Friday, January 15, 2010
ATLAS SIRAH (BARU) - HARGA PROMOSI T-Shirt Fabrik berkualiti untuk tempahan Langkah Najib Razak dikawal oleh Rosmah Mansor
"Datuk Seri Rosmah Mansor @ Rosmah RM wanita pertama Malaysia adalah isteri tercinta perdana menteri Datuk Seri Muhd Najib Razak mewarnai lanskap politik dan peribadi Najib Razak. Cukup jelas Najib Razak "dibayangi kuasa" dan "tindak tanduk" Rosmah setiap langkah Najib Razak.
Lagak Rosmah bagaikan seorang menteri kabinet Najib. Dari wajahnya membayangkan seorang wanita yang ego terutama semasa tv fokus secara dekat. Terbaru Rosmah tidak mengziarahi kematian ibu suadaranya yang terbunuh dalam peristiwa "Gemencheh". Jelas disini berlaku pertembungan adat dan tatatusila seorang Melayu dan berugama Islam.
Cukup jelas Najib Razak dikawal setiap langkah oleh isterinya Rosmah dalam banyak hal. Kita takut Rosmah juga mengawal hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan negara. Kita meminta Rosmah contuhilah Tun Dr. Siti Asmah isteri Tun Mahathir semasa beliu menjadi isteri kepada ketua negara. Gerakgeri dan tuturkata Tun Dr. Siti Asmah cukup tertib dan berjiwa seorang wanita melayu muslim.
Najib Razak terperengkap dengan gaya dan tingkahlaku Rosmah. Malah Rosmah membuat cerita katun jumpa dombet dan diberi hadiah berjuta ringgit kerana memulangkan semula dompet yang dijumpai oleh Rosmah. Kita meminta Rosmah ikutlah resmi padi semakin berisi semakin tunduk. Rosmah tak perlu mencari glamur bagaikan seorang artis atau berangan menjadi diva.
Seluruh dunia tahu Rosmah dan Najib Razak dicalit dengan pembunuhan wanita Mongolia. Hanya tiada bukti yang kukuh kerana mahkamah dibawh kuasa Najib Razak. Rosmah juga dikaitkan dengan menerima wang hadaih semasa berada di Dubai melalui pengurut wang. Cukup banyak gambaran yang buruk dan negative diri Rosmah. Disitu ada Najib Razak disitu ada Rosmah. Saolah-olah nyawa Najib ditangan Rosmah.
Saranan kami sekali lagi contuhilah isteri-isteri perdana menteri Malaysia yang terdahulu. Contuh yang terbaik ialah isteri bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr. Siti Asmah isteri Tun Dr. Mahathir. Cukup banyak peristiwa yang tercalar padadiri Rosmah dan Najib Razak. Dengan itu semasa berada di Arab Saudi bertandanglah wajah anda ke Kaabah @ Baitullah agar hati Rosmah dan Najib Razak tidak menjadi hati batu atau jiwa yang berwajahkan jiwa Abu Jahal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment