia dari segi slogannya cantik, sedap didengar tapi samaada lazat dimakan itu lain cerita. Yang saya rasa semuanya indah khabar dari rupa dan jangan kita terpedaya dengan slogan-slogan cantik ini.

Dulu kita selalu disebutkan tentang BN tradisi membela rakyat. Tapi kita tahu tradisi bukan membela rakyat tapi tradisi temberang sama rakyat.




Saya rasa buktinya yang rakyat nak lihat ialah adakah ia disusuli dengan tindakan. Kalau tak disusuli dengan tindakan maka ia hanya menanam tebu di bibir sahaja. Jadi di sini yang kita nak tunjukkan ialah satu hakikat mengenai strategi politik yang mesti diamalkan Pakatan Rakyat kalau kita nak menang di Putrajaya. Iaitu kita mesti menarik perhatian golongan rakyat Malaysia yang berada di Middle Malaysia. Ini saya rasa adalah perjuangan DAP selama ini.


Kalau cakap bahawa DAP adalah sebuah parti couvinis ini adalah kejayaan mainan politik BN Umno. Kalau saya seorang couvinis takkan saya masuk penjara kerana seorang gadis Melayu dan ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan. Kita sifat keMalaysiaan tapi kerana mereka menguasai media yang hitam boleh jadi putih, yang putih boleh jadi hitam. Saya rasa yang kenal agama akan tahu perbezaannya.


YAB beberapa kali bercakap soal mencontohi Khalifah Islam Umar Abdul Aziz. Apakah maksud sebenar kenyataan YAB itu?


Saya membaca riwayat hidup Khalifah Umar Abdul Aziz. Saya amat terpegun dan kagum dengan pengorbanannya. Bagaimana seorang yang mempunyai kuasa mutlak tanpa batasan sedia turun ke landasan biasa bersama dengan orang bawahan dan mempunyai prinsip demokrasi yang begitu terbuka. Saya ingat Umar Abdul Aziz pernah cakap 'walaupun saya telah dilantik menjadi khalifah, saya sedia untuk serahkan ini dan biarkan rakyat yang memutuskannya. ' Jawapan yang diterima oleh rakyat 'kita masih mahu Umar Abdul Aziz terus menjadi khalifah kita'.

Jadi dari awal-awal lagi sebelum idea demokrasi ditanam, Umar Abdul Aziz telah menanamkan budaya demokrasi. Sungguhpun beliau hanya memerintah selama dua tahun tapi dalam dua tahun ini kita boleh lihat kepimpinan yang begitu berintegriti. Saya rasa susah untuk sesiapa menandinginya. Saya hanya dapat nak mencontohi setakat yang boleh. Kita tengok sampai beliau cuba dibunuh oleh hambanya. Beliau maafkan hambanya dan minta dia lari bebaskan diri. Saya rasa saya tak dapat buat demikian.


Ada yang berkata ini satu strategi YAB untuk mendekati orang Islam dan Melayu di Pulau Pinang?


Kalau kita buat baik, dia cakap ini satu strategi. Kalau dia cakap kita tidak baik ini menunjukkan bahawa pemimpin itu jahat dan sebagainya. Jadi kita buat baik pun salah, kita tegas pun salah. Tapi itu saya tidak kisah. Macam saya gunakan istilah amar ma'ruf nahi mungkar untuk memandu kita. Saya pun dikritik. Saya cakap saya nak belajar buat baik pun salah. Saya pun mintak secara terbuka kalau boleh mintak Perdana Menteri ajarlah bagaimana amar ma'ruf nahi mungkar. Lepas itu orang Umno cakap Lim Guan Eng nak buat amar ma'ruf nahi mungkar kurang ajar. Nak gunakan atau nak ikut amar ma'ruf nahi mungkar pun dilabelkan kurang ajar. Tak apalah..kalau nak ikut amar ma'ruf nahi mungkar dikatakan kurang ajar oleh Umno, kurang ajar pun tak apalah.

Lelaki Popular Selepas Aduka...

Salam Sejahtera...

Selepas 2 minggu Aduka Taruna menjadi popular se Malaysia, semalam nampaknya tempat tersebut telah diambil oleh lelaki gambar sebelah ini.
Pasai apa dia boleh popular?.. Ialah kalau setakat level kokak macam aku ni lainlah, ini Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, boleh dikenakan perintah bayar denda sebanyak RM5,000.00 oleh Mahkamah Tinggi Alor Star kerana menghina mahkamah...
Oii apahal lu ni, orang tertinggi akedemik boleh kena tindakan mahkamah sebegitu rupa..., malu la sikit kat pensyarah, kat tutor, kat siswa dan siswi, kat pengawal pintu masuk, kat warden, kat pencuci tandas dan kat tukang kebun...
Itulah lu,, dulu waktu kat BTN bukan main lagi bodek, zaman Pak Lah lu senanglah, dapat jadi NC UUM, kemudian lu saman Raja Petra,, he he,,, RPK tong sampahkan saja lu punya saman,,, baru lu tau,,,...
Betullah Tukar Tiub gelar lu Prof Kangkung, memang kangkung,,, kalau tak tak lu boelh kena bayar saman,,, lu punya kes boleh masuk Guieness Of Record kerana NC Universiti Pertama di Malaysia kena saman hina mahkamah... Tahniah satu Malaysia,,,.
Lepas ni lu boleh packing lu punya barang, balik kampong tanam kangkung..eeeee buat malu 1Malaysia... .

