Tuesday, March 2, 2010

LAGI 1000-2000 EKAR TANAH DI BATU 60 BEAUFORT...

INIlah sebahagian tanah yang dirampok oleh orang UMNO. Yang sudah beratus tahu tinggal di batu 60 Beaufort sekarang bernama PELARIAN LOKAL dan tidak berkuasa lagi. Tanaman dimusnahkan dan kubur juga secara tidak langsung ikut menumpang yang pasti satu hari akan dibongkar dan dibuang ke lautan kerana tidak berhak tinggal di sana lagi. Tanah itu menjdai hak anak bini dan kroni UMNO dan orang di batu 60 hanya melihat dengan putih mata dan nak menangis tak punya air mata lagi.

HARI ini ada acara Golf di Beaufort dirasmi oleh YB Azizah Dun dan di sini ketemu yang namanya Wong Pan Sung/ketua Batu 60 Beaufort.

Di batu 60 itu ada tanah seluas lebih kurang 1000-2000 ekar yang telah beratus tahun didiami oleh penduduk di sana.

Telah ada rumah/tanaman dan segala macam dan tiba-tiba tanah itu dipohon oleh orang UMNO dan begitu mudah lulus, lalu menjadi hak mereka sekarang seorang dua. Bayangkan betapa tamaknya mereka ini.

Orang kampung di sana memang sudah lama memohon tanah berkenaan, tetapi tidak diluluskan dan semua tanaman mereka diradu musnahkan kecuali kuburan untuk maksud ditanam kelapa sawit dan orang kampung jadi PELARIAN LOKAL di tanah yang didiami beratus tahun sejak dato nenek mereka. Di mana keadilan sebenarnya?

Dan baru ketemu Wong Pan Sung tadi di Beaufort dan kes ini sedang dilapor dan ramai yang berkenaan mahu menghubungi beliau untuk maksud ditarik laporan itu dan saya sudah kasih amaran agar jangan bertindak sebodoh itu.

--
Posted By Luna and Thatguy to Dunia Berwarna Luna Version 2 at 3/02/2010 10:35:00 AM

No comments:

Post a Comment