Friday, January 15, 2010

Kontroversi hangat kalimah "Allah"

Sekada info.......?

 【Forum "Allah: Siapa yang punya?", bahagian pertama】Mohd Farid Mohd Shahran mengajak hadirin untuk menilai sama ada penterjemahan kalimah ini tepat atau tidak, dan implikasinya dalam konteks Malaysia. Malah, beliau melanjutkan pandangan Khalif Muammar bahawa makna kalimah "Allah" telah di-islamisasi- kan, malah mencadangkan alternatif terjemahan Tuhan untuk bukan Islam, misalnya istilah Elohim, Yahweh atau Adonai.
 
 
Forum "Allah: Siapa yang punya?"
Antara fakta, kebenaran dan kewajaran (II)

Lim Hong Siang | 14.1.2010 5:43 pm
 【Forum "Allah: Siapa yang punya?", bahagian kedua】Azwira berkata "Maha Mulia" itu adalah sifat Allah, tetapi "Duli Yang Maha Mulia" digunakan terhadap Yang Dipertuan Agong yang merupakan manusia. "Tetapi kerana orang Melayu dah biasa, mereka boleh beza maksud tu, Maha Mulia kepada Allah, Yang Maha Mulia kepada manusia," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh dari bawah pentas.
 

Kontroversi kalimah "Allah":
Jangan salahkan UMNO-BN?

Josh Hong | 12.1.2010 2:16 pm
 Insiden "ekstrem" (pembakaran gereja) yang berlaku baru-baru ini mungkin tiada kaitan langsung dengan UMNO. Tetapi apakah parti politik yang sering "memperkaumkan" dan "mengagamakan" negara ini boleh mendabik dada di depan masyarakat umum, mendakwa bahawa dirinya terbebas daripada segala tanggungjawab dalam kemerosotan perhubungan antara kaum?
 
 
1 Negara, 1/2 Kerajaan
| 11.1.2010 2:00 pm
 【Lidah Pengarang】Persoalan yang lebih penting untuk direnung adalah, Perikatan/BN telah mentadbir Malaya/Malaysia untuk lebih daripada 52 tahun, atas undi daripada setiap kaum. Ironinya, perspektif pentadbiran BN semakin menyempit, iaitu menarik diri daripada menjadi "kerajaan untuk semua", tetapi menyempitkan diri kepada "1/2 kerajaan" untuk Melayu/Muslim sahaja. KDN yang bertungkus-lumus dalam isu penggunaan kalimah "Allah" Ini, adalah contoh yang terbaru.
 
 
 
 
RTM terima arahan lisan:
Siarkan hanya hujah rasmi

Chen Shaua Fui | 8.1.2010 11:48 pm
 Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima arahan lisan agar berhati-hati ketika melaporkan berita pembakaran gereja yang dicetuskan lontaran bom petrol. RTM diarahkan supaya hanya memetik "hujah rasmi", malah dengan jelas dinyatakan agar tidak menyiarkan gambar gereja yang dibakar sebaik-baiknya.
 
 
Allah Untuk Semua!
Dzulkefly Ahmad | 7.1.2010 1:05 pm
 【Versi Dikemaskini】Dari sekadar memperjuangkan isu penggunaan eksklusif nama "Allah" itu, adalah lebih penting untuk ummat Islam memperjuangkan Apa yang Allah perintahkan ke atas kita, yakni menganjurkan kebaikan dan melarang kemungkaran termasuk membenteras rasuah, salah guna kuasa, pembaziran, membasmi kemiskinan, keruntuhan moral dan akhlak serta kezaliman yang diinstitusikan.
 
 
 
 
 
Isu Kalimah Allah:
PAS memperlihatkan kesederhanaan

Lim Hong Siang | 6.1.2010 3:36 pm
 Pendirian sedemikian bukan sahaja meletakkan satu garis untuk membezakan antara PAS dengan UMNO, malah meletakkan parti komponen Barisan Nasional selain UMNO di satu kedudukan yang agak sukar. Misalnya, MCA dan Gerakan yang selama ini berkempen dengan "melabelkan PAS sebagai parti politik yang ekstrem", kini terpaksa berdepan dengan "sekutu" yang kelihatan lebih ektrem daripada "musuh".
 
 
 
 
Isu Kalimah Islam:
Akhbar Cina berwaspada

Lim Hong Siang | 4.1.2010 1:33 pm
 Lidah pengarang China Press menekankan bahawa Malaysia adalah negara rule of law, maka sesiapa yang menyerahkan kesnya untuk dikendalikan oleh mahkamah, harus menghormati dan mematuhi penghakiman mahkamah. Seandainya tidak berpuas hati, mereka perlu merayu mengikut saluran yang diperuntukkan undang-undang.
 
 
Antara isu lain yang hangat:
 
 
Malaysian Maverick:
"Buku dalam tahanan" laris di Singapura

Wong Shu Qi | 5.1.2010 8:17 pm
 Selain dakwaan bahawa puluhan bilion ringgit Malaysia "terjatuh" ke dalam lubang hitam semasa zaman pemerintahan Mahathir Mohamad, buku ini menyarat beberapa cerita yang tidak diketahui umum, termasuklah bagaimana bekas Perdana Menteri ini pernah dipujuk oleh Allahyarham Putera Negeri Sembilan untuk minum arak dan menari.
 
 
 
 
 
Saya Anak Bangsa Malaysia melangkaui benteng perkauman
Chen Shaua Fui | 5.1.2010 3:35 pm
 【Wawancara bersama Anak Bangsa Malaysia】Setelah merenung sejenak, Haris Ibrahim menyambung, "Kita tidak seharusnya mengukur kejayaan projek Malaysia mengikut bangunan pencakar langit, ketinggian tiang bendera. Seandainya anda mengukurnya mengikut ketinggian bangunan, betul, kami telah maju. Tetapi, apakah negara kita ada jiwa? Ada suara hati?"
 
 

No comments:

Post a Comment