Ahli Parlimen Nibong Tebal Bidas Timbalan Presiden


 
Kemelut politik Pakatan Rakyat di Pulau Pinang semakin kusut apabila ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng secara terbuka hari ini membidas timbalan presiden PKR.

Mengulas laporan media kenyataan Syed Husin Ali yang menyarankan Tan supaya meninggalkan parti itu, Tan berkata orang yang sepatutnya keluar ialah Syed Husin.

"Syed mengetuai penggabungan Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) tetapi lewat tahun lalu, mahkamah memutuskan PRM masih wujud. Jika berlaku penggabungan, bagaimana ia masih wujud?"

Justeru, Tan berkata jawatan Syed Husin sebagai timbalan presiden PKR boleh dipertikaikan dan lembaga disiplin parti perlu menyiasat dan mengkaji semula jawatan berkenaan.

Tan dilaporkan tidak berpuas hati apabila syor PKR agar dia dilantik sebagai pengerusi Lembaga Bekalan Air Pulau Pinang ditolak dan dia juga gagal mendapatkan lot rumah kedai untuk saudaranya.

Pada sidang medianya hari ini, Tan juga berkata beliau percaya Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyedari keadaan terkini politik di Pulau Pinang tetapi tidak bertindak untuk menanganinya.

"Saya rasa beliau tidak bertindak menanganinya. .. mungkin beliau fikir berkompromi (dengan DAP) adalah cara terbaik," kata Tan.

Tan berkata demikian semasa menjawab soalan sama ada Anwar menyedari mengenai kebimbangan beberapa pemimpin PKR di Pulau Pinang terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, daripada DAP.

Pulau Pinang ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti DAP, PKR dan PAS.

Terdahulu, Tan mendakwa Lim seorang yang angkuh dan harus disingkirkan daripada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Tan mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak akan menarik balik atau berhenti membuat kenyataan mengenai "keangkuhan" Lim.

SAIFUL: LENDIR, MANI KE MAHKAMAH

KATAKANLAH Anwar ajak kamu ke hotel dan dia mahu meliwat kamu, apakah kamu akan membiarkan dubur kamu diliwat? Atau barangkali kamu suka diliwat sedemikian rupa? Kamu sudah tahu itu salah dan apakah kamu tidak melawan atau terus lari meninggalkan Anwar?

Nah, saya kira hanya Pondan saja yang membiarkan duburnya diliwat atau hanya orang yang suka saja mahu diliwat dan kelihatannya Saiful adalah budak suruhan yang sasau suka diliwat yang sebentar lagi akan menerima hukum dilaknat Allah yang maha kuasa/kalau memang dia bersekongkol.

CUBA kita perhatikan bahawa Peguamcara negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dalam bentuk spesimen air mani bagi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memang meliwat bekas pembantunya.

Pihak pendakwa akan membuktikan kes ini melalui laporan kimia yang menunjukkan air mani diperolehi daripada mangsa, katanya Mohd Yusof yang mengetuai pasukan pendakwa raya dalam perbicaraan yang secara rasmi bermula esok.

Kononnya terdapat spesimen yang dikeluarkan dari dubur mangsa. Ini akan membuktikan tembusan memang berlaku dan apa yang dimiliki oleh pasukan pembela adalah hanya laporan awal daripada doktor yang merawat Mohd Saiful, tetapi ia tidak termasuk laporan kimia berhubung spesimen air mani.

Mohd Yusof berkata perkara berkenaan akan dibuktikan ketika perbicaraan apabila doktor dan ahli kimia memberi keterangan. Mereka akan menunjukkan bagaimana tembusan tehadap mangsa dilakukan.

Nah, cuba saja kita fikir semula bahawa bagaimana air mani Anwar boleh dikeluarkan dari dudur Saiful sedangkan waktu kejadian dan waktu pemeriksaan melebihi 24 jam? Adakah Saiful tidak berak dalam tempoh tersebut dan juga tidak mandi dari dia diliwat hingga dia membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor? atau mungkin juga Saiful menyimpan air mani tersebut dalam botol.

Jika kita lihat dalam kes rogol, untuk menentukan berlaku aktiviti perogalan adalah merujuk kepada tahap koyak kemaluan dan sekiranya laporan rogol dilakukan dalam tempoh 24 jam, kesan air mani masih ada dengan syarat dia tidak membersihkan kemaluannya tetapi sekiranya ianya melebihi 24 sudah pasti air mani tersebut hilang kerana ianya akan keluar dari kemaluan dengan dua cara iaitu secara semula jadi ataupun semasa dibersihkan selepas kencing.

Kalau kita rujuk laporan doktor dulu jelas yang dubur Saiful tidak pernah ada kesan barang keras yang masuk ke dalam dan kenapa pula sekarang kemungkinan ada laporan sedemikian atau sengaja diada-adakan dan ada kemungkinankah sebelumnya air mani didapatkan dan kemudian ditusukkan ke dalam sebagai bukti yang saifaul diliwat? Semuanya kemungkian sebab untuk menyalahkan musuh politik tentu saja bermacam cara bisa dilakukan.

