Friday, January 15, 2010
Tindakan biadab YB Sg Rapat Amat dikesli
"Tindakan biadab ADUN Sg Rapat Perak, YB Hamidah Osman menyiarkan gambar seorang muslim yang disuperimposed memakai pakaian kebesaran agama Kristian jelas menunjukkan pendirian UMNO selama ini yang sering menimbulkan api kebencian antara kaum dan agama dalam negara ini.
Jika pun beliau berpendirian kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh agama Kristian, itu tidak menjadi masalah kerana beliau berhak bersuara, tetapi perbuatan meletakkan gambar seumpama ini adalah suatu perbuatan yang mencemarkan nama dan maruah umat Islam itu sendiri.
Ketidakmatangan Yang Berhormat ini memaparkan gambar Yb Khalid Samad dalam pakaian kebesaran kristian (super imposed) mencerminkan betapa ceteknya akal pemimpin UMNO dalam menangani krisis dan sering menggunakan elemen emosi sebagai langkah utama dalam menyelesaikan isu.
YB Khalid Samad yang digambarkan sebagai menyokong penggunaan kalimah Allah sebelum ini telah menjelaskan asas penghujahan beliau. Pandangan beliau selari dengan sebahagian besar Ulama di Malaysia. Namun disebabkan UMNO telah mendahului politik berbanding menyelesaikan masalah, maka lahirlah kelompok manusia seperti YB Hamidah Osman ini yang telah menolak ketepi akal yang dikurniakan Allah kepadanya, sebaliknya menggunakan emosi sebagai asas pertimbangan.
Gambar yang disuperimposed dan disebarkan oleh beliau dalam blognya hamidahosman.blogspot.com
http://infodppsa.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment