Umat Islam yang majoritinya terdiri daripada kamu Melayu di negara ini semakin resah disebabkan oleh banyak perkara yang dilihat mengikiskan identiti mereka sebagai umat Islam yang semakin hari semakin diserang oleh beberapa golongan sekular, liberal dan musuh-musuh Islam di negara ini.
Jadi tidak hairanlah jika banyak NGO yang berkumpul untuk berikrar membela kedudukan Islam di negara ini.
Malangnya, penyelesaian yang dipilih adalah penyelesaian yang juga terbit dari sistem yang telah mengakibatkan Islam diserang dan dipermainkan oleh golongan liberal, sekular dan musuh-musuh Islam. Ia adalah umpama mengubati suatu penyakit dengan menggunakan racun yang menyebabkan berlakunya penyakit tersebut.
Setelah penjajah Barat memberikan “kemerdekaan” kepada negara ini, penjajah telah memperhalusi sistem yang akan menjadi penyelesaian kepada permasalahan umat Islam di negara ini, dan penyelesaian yang diberikan oleh kafir penjajah tersebut bukanlah datang daripada Islam. Seperti kata-kata seorang pejuang anti-apartheid Afrika Selatan: “Penjajah bukan sahaja sedang menyerang kita, mereka juga memberikan kita cara bagaimana untuk kita bertindakbalas apabila diserang”.
Inilah yang dikehendaki oleh musuh-musuh Islam dalam memastikan bahawa umat Islam akan terus mengambil penyelesaian daripada sistem buatan mereka dan akibatnya, ia langung tidak akan memberikan apa-apa penyelesaian tetapi akan hanya menambahkan masalah baru untuk umat Islam.
Sesungguhnya, yang boleh menyelamatkan umat Islam adalah kembali kepada sistem pemerintahan Islam iaitu sistem Khilafah, dan bukannya mengharap kepada perjuangan assabiyah yang dianjurkan oleh kafir penjajah.
Wa Allahu A’lam
--
Dari laman Blog Hembusan Amal 4U on 3/02/2010 10:54:00 AM
No comments:
Post a Comment