Thursday, November 24, 2011

Hisham:Tidak Akan Melayan Tuntutan Pembangkang

NONEMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan tidak akan melayan tuntutan supaya Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 ditarik balik.

Ditanya oleh wartawan sama ada beliau sedia mempertimbangkan desakan dan rayuan daripada pelbagai pihak yang mahu rang undang-undang itu dikaji semula dan dipinda, Hishamuddin berkata beliau tidak bersetuju.

“Tidak ,” katanya sambil berkata adalah terlalu awal bagi pembangkang membuat desakan menentang rang undang-undang itu sedangkan ia belum dibahaskan di parlimen.

Selasa lalu, rang undang-undang itu buat pertama kalinya dibacakan di Dewan Rakyat.

Hishamuddin yang juga naib presiden Umno, mendakawa pembangkang menggunakan isu itu demi kepentingan politik mereka.

Beliau juga menafikan rang undang-undang yang akan dibahas petang ini bertujuan menyekat orang ramai daripada berhimpun dan memberi kuasa yang lebih kepada pihak polis.

No comments:

Post a Comment