Kita lihat nanti apa selanjutnya yang berlaku dan dunia sekali lagi akan heboh dengan kesah yang cukup memuakkan dan memalukan segala hanyir, lendir, air mani yang mungkin tilam akan semula diusung ke mahkamah untuk menjadi bukti nantinya.

Anak-anak sekolah tadika, menengah akan ketawa melihat keadaan ini dan dunia akan tersenyum memerhati telatah perihal kerajaan beruk yang terus-terusan mahu menjahanamkan musuh politik mereka.

Pakatan Rakyat Berjiwa rakyat





Pakai Jari Pun Boleh...!!!

Ringkas-ringkas dah la... panjang-panjang pun bukannya korang tak faham... hahaha...!!!

Anwar cakap dekat Sepul :
  • Can i f**k you today..?
Sepul pulak cakap :
  • Cannot..! (dengan perasaan takut)...
Seterusnya.. . Sepul kena liwat (kira kena paksa la kalau ikut cakap Sepul)

Beberapa hari kemudian Sepul pergi check jubur dia dekat spital...

Tiada kesan luka, tiada kesan calar... tapi air mani ada dekat dalam jubur Sepul...

Soalan - pakai jari ke..?

Wakakakakakaka. ..!!!

Gila lawak..! Gila lucah..!

p/s - jauhi anak anda dari media perdana jika tidak mahu menjawab soalan dari anak-anak yang "sukar" dijawab...

Kenyataan Yang Meragukan oleh Saiful

Saiful berkata pada jam 1.00 petang, 28 Jun 28, 2008, dengan ditemani oleh bapa saudaranya Tuah Mohd Halim, mereka ke Hospital Tawakal. Bagaimanapun dia gagal mendapat rawatan kerana hospital itu beroperasi separuh hari.


Berikutan itu, dia pergi ke sebuah lagi hospital swasta, Hospital Pusrawi dan dirawat oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid.



Saiful berkata doktor di Pusrawi mecadangkannya supaya ke hospital kerajaan untuk diperiksa.
Saiful berkata dia kemudiannya ke hospital Kuala Lumpur dan memberitahu seseorang yang dikenali sebagai Dr Daniel yang dia diliwat oleh tertuduh.Doktor itu memberikannya sekeping nota dan dia dirujuk ke wad kecemasan bagi membuat laporan polis. Superintenden Jude Pereira adalah antara pegawai polis yang membantunya membuat laporan.


Kupasan Pembicaraan Liwat Anwar ke atas Saiful (Kenyataan Mahkamah 4 Feb 2009 - Sebahagian Malaysiakini):


Pada 28 Jun 2008 (Sabtu) jam 13:00 (1 tengahari) beliau ditemani bapa saudara beliau Tuah Mohd Halim pergi ke Hospital Tawakal untuk mendapatkan rawatan kerana liwat. Tapi malang hospital tersebut buka separuh hari.


Setahu saya hanya terdapat sebuah hospital Tawakal di Kuala Lumpur iaitu Jalan Pahang Barat off Jalan Pahang hampir dengan HKL. Hospital dikendalikan oleh Kumpulan Perubatan Johor Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1984. Setahu saya juga hospital ini mahupun hospital swasta yang lain tidak mengamalkan kerja separuh hari atau cuti pada hari-hari tentu terutama sekali kes-kes kecemasan. Jika kita perhatikan, jabatan kecemasan hospital Tawakal beroprasi 24 jam 7 hari seminggu 365 hari setahun dan kes-kes jenayah termasuk kes isteri bertumbuk dengan suami selalunya dirujuk ke Jabatan Kecemasan. Hospital Tawakal boleh mengemukakan saman ke atas Saiful kerana menjatuhkan reputasi hospital tersebut kerana kenyataan dalam mahkamah tersebut boleh dikategorikan sebagai fitnah. Itupun kalau lembaga pengarah hospital tersebut berani.


Kemudian beliau ke Hospital Pusrawi dan beliau dirawat oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan beliau disyorkan untuk membuat rawatan lanjutan di HKL. Hospital Pusrawi berada di Jalan Tun Abdul Razak dan hampir dengan HKL. Kemudian beliau ke HKL dan memberi tahu kepada Dr Daniel yang beliau diliwat. Dr tersebut memberikan dia sekeping kad dan beliau di rujuk ke wad kecemasan.


Kenyataan ini mengelirukan, setahu saya dalam bentuk atau kes jenayah seorang mangsa boleh melakukan pemeriksaan di mana-mana hospital samada milik kerajaan mahupun swasta. Yang penting semasa di hospital tersebut kenyataan atau laporan kes boleh dibuat. Persoalan di sini kenapa Dr Mohd Osman Abdul Hamid menyuruh beliau ke HKL sedangkan beliau adalah seorang Dr yang berkelayakan. Dalam kes-kes jenayah pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan oleh Dr biasa kalau tak percaya pergi jabatan kecemasan PPUM ataupun PPUKM, adakah Dr yang berada di situ semuanya pakar? Adakah beliau mengatakan yang beliau telah diliwat pada Dr Mohd Osman Abdul Hamid?


