Di tanah Bolehland ini macam-macam benda pelik boleh berlaku kerana macam-macam berlaku benda-benda pelik!
Suatu waktu dahulu orang
ramai gempar seketika kerana ada seorang tua berkata Anwar Ibrahim
menumbuk matanya sendiri hingga lebam dalam lokap! Kagum orang dengan
Anwar! Agaknya beliau anak jati negara ini yang pertama berjaya menumbuk
matanya sendiri hingga lebam.
Lepas itu gempar lagi
orang-orang di Bolehland apabila dihebuhkan mendiang Beng Hock dan arwah
Sabrini tak ada siapa usik, tak pasal-pasal terjun tingkap di sebuah
agensi kerajaan yang tingkapnya paling digeruni!
Dan semalam lagi orang
ramai terasa kagum tapi kaget dengan benda-benda pelik di Bolehland
kerana seorang model cantik Mongolia rupa-rupanya mahkamah Bolehland
mendapati mendiang bukan mati dibunuh oleh yang dihebuh membunuhnya itu,
(dah siapa yang membunuhnya?), mungkin dibunuh sendiri oleh makhluk
yang bernama C4 yang agaknya dari spesis alien - makhluk asing! Eh boleh
jadi apa......kan ini Bolehland!
No comments:
Post a Comment