Saturday, January 15, 2011

PAS tidak buang perkataan Islam kerana kalau buang, Islam tiada makna bagi PAS.

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan  parti Islam itu  tetap tegas dan  tidak pernah kendur menegakkan Islam dalam perjuangannya.
“Dulu semasa kita membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU), DAP memberi amaran kepada PAS supaya menggugurkan perkataan Islam.
“DAP memberi amaran kalau PAS tidak gugurkan perkataan Islam, DAP akan keluar dari APU. Kita kata tidak boleh buang Islam. Kalau kita buang Islam, tiada makna bagi PAS.
“Dia (DAP) kata nak keluar, kita kata nak keluar, keluar lah. Kita tegas dalam menegakkan  Islam. “Di Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang bulan Disember lalu, Karpal Singh tidak kata lagi untuk buat undang-undang Islam kena `langkah mayat dia,” kata Menteri Besar Kelantan itu  di ibu negara malam tadi.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian dalam pertemuan dengan blogger di ibu negara malam tadi yang dihadiri kira-kira 70 orang dan beberapa exco kerajaan negeri.
Blogger penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS bertanya mengenai pendirian parti  Islam yang didakwa  semakin kendur dalam menegakkan Islam tidak seperti  sebelum ini.
“PAS bersekongkol dengan DAP ia tidak memberi sebarang kesan kepada PAS  kerana PAS tidak perlu mengambil hati siapa-siapa.
(Tetapi) Umno tolak Islam kerana hendak jaga hati MCA,” tambah Nik Aziz. Tokoh PAS itu juga menjelaskan mengapa parti itu gagal melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun telah memerintah selama 20 tahun.
NIk Aziz berkata, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengancam mengambil tindakan jika PAS melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.
“Kalau hanya Hudud satu kita (Kelantan) kena undang-undang Mageran, jadi tidak cerdk kalau  kita buat Hudud. “Setahun lalu saya mengirim surat kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)  mengapa Umno lolak Islam, mengapa Umno lawan PAS
sampai hari ini tidak jawab” katanya.
Menurut Nik Aziz, orang DAP pandai membaca Quran tetapi orang MCA tidak pandai kerana Umno tidak ajar mereka.
“(Orang) DAP Perak telefon saya tengah-tengah malam beritahu kerana hendak baca Quran,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment