Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan usul memansuhkan tiga Proklamasi Darurat pada persidangan Dewan Rakyat.
Proklamasi darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu itu adalah:
- Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak.
- Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan.
- Perisytiharan Darurat 1977 di Kelantan.
Sementara itu, Proklamasi Darurat 1966 dan Proklamasi Darurat 1977 yang masing-masing dikeluarkan pada 14 Sept 1966 di Sarawak dan 8 Nov 1977 di Kelantan bertujuan menyelesaikan pertikaian politik yang berlaku di kedua-dua negeri berkenaan.
Perdana Menteri semasa membentangkan usul itu berkata langkah memansuhkan proklamasi-proklamasi darurat itu dilakukan berikutan keadaan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam pada masa proklamasi itu berkuatkuasa, tidak lagi wujud pada masa ini.
Undang-undang yang masih berkuatkuasa selepas diperkenalkan lebih 40 tahun itu membolehkan polis menggunakan kuasa-kuasa khas yang diperuntukkan dalam Ordina Darurat bagi menangkap dan menahan orang ramai tanpa perlu dibicarakan.

Katanya, kerajaan juga akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
http://www.freemalaysiakini.com/?p=4149
No comments:
Post a Comment