Saiful telah terkena check mate yang kedua untuk hari ini. Setelah semalam beliau telah menunjukkan yang beliau rela diliwat. Beliau diliwat tanpa paksa jika itu yang terjadi.


Tentang rakaman tempat kejadian, mahkamah telah ditunjukkan bukti kehadiran Saiful itupun CCTV di lift tempat parkir kereta. Beliau keluar semula setelah 1 jam. Adakah bukti ini sudah cukup kuat? Kerana adakah CCTV itu menunjukkan tingkat berapa Saiful pergi dan adakah mana-mana CCTV yang merakamkan Saiful memasuki kawasan kejadian iaitu apartment tersebut. Adakah CCTV juga menunjukkan Anwar memasuki kawasan tersebut. Jika tiada mungkin Anwar ke bilik tersebut melalui bumbung. Kita jangan lupa kes culik, rogol dan bunuh oleh pekerja MAS ke atas seorang wanita. CCTV telah menunjukkan bahawa perempuan itu diculik di tempat parkir kereta sebuah pusat membeli belah dan beliau juga dirakam oleh CCTV Tol. Ini yang meyebabkan mamat tersebut tidak dapat melepaskan dirinya. Sehingga hari ini CCTV hanya menunjukkan Saiful berada lift di tempat parkir kereta sahaja. Mungkin Isnin nanti kita akan melihat bukti lain pula. Tunggu.....



Bersedia untuk kesedihan kali ke 3-DSN

Tazkirah DSN di Markaz Pas Kg Kerunai Grik
Antara yang hadir bagi mendengar kuliah dan penerangan dari DSN

DSN berceramah di Kg Supitan Lenggong
Rakyat yang memenuhi ruang yang ada bagi mendengar dan melihat pemimpin mereka.

Rakyat yang saar menanti kehadiran Pemimpin Rakyat ini

4.2.2010 Lenggong : Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi keputusan siapa Menteri Besar yang SAH akan diumumkan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya selepas ia berlanjutan selama 3 bulan dari tarikh akhir penghujahan yang dibuat pada penghujung tahun lalu.

Dato Seri Nizar didalam ceramahnya turut menyatakan kepada rakyat agar bersedia bagi mengalami satu lagi waktu tempoh kesedihan yang mana kali ini dijangkakan lebih panjang dan teruk dari dahulu.Beliau menyatakan bahawa sekiranya kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat pada 9 haribulan ini maka sudah pastilah UBN tidak akan senang membiarkan kemenangan itu diterima oleh pakatan Rakyat.Semestinya pelbagai taktik-taktik kotor mula dirancang dan segala macam kerja buat pasti akan dilakukan bagi menidakan kemenangan tersebut.

Namun Dato Seri Nizar turut menyatakan bahawa Rakyat tidak seharusnya berputus asa teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah swt agar kemenangan yanga akan dikecapi dan apa jua rintangan seterusnya dibawah kekuasaan Allah swt akan mendatangkan kebaikan dan melindungi semuanya.

Pulau Pinang sasaran seterusnya


Umno kini berada dalam keadaan terdesak dan tertekan.. Apa jua isu diketengahkan oleh UMNO .. dapat dipatahkan oleh Pakatan Rakyat.. Mereka dalam keadaan gelabah `biawak`..Sekarang ini mereka cuba mensasarkan kerajaan Pulau Pinang di kala kerajaan Pulau Pinang sedang bergerak dengan begitu meyakinkan dalam perancangan untuk meneruskan pemerintahan berdasarkan CAT..

Apa yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan Pulau Pinang :

  1. Peruntukkan untuk Hal Ehwal Islam sewaktu Kerajaan Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang dalam tahun 2008 adalah sebanyak RM12.5 juta.

Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YAB Lim Guan Eng mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri peruntukkan tersebut dalam tahun 2009 telah dinaikkan sebanyak RM20.5 juta.

Untuk tahun 2010 peruntukkan tersebut dinaikkan lagi sebanyak RM24.3 juta dan sudah melebihi hampir sekali ganda.

  1. Mewujudkan majlis Syura sebagai Think Tank kepada hal ehwal pengurusan agama Islam di Pulau Pinang.. Secara tak langsungnya menunjukkan bahawa kerajaan PR Pulau Pinang meraikan semua golongan dari semua lapisan masyarakat Islam Pulau Pinang supaya bersama-sama memberi idea dan pandangan dalam memaju umat Islam Pulau Pinang..
  2. Meneruskan perancangan program 1 keluarga 1 hafiz .. yang telah memasuki tahun kedua tahun ini ... Sumbangan diberikan kepada setiap hafiz di antara RM 300 - RM 500 seorang .. dan juga kepada keluarga yang banyak melahirkan huffaz...
  3. Setiap masjid diberikan sebanyak RM 1000.00 dalam bulan Ramadhan... masjid daerah RM 3000.00.. Masjid Negeri RM 5000.00.... Sebanyak RM 132,000.00 telah diperuntukkan untuk pembangunan rohani ini...
  4. Peruntukan 1.5 juta untuk pembangunan SAR di Pulau Pinang
  5. Mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Pulau Pinang yang bertindak sebagai satu forum pengumpulan maklumat mengenai perkembangan pendidikan di Pulau Pinang.. di mana PASTI yang merupaka pendidikan pra sekolah tajaan PAS telah diserap masuk di bawah jawatankuasa ini.
  6. Telah berjaya mewujudkan Halal Hub International yang pertama di malaysia .. walaupun umat Islam di negeri ini adalah minoriti...
Ini merupakan sebilangan kecil program yang telah sedang dan akan diteruskan di Pulau Pinang di bawah PR... yang saya tulis ini adalah berkaitan dengan perkembangan Islam sahaja... Kerja buat kita banyak terbantut mungkin selama 2 tahun sebelum ini apabila MAIPP masih dikuasai oleh UMNO... Insya Allah perkembangan Islam lebih rancak selepas ini apabila terdapat wakil-wakil daripada PR berada dalam MAIPP...

