Para pemuda sekitar Kepala Batas yakin parlimen kawasan itu akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke 13 kerana kredibili mantan perdana menteri dan anak tok guru, Tun Abdullah Ahmad Badawi bukan lagi sandaran sebagaimana dahulu.
Ketika diminta pandangan tentang pergolakan politik dalaman Umno Bahagian Kepala Batas mereka berkata, Barisan Nasional (BN) akan tumbang walaupun Pak Lah sendiri yang bertanding sebagai calun.
Mohd Faiz Ahmad, 20, (Gambar kiri) berkata senario sekarang bukan lagi menyebelahi Umno sebagaimana dulu jika BN letak kayu atau tunggul sekalipun parti mereka akan mengecapi kemenangan.
"Sekarang orang dah celik tidak macam dulu walaupun Pak Lah pernah jadi perdana menteri dan merupakan anak kepada Tok Guru Abdullah Haji Fahim sekalipun ia bukan lagi sandaran sepertimana dulu," katanya.
Rakannya, Yusof Othman, 22, (Gambar kanan)meminta para pemuda yang sayangkan bangsa dan agama agar melakukan perubahan demi menyelamatkan negara daripada terus manuju kebangkrapan.
Malaysia tiada boleh lari daripada bangkrap jika rakyat masih mempercayai BN memerintah kerana kewangan negara akan berkurangan ekoran terdapatnya ketirisan.
"Bila tiris semuanya menuju kerugian. Bahkan terdapat pula penyelewengan yang besar menyebabkan kehilangan wang rakyat," ujar beliau.
Seorang lagi pemuda yang sempat ditemui Sri Ganesan, 25, (gambar kiri) menambah, pemimpin yang korups patut dijatuhkan dan diganti dengan kepimpinan yang bersih.
"Buat apa mempertahankan kepimpinan BN yang nyata tidak layak lagi menjadi wakil rakyat, " jelas beliau.

No comments:
Post a Comment