Saturday, December 18, 2010

Gantung: Dewan Rakyat tidak boleh jadi contoh

Akibat tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menjadikan parlimen Malaysia tidak boleh dijadikan contoh kepada Dewan Undangan Negeri (Dun) seluruh negara.
Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain ketika ditemui pada program raptai Konvensyen Pakatan Rakyat di Dewan Millenium semalam menegaskan, bukan ia memalukan sistem demokrasi negara malahan  menjatuhkan maruah Malaysia di kaca mata dunia.
"Sikap berat sebelah Speaker Dewan Rakyat menggantung Anwar dan tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat selama enam bulan tidak menggambarkan keutuhan sistem demokrasi negara ini bahkan memalukan.  Ia langsung tidak boleh jadi contoh kepada Dun di negeri seluruh negara," katanya.
Menurut beliau, sepatutnya Speaker Dewan Rakyat menolak dan tidak patut merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana Anwar telah menjelaskan adanya hubung kait Apco dan 1Israel.
Pihak kerajaan tidak menjawab pertuduhan tersebut dan Speaker pula terus bertindak membuat keputusan penggantungan tanpa memanggil membela diri cuma berdasarkan alasan Apco bahawa mereka tidak terlibat dengan 1Israel.
Sekali lagi imej Malaysia tercemar ekoran tindakan yang tidak adil semata-mata tidak mahukan Ketua Pembangkang terus mencetuskan perkara yang selama ini disembunyikan daripada pengetahuan umum.
Selepas ini, katanya sahlah Malaysia tercorot dalam sistem demokrasi berbanding negara Komanwel yang lain bahkan kebelakang dari negara Afrika, Zimbabwe dan sebagainya.
"Sudahlah tercemar dari sistem kehakiman, ekonomi, kini giliran demokrasi terus parah akibat tindakan yang tidak bijak," kata beliau.
Tiga ahli Parlimen Pakaran Rakyat yang turut dikenakan hukuman sama dengan Anwar ialah Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan R. Sivarasa (PKr-Subang).

No comments:

Post a Comment