Sunday, April 20, 2014

Mahathir Kutty Antara Penyebab Kenapa Mendiang Karpal Singh Tolak Hudud



Jikalau sudah Bekas Ulul Amri Umno yang pernah DIGELAR oleh Ahli Umno sebagai KHALIFAH ALAF BARU satu ketika dulu pun TIDAK YAKIN dengan Hukum Hudud dan Qias yang akan DIBENTANGKAN oleh Kerajaan Negeri Kelantan di Dewan Rakyat KONON nya atas Dasar KEADILAN apa kan lagi Mendiang Karpal Singh beb.

TERANG lagi BERSULUH bila Bekas Ulul Amri Umno yang bernama Mahathir KUTTY A/L Iskandar KUTTY Mempersoalkan KEADILAN dalam Perlaksanaan Hudud dan Qias tersebut. Dengan kata-kata BODOH serta BAHALUL yang keluar dari MULUT LONGKANG Mahathir Kutty yangjuga Konsisten berkenaan Hudud sejak AZALI.

Kata beliau "Dalam nak POTONG TANGAN pun kita KENA FIKIR, Negara kita ini mempunyai Penduduk Beragama Islam dan Bukan Islam kalau kita Potong Tangan Orang Islam tapi kalau Orang Bukan Islam MENCURI dia cuma dapat 12 Bulan JAIL, lama-lama Orang Islam TAK ADA TANGAN, jadi ADIL ke atau pun TIDAK, kalau TAK ADIL itu TAK BOLEH DILAKSANAKAN".

Satu Kenyataan yang Tiada Beza dengan Kenyataan Mendiang Karpal Singh, jikalau Kenyataan tersebut diucapakan oleh Mendiang Karpal Singh ianya adalah sesuatu yang WAJAR kerana Mendiang bukan nya Beragama Islam walaupun bagi gua ianya adalah KEBODOHAN POLITIK, tetapi apalah DO'A yang boleh diucapkan bila seorang Bekas Ulul Amri Umno ini.

Yang pernah Digelar sebagai Pemimpin Islam Alaf Baru sehingga ke kepada Kalifah Alaf Baru mengeluarkan Kenyataan tersebut. Mungkin dimasa DAHULU iaitu dizaman tiada INTERNET kenyatan seperti ini akan DINAFIKAN oleh Penchacai Angkat Najis Umno dengan mengatakan yang ianya sebagai FITNAH dari Pembangkang.

Dikatakan juga Kenyataan beliau seperti ini bukan lah Kenyataan yang hanya sekarang diucapkan berkaitan Hukum Hudud, tetapi Kenyataan ini sudah Diucapkan oleh Mahathir sejak dari Dulu lagi. Sampaikan dikatakan juga ada ucapan beliau kepada Orang Bukan Islam satu ketika dulu berbunyi "Kalau lu orang Sokong PAS nanti lu orang punya Lancau habis Kena Potong, Lu Orang Cina mau".

Jikalau Mendiang Karpal Singh Konsisten dengan Pendirian beliau berkaitan Hudud yang dikatakan sebagai MENENTANG, apa pula kurang nya dengan Kenyataan dari Mahathir ni beb. Tidak bolehkah dikatakan yang ucapan beliau juga sebagai Menentang Hudud, tak ada beza nya BAHKAN beliau lagi DASYAT dari Mendiang Karpal Singh yang bukan nya Beragama Islam. Video klik sini

Penchacai Angkat Najis Umno Ajak Mandi Di Rumah Menteri Besar Selangor



Ini lah dia kalau sudah dikatakan BADAN SAJA DIHARAPKAN BESAR tetapi OTAK LETAK KAT KEPALA LUTUT beb, apasal MANGKUK AYUN tu cakap JOM MANDI kat Komplek Perdana Menteri di Putrajaya yang juga tiada di buat CATUAN AIR.

Atau jikalau nak lagi dekat Pergi aje Mandi di rumah Pengerusi SYABAS yang Bersebelahan dengan Bangunan TV3/4 iaitu Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)... tak kan Mazidul ni tak tahu beb, atau Mazidul buat-buat tak tahu...kah kah kah!.

Oiiii Mazidul Akmal Sidik... kalau ya pun menjadi Penchacai Angkat Najis Umno biar lah nampak CERDIK sikit beb, jangan ditunjukkan sangat KEBODOHAN yang dikatakan oleh Tun Mahathir Penyokong Kuat Kassim Anti Hadis dan PENENTANG KUAT kepada Hukum Hudud bahawa "Sudah berpuluh Tahun Yang Cerdik Pandai Tak Masuk Umno" atau dalam BAHASA BERBUDI BAHASA nya ialah "Hanya Yang Bebal Melantun-Lantun Macam Getah Skrub Sahaja Yang Masuk Umno"... kah kah kah!.

