Oleh Roslan SMS
Satu berita menarik perhatian saya dalam akhbar The Star hari ini [pautan]. Bukan cerita politik, dah muak agaknya baca berita politik hari-hari. Kali ini berkenaan kehidupan seharian. Berita berkenaan kematian seorang tukang telek nasib atau ahli nujum di Chennai, India.
Ceritanya seekor gajah yang di bawa ke perkarangan sebuah kuil di sana bagi tujuan pemujaan telah membelasah si ahli nujum tadi, P Ganesan dengan belalainya apabila Ganesan menganggunya. Akibatnya Ganesan telah meninggal dunia.
Seorang tukang telek yang kerjanya menelek nasib, membaca masa depan orang lain, akhirnya mati tanpa sempat membaca nasibnya sendiri!
Begitulah kuasa Allah swt, cerita ini memberi iktibar kepada saya agar jangan kita menyangka kita ini pakar dan hebat dengan sesuatu yang ada pada kita, semuanya hiasan semata-mata dan kekadang “artificial”. Kalau Allah hendak memberi Ia memberi dan kalau Ia mahu mengambil kembali, sekelip mata sahaja, subhanallah.
Benarlah firman Allah swt:
“Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan. (An-Naml: 65)
Sumber: n32.blogspot.com

No comments:
Post a Comment