Jadi UMNO cemburu...mereka iri hati...mereka sakit hati melihat terlalu banyak perubahan yang telah berlaku di Pulau Pinang... tak larat saya nak sebut di sini... Lalu mereka mensasarkan Pulau Pinang sebagai target baru mereka untuk menyembunyikan permasalahan yang begitu teruk yang berlaku di kalangan pimpinan UMNO dan BN..

Maka dalam sehari dua ni ..mereka timbulkan mengenai Zaharin bekas Pengerusi PKR PP dan beberapa lagi pimpinan lain yang dikatakan akan lompat parti kerana berbeza pandangan Mr CM.. akan lompat masuk Parti Cinta Malaysia... Lepas tu timbul pulak wakil DAPSY kata... nak lompat lompatlah... Diletakkan pada muka hadapan beberapa paper utama ....

Dalam hati saya terdetik... hampa ni tak dak kerja lain dah ka.... UMNO dan BN ni... Mereka highlight berita ni melalui media mereka dengan meluas sekali dengan harapan rakyat akan terpengaruh llu mempercayai bahawa PR PP berada dalam masalah besar dan pada masa yang sama kesemua program kerajaan negeri tidak diketahui oleh rakyat Pulau Pinang....

Sudahlah UMNO... macam budak-budaklah hampa semua.. Sekarang ni kita berada dalam suasana era politik baru... yang rakyat mempunyai kecerdikan luar biasa anugerah Ilahi untuk menilai prestasi terbaik PR ....rosidihussain

NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN.......

MELAKA KASIH MAKAN 50,000 RAKYAT, SABAH

Semalam SAYA menyaksikan acara pelancaran 1 Dataran/1 Malaysia di Melaka di Tivi satu/yang merasmikan ialah Perdana Menteri Malaysia.



NAJIB Tun Razak bersama Rosmah Mansor, Tun Khalil Yaakob, Dr. Rais Yatim, Mohd. Ali Rustam dan Maznah Rais bersama-sama melancarkan Dataran 1Malaysia pada Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Pantai Klebang, Melaka, semalam. – UTUSAN/Abdul Razak Latif

Wah, memang seronok kerajaan Melaka bagitu bagus kepada rakyatnya/dia kasih makan sejumlah 45,000 orang serentak.

Begitu kaya kelihatannya Negeri Melaka/tentu saja wangnya hasil minyak Sabah, Kelantan, Sarawak dan Trengganu yang dikasih untuk Melaka jadi mampu kasih makan rakyatnya/ Lalu sabah bagaimana? Kasianlah rakyat Sabah hidup dalam kemiskinan yang amat sangat padahal Negeri kaya raya.

Tadi lewat ucapan/Perdana Menteri bangga berkata begitu ramai datang. Memanglah sebab rakyat dikasih makan dan disediakan bus percuma untuk datang beramai-ramai.

Perdana Menteri kata dia juga kagum selepas makan/rakyat tidak pulang. Rakyat tidak pulang bukan kerana mahu mendengar ucapan Perdana Menteri, tetapi mahu melihat persembahan dan nyanyian para penyayi yang terkenal termasuk bunga api/biasalah.

Nah, untuk acara itu saja barangkali Kerajaan Melaka kena membelanjakan disekitar 3 atau 6 juta wang rakyat dan rakyat disuruh berhibur tetapi setelah mendapat hiburan mereka segera pulang semula dan menghadapi hidup yang menyepit dan Negeri sabah bagaimana pula?

Kelihatannya kita di sabah bukan saja tidak kena kasih makan, malah hidup kita semakin tersepit dan siapa saja yang peduli kita dan dalam ucapan perdana menteri membidas slogan Ketua Menteri Pulau pinang yangh menggunakan slogan "Middle Malaysia" yang membawa makna Malaysia Sederhana.

Nah, bukankah hidup sederhana itu tuntutan islam yang menyarankan umat selalu dalam keadaan sederhana dan menolak perbuatan yang melebih-lebih seperti membina bangunan terbesar dan tertinggi, terpanjang di dunia yang semacam riak sifatnya.

Slogan satu Malaysia memang cantik, tetapi apakah slogan itu benar-benar dipraktikkan atau sekadar retorika? Iya, satu Malaysia/lalu kenapa Sabah miskin papa meski kaya.

