Tuesday, March 2, 2010

Sapa Orang Kuat 'Tok Mat'??



WALAUPUN Mantan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Said Hamdan @ Tok Mat telah bersara awal iaitu pada 31 Disember 2009, namun penggantinya, Datuk Abu Kassim Mohammad berhadapan dengan saki baki Pegawai SPRM yang dikesan menjadi ‘Hardcore’ kepada Tok Mat.

Melalui surat ‘orang dalam’ yang membongkar ‘rahsia dalam selimut’ Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull, jelas sekali ianya merupakan konspirasi ‘Orang Kuat Tok Mat’ yang ingin membalas dendam dengan menzahirkan perang saraf melalui fitnah kononnya, Shukri menjadi punca Tok Mat terpaksa melepaskan jawatan sebelum tempoh persaraannya.

Setelah Tok Mat dikatakan menjadi mangsa ‘Teori Domino’ Shukri, kini Datuk Abu Kassim pula dikenalpasti dijadikan sasaran Shukri dalam agendanya untuk menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM?

Surat yang disiarkan oleh beberapa laman web yang berasal daripada blog MyNKOB bertajuk ‘Masa Depan SPRM dan Mr Klean’ membayangkan ianya ditaja oleh kumpulan tertentu daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Sekalipun Shukri turut mendapat anugerah Kerajaan Negeri Sabah, namun kelihatannya beliau tidak menyukai anugerah tersebut di atas perkhidmatan cemerlangnya semasa menjadi Pengarah SPRM Sabah kerana mengarahkan agar Fail Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman yang selama ini dikategorikan sebagai ‘NO CASE TO ANSWER’ oleh Peguam Negara, dibuka semula.

Dalam surat yang ditulis orang dalam SPRM dinyatakan secara jelas bahawa;

“Mr. Klean sekarang ini telah mengarahkan orang kuat beliau bernama Zamri dan Sazali supaya menyiasat semula kes berkaitan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman. Kes ini telah disiasat dan diputuskan tiada kes, tetapi kenapa ini dilakukan semula ?, Penyiasatan ini boleh dinafikan oleh beliau bahawa kes ini telah ditutup, tetapi ada anak fail, macamana ?”

Isu Musa Aman ini amat menarik daripada segala isu yang dikemukakan di dalam surat berkenaan yang turut dimuatkan ke dalam laman web Malaysia-Today. Net dan Gundohing.Blogspot kerana melibatkan Wisma Bandaraya yang kini disewa oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat serta subsidiarinya kerana Musa Aman ada kepentingan.

Kes Wisma Bandaraya ditutup begitu sahaja sedangkan kedudukan Musa Aman terlucut secara automatik sebagai Ketua Menteri Sabah kerana Perlembagaan Negeri Sabah menetapkan bahawa Ketua Menteri tidak dibenarkan terlibat secara langsung dalam perniagaan; sebaliknya Musa Aman menjadi Pemegang Saham terbesar dan isterinya, Datin Faridah Tussin menjadi Pengarah Urusan dalam Bestco Sdn.Bhd. syarikat yang memiliki Wisma Bandaraya.

Usaha untuk menutup kes Musa Aman dan 81 Dalil yang difailkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatan masih belum reda dan kesungguhan Shukri membuka semula kes yang ditutup tanpa ‘Post Portem’ menyebabkan rakyat Sabah keliru dengan sikap Peguam Negara, Tok Mat dan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Konspirasi untuk menjatuhkan Shukri dan ‘Blue Eye Boy’nya dalam SPRM tidak mungkin mengalami kejayaan di era Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang menjadi CEO Malaysia kerana dalam ‘mood’nya sebagai Perdana Menteri, Najib lebih suka Musa bersara!

Artikel asal : TOK MAT MASIH MENDOMINASI SPRM?

No comments:

Post a Comment