LABIS: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa sangsi dengan nama pengundi Cina dalam senarai pemilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kata Penyelarasnya Badrul Hisham Shaharin.
“Peneroka Felda Tenang sendiri tidak mengenali mereka. Peti Undi Felda Tenang ialah antara peti undi dalam DUN Tenang.” kata beliau dalam blognya.
Blog tersebut menyenaraikan beberapa nama pengundi Cina berkenaan. Menurutnya, sekurang – kurangnya 20 pengundi Cina dikesan di Felda Tenang.
“Jika ia senarai lama yang ‘tersilap’ tentu ia melibatkan pengundi saluran satu sahaja, tetapi turut tersenarai pengundi muda.
“Apa sebenarnya yang berlaku ? Suruhanjaya Pilihanraya (SPR harus tampil memberikan penjelasan,” katanya yang lebih dikenali dengan panngilan Chegu Bard di kalangan kenalannya.
Badrul Hisham berkata, penemuan senarai pengundi Cina ini berdasarkan lawatan dan perjumpaan dengan 10 pengundi Felda Tenang pada Khamis lalu.
Menurutnya, beliau turut disertai beberapa petugas Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) dan pasukan SAMM.
Pilihnaraya kecil DUN Tenang akan diadakan pada 30 Januari ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha akhir tahun lalu.

No comments:
Post a Comment