Inikah caranya dilaksanakan slogan satu malaysia/royaliti minyak 95% diambil dan 5% hanya untuk sabah dan 5% itu belum tentu sampai kepada rakyat, makanya Trilion dihantar ke Sabah tidak akan bisa menghapus kemiskinan rakyat jelata selagi kejujuran tidak ada untuk melaksanakan sesuatu program yang dirangka di Sabah ini dan akhirnya rakyat Sabah semacam menunggu buah yang tidak mungkin akan jatuh/kalau jatuhpun pasti setelah kita mati tak sempat menikmati.
 
UPDATE : dari blog Mutaligat
 
Setiap sekolah di sekitar Melaka diwajibkan menghantar paling kurang sebuah bas untuk membawa pelajar. Sekolah rendah tak disuruh nanti nampak sangat budak-budak belum aqil baligh yang ramai sokong parti juara rakyat.
 
Pengakuan Guru Besar salah sebuah sekolah agama di Melaka.

"Minta maaf Encik, kami diarahkan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) berkumpul di masjid Negeri untuk pergi ke Dataran Klebang bersama dengan PM."

Kalau paksa-paksa macam ini sejuta orang pun boleh hadir. Kalau tak hadir 'umur pendek'. Patutlah program malam tadi dihadiri ramai orang. Kalau tidak dipaksa .....sendiri mau ingatlah. Silap-silap pokok lagi banyak dari orang.

Masalahnya ialah pihak terbabit memaksa orang ramai hadir dalam program tari-menari, menyanyi bercampur lelaki perempuan. Bukankah itu program maksiat. Siapa hendak menanggung dosa ini ............ .....

FALSE TESTIMONY AND WHAT WE MUST DO..

From Day 1 OF FITNAH 2: OF Anwar Ibrahim’s trial in Sodomy 2 has just started. As expected, the main stream media is acting as a propaganda tool instead of an independent press reporting on facts and providing critical evaluation of the evidence presented.

On Day 1 of Sodomy 2, the main stream media became the mouthpiece of Saiful Bohari’s vendetta. Saiful had earlier gone on public record that he can’t wait to go to court to tell his side of the story of what happened between him and Anwar. There was no holds barred when Saiful did. His first day testimony is nothing short of crass vulgarity, the stuff that only gets printed in XXX-rated tabloids. Yet, the mainstream media reported it, as if its fact and the truth.

Let the public be reminded that all that was said on Day 1 of Sodomy 2 was just PW1’s (Prosecution Witness) testimony in examination- in-chief. Those were just the words of the “sodomee”. The public will know if the testimony of that “sodomee” is constipated when it is subjected to the legal scrutiny of cross examination by the defence team. But rest assured that the mainstream media will subdue, nay suppress, reporting the cross examination.


On the 27th of June 2008, Saiful looks cool and relax in the background serving coffee to DSAI and the AIC members that attended the meeting with DSAI

Just on 4th-6th January, exactly 1 month ago, the defence team in the trial of Lawyer Rosli Dahlan had ripped apart and exposed the PP’s fabrication of evidence during the cross examination of another “sodomee PW”. But that was a more distinguished PW, none other than the Deputy Head of Prosecution of the MACC, Anthony Kevin Morais. In a verbatim reproduction of the court transcript, that self inflated faggot was exposed as the liar that he is, squirming as he did to get himself out of the shithole he had dug for himself. But the public never knew of these lies. Why? Because the mainstream media had a total black out on the trial of Lawyer Rosli Dahlan. Because it was not in the interest of the government to have a fair an accurate reporting of that trial.

Make no mistake, the same thing will happen in the cross examination of Saiful Bohari. But Anwar is too big a story for the mainstream media to black out. So what they will do is to skew up the story during the cross examination and whitewash Saiful’s Bohari’s lies. Just as they tried to whitewash the doctor’s report that there was no sign of anything up Saiful’s butt, some hours after Saiful met Dr Khairil Annas, PM Najib’s special officer. Yet, the mainstream media will make it believeable that a strong young man was subdued by an older man double his age in this butt fetish.

The year 2010 has opened up to be the year of the sodomites and religious fanatics. As if in cue, Hollywood has released the movie 2012, not unlike the biblical story of Sodom and why according to the Mayan calendar the world must come to an end. So that the overly religious people of Malaysia, who would fight over the ownership of God-Allah, would see what happens when God destroys the world for man’s misdeeds. Bearing false testimony is one of the prohibitions of the Ten Commandments as announced by Moses to the Jews. The Christ Isa AlMasih made that an abomination of a nation to the Christians. Mohammad reminded Muslims that Fitnah is worse than incest with one’s own mother.

All three Abrahamic faiths condemn it. And yet in God-fearing Malaysia, we have ambitious Musa Hassan, the son of a religious man, being the proponent of Fitnah. This was the mattress carrying Investigating Officer (IO) in Sodomy I, whose whole evidence on the DNA samples found on the mattress was later expunged. As a reward, Musa received a mercuric promotion to be Malaysia’s IGP. But, as the saying goes – a leopard never loses its spots. As IGP, Musa Hassan was recently scathingly denounced by the Kota Kinabalu Sessions Judge Supang Lian as an unreliable witness whose testimony must be disregarded. Already, Dato’ Mat Zin, the IO in Anwar’s Black Eye incident, has pointed the finger at Musa as the chief fabricator with A-G Gani Patail in conjuring evidence. While it is already clear that in sexual offences, there should be corroborative evidence, the A-G had disregarded this rule in Sodomy 2. And yet, there is no one who can force the prosecution of IGP Musa Hassan or of A-Gani Patail even when there are ample and clear evidence against them for fabricating evidence. It is as if both of them have absolute immunity. It is as if PM Najib is fearful of them.

