Saturday, January 22, 2011

Tenang : Catatan Dari Belakang Perarakan

SEPANJANG proses penamaan calon pilihan raya kecil Dun Tenang hari ini saya tidak berada di posisi depan seperti lazimnya. Saya hanya bergerak dari belakang mengikut perarakan para penyokong Pas. Perjalanan sejauh lebih 2 km memenatkan saya dan beberapa rakan lain. Saya datang agak lewat menyebabkan tidak dapat parking kereta lebih dekat dan memaksa kami berjalan agak jauh.

Apapun demi untuk penjenguk blog ini saya tidak menghiraukan kepenatan, tetap juga merakam berapa gambar untuk idaman mata. Kata orang untuk tidak begitu kecewa bila buka blog saya, langsung tak ada peristiwa di Tenang. Jadi jawabnya adalah juga dengan ada sedikit beberapa keping foto ini.

Terimalah beberapa gambar yang sempat disajikan.

Dan seperti mana telah sedia maklum perlawanan adalah dua penjuru di antara calon Pas, Shopia Loren (Normala) dengan Azahar Ibrahim dari UBN. [Mana-mana rakan yang berada di barisan hadapan dan dapat merakam gambar yang menarik bolehlah dikirimkan kepada saya untuk dipaparakn dalam blog ini].

Saya juga tidak dapat memberi angka himpunan penyokong kedua pihak kerana saya tidak kedepan dan tidak boleh membuat anggaran. Cuma apa yang saya nampak perarakan di sebelah Pas seperti selalulah.. keadaanya seperti mana yang dilihat di mana-mana perarakan calon pilihan raya kecil sebelum itu, maka begitulah juga apa yang berlaku di Tenang. Ia meriah dan penuh bersemangat. Kali ini saya namap ramai kanak-kanak yang dibawa dan ikut sama memawa bendera Pas.

Yang saya dapat catatkan sedikit di sini ialah rasa kagum saya kepada Pas yang berkembang pesat di Johor. Mungkin ramai yang tidak tahu macam mana sejarah Pas Johor berkembang. Saya bernasib baik dalam hal ini kerana pada tahun 1978 sewaktu Pas Johor mula digerakkan secara aktif saya berada di Batu Pahat Johor.

Betapa waktu itu keadaan Pas menyedihkan dan sungguh mencabar. Sambutan ke atas ceramah Pas langsung tidak mendapat sambutan. Di sesetengah ceramah ianya dihadiri beberapa puluh orang saja. Ini menyebabkan Pas terpaksa bergerak dari rumah ke rumah. Pernah berlaku semasa ceramah Pas bertembung dengan ceramah bekas MB, Tan Sri Othaman Saad, polis bertindak mematikan pembesar suara di sebelah Pas.

Walaupun Pas ditekan dan dizalimi, namun pejuang Pas tidak pernah kalah dan mengaku kalah. Mereka tetap berjuang untuk menghidupkan Pas. Kebanyakan yang menjadi pendorong atau pemimpin Pas di Johor waktu itu ialah anak-anak Kelantan yang ditukar ke negeri berkenaan kerana penglibatan mereka dalam politik Pas.

Umno mengambil tindakan menukarkan mereka ke Johor dengan harapan mereka meninggalkan Pas. Tetapi lain pula jadinya. Mereka yang dipindah dan ditukar ke Johor atau ke mana-mana negeri secara tidak langsung menjadi agen mengembangkan Pas. Saya yakin Pas yang berkembang di Johor hari ini adalah hasil kesungguhan perjuangan orang Pas terdahulu. Pohon Pas yang merimbun kini adalah hasil benih Pas yang ditanam oleh orang terdahulu sejak lebih 30 tahun lalu.

Saya sangat berharap ada mana-mana ahli Pas atau mereka yang pernah mengikuti perkembangan Pas di Johor dapat mencatat dan menulis sejarah Pas Johor agar ia menjadi renungan dan bacaan ilmiah bagi ahli dan penyokong terkemudian. [wm.kl.6:00 pm 22/01/11]


No comments:

Post a Comment