"Menurut Muhyidin
1. Beliau tidak akan membenarkan isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam berulang lagi pada masa depan.
2. UMNO tidak akan membenarkan sesiapa untuk memainkan isu ini (pada masa depanKatanya (mantan perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyebut bahawa proses perundangan bukan jalan penyelesaian terbaik bagi masalah itu dan mungkin ada cara lain.
3. Beliau hanya setuju setakat peringkat tertentu, apa yang penting ialah untuk menangani keadaan. Beberapa perkara yang telah berlaku telahpun berlaku dan kita berharap ia tidak akan berulang lagi pada masa depan. Muhyidin harap isu kalimah Allah tidak berulang
Ulasan
1. Barangkali mungkin baru kini beliau menyedari peluang beliau untuk menjawat jawatan PM & Presiden UMNO tertutup , sekiranya isu ini benar2 telah menimbulkan kemarahan orang – orang bukan islam
2. Bagaimana sudah jadi dengan kes rayuan di mahkamah ? Sudah tentu ianya akan dipanjangkan sepanjang mungkin , macam kes syahid Memali ….dah puluhan tahun berlalu. Ini akan menguntungkan UMNO , yang sudah tersilap langkah.
3. Atau barangkali UMNO mengharapkan Paderi Kristian dan Ketua – ketua penganut Kristian ‘menarik’ balik penggunaan nama Allah , bagi menyelamatkan keadaan ?
Nota
Kita sangat berharap semoga UMNO menggunakan mahkamah , yang dikawal oleh mereka untuk kekal dengan keputusan asalnya , iaitu menghalang penganut Kristian menggunakan nama Allah. Ini harus dilakukan bagi membuktikan UMNO memang teguh dengan pegangan dan bukan menggunakan Ketua – ketua Paderi untuk menarik balik tuntutan asal.
Sudah tentu barangkali PRU - 13 isu kalimah Allah ini akan membakar UMNO hingga jadi abu !!!! , sebagaimana nasib gereja yang diarah bakar oleh UMNO ,iaitu menurut kepercayaan rakyat 1Malaysia. Ini yang cukup merisaukan Muhyidin. Benar kot kepercayaan ahli - ahli UMNO berkaitan teori "RAHMAN" , Najib waris terakhirnya , bermakna cita - cita Muhyidin berkubur begitu saja.
Adakah Muhyidin kini terasa bahang dan hangat dalam cuaca dan suhu sejuk beku di kota London ????
No comments:
Post a Comment