Recently, RPK made a series of expose` about Musa’s involvement with the crime syndicates. The most damning piece of evidence was the SD by his own ADC. Yet nothing happened to him. Why? Because, together with A-G Gani Patail, they decide who gets investigated and who gets charged in Malaysia. Surely, they will not investigate nor charge themselves! That Musa Hassan became the IGP and Gani Patail the A-G, as their reward, is evident that this dynamic duo is the most potent tag team needed by the government to fix people up.

Only Musa Hassan, with his father’s religious credibilty, and Gani Patail, with his 3rd class law degree would think that the public could be fooled into believing that the C-4 murder of that Mongolian beauty, Altantuya Sharibu, involved only low ranking policemen. In an illusion that even David Blaine cannot out do, A-G Gani refused to appeal against Razak Baginda’s release. While these low ranking policemen are awaiting time on death row, Razak Baginda got away scott free and is now living in luxury in London.

Word has it that the luxury apartment exposed by Utusan Malaysia to be the hiding hole of RPK is actutally where Razak is now staying. That was one of RPK’s ruse to expose the track of Razak Baginda, and the mainstream media fell for it! Sodomy 2 has just started and it is now evident why Musa’s contract has been extended. They need him to work with Gani Patail to again bring down Anwar. They need the mainstream media to make all this a believable story. They need to imprison the Ketua Umum PKR before GE13. But this time, this illusion will be exposed as old tricks. The alternative media will provide a verbatim account of Anwar’s trial daily.

I will help the Malaysian public analyse what is the truth behind all these. And I will do this with the help of a member of the Prosecution Team in Sodomy 1 whom I had rekindled an old tie recently. I knew this senior DPP’s father. This senior DPP is so revolted by Sodomy 2, that he has resigned from the A-G’s chambers and is now in private practice. This assistance seems like providence.

This time, the world is watching more closely. God is also watching from a distance. Malaysians must therefore express their outrage to make it known that we do not condone the injustices being perpetrated through our courts. Malaysians must support Suaram to demand that the government drop its charges on Anwar. If this government does not listen to us, as it would not, we vote them out at the next GE 13.” – By Din Merican

Kenyataan Media Isu Tindakan Penguatkuasa MPPP & MPSP


Kenyataan Media
Oleh Chow Kon Yeow, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan
Dan Pengurusan Lalu Lintas Negeri Pulau Pinang
Pada Rabu, 3 Februari 2010 Di Komtar, Pulau Pinang

KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT MENOLAK DASAR PERKAUMAN
DALAM ISU TINDAKAN PENGUATKUASAAN
Baru baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Pulau Pinang dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Islam telah membuat kenyataan bahawa Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah menjadikan orang Melayu sebagai sasaran penguatkuasaan dan ditindas khususnya merobohkan gerai yang melibatkan orang Melayu.
Pihak Kerajaan Negeri memandang serius dakwaan ini dan telah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Pejabat Daerah Timur Laut dan Pejabat Daerah Barat Daya untuk menyemak statistik supaya memastikan apakah dasar perkauman diamalkan dalam tindakan penguatkuasaan.
(I) PEJABAT DAERAH DAN TANAH TIMUR LAUT
Tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan sepanjang Tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti berikut:
Tahun
Melayu
Cina
India
Tidak Diketahui
2008
3
2
1
2
2009
4
3
2
4
2010
2
0
0
0
Kes kes ini diambil tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 yang berhubung dengan pencerobohan tanah seperti rizab pantai, rizab parit dan rizab jalan.
Bagi Tahun 2008, tiga kes yang melibatkan orang Melayu adalah gerai dan struktur haram di atas simpanan jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong. Mereka sudahpun diperuntukkan gerai di Medan Selera berdekatan tetapi enggan memindah. Akhirnya operasi ditangguhkan.
Bagi Tahun 2009, dua kes orang Melayu yang terlibat adalah pembinaan struktur tanpa permit di Batu Ferringhi, satu di atas tanah Kerajaan Bandar Jelutong dan satu di George Town.
Bagi Tahun 2010, kes pertama adalah rumah atas pokok Do Re Mi. Pengusaha ditawarkan gerai alternatif oleh Pejabat Daerah di Bayu Senja, Batu Ferringhi tetapi enggan menerimanya.
Satu kes lagi adalah gerai dan struktur haram 3 N Ikan Bakar di atas tanah Kerajaan. Pengusaha telah ditempatkan di Medan Selera, Gelugor sebelum tindakan perobohan dimulakan.
(II) PEJABAT DAERAH DAN TANAH BARAT DAYA
Tahun
Melayu
Cina
India
Tidak Diketahui
2007
1
0
0
0
2008
0
0
0
0
2009
0
5
2
0
Dalam dua tahun ini, tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap orang Melayu. Lima kes yang melibatkan orang Cina adalah berhubung dengan pembinaan bangsal dan kontena di mana pemilik bangunan telah merobohkan sendiri binaan selepas menerima notis.
(III) MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG
MPPP telah mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan beberapa Akta dan Undang Undang Kecil.
(a) Penjaja Tanpa Lesen (Bahagian Pelesenan) Rampasan Barang

Tahun
Melayu
Cina
India
2006
84
58
16
2007
65
35
11
2008
132
110
17
2009
152
84
17
Tindakan yang diambil melibatkan rampasan barang barang jualan sahaja dan tidak melibatkan perobohan gerai.
(b) Tunggakan Sewa Premis/Perumahan Rakyat

Tahun
Melayu
Cina
India
2009
23
3
2
(c) Halangan Di Tempat Awam (Bahagian Penguatkuasaan)
Tahun
Melayu
Cina
India
2006
106
46
16
2007
106
51
21
2008
50
13
12
2009
38
21
15
Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan tindakan mengalihkan kerusi, meja dan lain lain barang yang di tempat awam seperti tepi jalan, ruang awam, kaki lima dan lain lain.
Statistik menunjukkan bilangan kes yang melibatkan orang Melayu adalah lebih tinggi pada zaman pemerintahan Barisan Nasional.
(d) Kacau Ganggu - Lembu Berkeliaran Di Tempat Awam
Tahun
Melayu
Cina
India
2006
3
1
26
2007
3
1
13
2008
4
0
14
2009
6
0
8
(e) Jabatan Bangunan Di Bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan, 1974
Tahun
Melayu
Cina
India
2008
1
16
1
2009
9
40
5
(f) Notis Keluar - Kegagalan Membayar Tunggakan Sewa/Premis MPPP
Tahun
Melayu
Cina
India
2008
219
103
46
2009
78
52
26
(g) Tindakan Penguatkuasaan (PTK) Penjaja Tanpa Lesen Mengikut Pecahan Kaum (MPPP)
Tahun
Melayu
Cina
India
Jumlah
2008
785
1,082
196
2,063
2009
815
1,727
247
2,789
Dakwaan PBT tidak memberi peluang menjaja tidak sama sekali, setakat ini MPPP telah mengeluarkan lesen untuk semua kaum mengikut permohonan.
Jenis Lesen
Tahun 2008
-
Melayu
Cina
India
Jumlah
Pasar
369
1,724
118
2,211
Kompleks
627
741
78
1,446
TPS
422
1,826
104
2,352
Jenis Lesen
Tahun 2009
-
Melayu
Cina
India
Jumlah
Pasar
391
1,660
119
2,170
Kompleks
464
538
62
1,046
TPS
449
1,843
105
2,397
Di samping itu, MPPP juga mengeluarkan notis notis kepada premis yang tidak mematuhi mana mana Undang Undang dan Undang Undang Kecil.

Tahun 2008
Tahun 2009
Establishment Makanan
1,661
1,325
Tred Perniagaan/Industri
488
566
* Kebanyakan Pengusahaan memohon atas nama syarikat.
Rumusan
1) Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengeluarkan dasar untuk mensasarkan mana mana kaum dalam tindakan penguatkuasaan.
(2) Statistik menunjukkan tindakan penguatkuasaan diambil atas pertimbangan tidak pematuhan Undang Undang dan Undang Undang Kecil dan BUKAN atas pertimbangan kaum.
(3) Tidak ada kaum yang menikmati immuniti daripada tindakan penguatkuasaan. Isu sebenar adalah tidak pematuhan bukan perkauman ( non compliance ). Di seluruh Negeri Pulau Pinang, ada banyak kes tidak pematuhan yang masih belum ditangani.
(4) Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang bahawa Melayu dipinggirkan tidak benar.
Bilangan kontraktor Bumiputera/Bukan Bumiputera bagi Tahun 2008 dan 2009 adalah seperti berikut:
Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmata n/Kerja Bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera Bagi Tahun 2008
Bil.
Kontraktor
Sebut Harga
Tender
Bumiputera
Bukan Bumiputera
Bumiputera
Bukan Bumiputera
1.
Bekalan
29
5
-
-
2.
Perkhidmatan
26
26
-
1
3.
Kerja
23
4
1
-

Jumlah
78
(69.03%)
35
(30.97%)
1
(50%)
1
(50%)
Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmata n/Kerja Bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera Bagi Tahun 2009

Bil.
Kontraktor
Sebut Harga
Tender
Bumiputera
Bukan Bumiputera
Bumiputera
Bukan Bumiputera
1.
Bekalan
33
5
8
4
2.
Perkhidmatan
29
2
34
-
3.
Kerja
27
12
3
2

Jumlah
89
(82.4%)
19
(17.6%)
45
(88.23%)
6
(11.76%)

* p/s - kepada komentar, blogger pro-ameno-beer end, toksah dok serbu tak tentu hala laa.. tengok sama dan paham statistik yang dok ada...GPMS dan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang jangan dok provokasi lebih lebih sangat...
Pasai apa masa wakil hangpa ada dalam ahli Majlis MPPP tak mau pertahan habis habisan peniaga Melayu? Akai ada kaaa...???