Kadang-Kadang gua PELIK jugak beb, asalkan menjadi Sebahagian dari Umno And The Gang walau bagaimana Cerdik sekali pun akhir Cerita nya mesti nampak Kebodohan cuma antara Lambat dengan Cepat aje. Apa pasal ya beb ???... Tak kan BADI kepada Pepatah Melayu yang berbunyi BODOH MACAM UMNO sudah betul-betul SEBATI atau BERPISAH TIADA beb, wahhhh... kalau itu macam sudah dikira BAHAYA kerana yang Cerdik Pandai akan jadi Bodoh bila bersama Umno... kah kah kah!.

Macam ini lah Mazidul Penchacai Angkat Najis Umno... apa kata dalam masa Catuan Air ni kesemua Ahli Umno dari AKAR UMBI sampai ke Pemimpin BERKORBAN dengan MENADAH Kencing lu orang Setiap Hari, Ahli Umno dikatakan sebanyak 3 Juta Lebih... jangan kira yang Lebih tersebut ambil aje jumlah 3 Juta cukup. Jikalau seorang Kencing sehari 1 Liter kalau 3 Juta yang Kencing sudah ada 3 Juta Liter dalam sehari, kalau dari sekarang sampai 5 Mei 2014 seperti AMARAN dari Noh Omar...

...sebelum Demonstrasi Besar-Besaran dibuat oleh Umno Selangor, lebih kurang 15 Hari sudah ada 3 Juta Liter x 15 Hari bersamaan dengan 45 Juta Liter Air Kencing dapat dikumpulkan... satu Jumlah yang cukup banyak beb... jadi gua cadangkan Air Kencing yang 45 Juta Liter tu lah lu orang Hantar kepada Ahli Umno yang ada kat Negeri Selangor untuk dia orang gunakan selepas 5 Mei jika Kerajaan Negeri Selangor masih membuat Catuan Air. Apa macam Mazidul ok tak IDEA gua... kah kah kah!. sumber klik sini

hemmmmm..... lu orang pernah jumpa tak dengan mazidul ni beb, punya lah gedebak badan beliau dengan tinggi nya sekali, tetapi sayang menjadi penchacai angkat najis umno... kah kah kah... A B U."

Pemimpin Pakatan Rakyat Yang Beragama Islam Tolong Beri Pencerahan Isu Ini

 

Atas rasa TANGGUNGJAWAB sebagai Sahabat Seperjuangan dan juga Saudara sesama Islam gua terpaksa MENGKRITIK apa yang ditulis oleh Pengendali Blog Tukar Tiub iaitu Saudara Hishamuddin Rais, rasanya ada yang TAK KENA dengan ucapan yang beliau berbunyi Al-Fatihah kepada dua orang Sahabat beliau yang gua rasa bukan nya seorang Islam.


Tak Salah untuk MENGAGUMI Perjuangan serta JASA-JASA yang dilakukan oleh Sahabat namun apakah SESUAI untuk Mengucapkan Al-Fatihah kepada Sahabat yang bukan nya seorang Islam. Apakah tidak dikira MENGHORMATI Kematian Sahabat yang bukan nya Beragama Islam jika tidak Mengucapkan Al-Fatihah ke atas Kematian Sahabat tersebut.

Mungkin jikalau gua TERSALAH KRITIK dan atas sebab gua TERLEPAS PANDANG dimana memang ada Kebenaran dalam Agama Islam untuk Mengucapkan Al-Fatihah ke atas Kematian Sahabat yang bukan Beragama Islam TOLONG beri PENCERAHAN. Terutama nya kepada Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang ARIF berkaitan Perkara diatas.

Lu orang boleh baca apa yang DITULIS oleh Saudara Hishamuddin Rais di dalam blog beliau, bukan nya NIAT gua untuk Suka-Suka Mengatakan yang beliau TIDAK BETUL atau BERSALAH tetapi dengan membiarkan ianya Menjadi TANDA TANYA terutama kepada Anak-Anak Muda yang menjadi PELAYAR tetap Blog beliau . 


sumber klik sin
i
"

Ini Dia Bekas MB Kelantan Selama 22 Tahun


Sukar mencari seorang yang pernah memenggang tampuk pemerintahan selama 22 tahun akhirnya sekadar sehelai sepinggang mengadap Allah s.w.t. Hanya seseorang yang tinggi tahap keimananya dia senantiasa merasakan dirinya berdosa dengan Allah dan akan menginsafi kelemahan dirinya serta  terus menerus beristighfar kepada Allah sebanyak mungkin agar Allah memaafi dosa-dosanya.

Siapalah yg mampu setara dia yang sanggup ketepikan dunia dan menyerahkan seluruh kehidupannya untuk perjuangan Islam....

Moga Allah ambil TGNA dengan penuh kemuliaan dan ditempatkan bersama para Nabi dan Auliya'...

Hudud: Masa depan PR dalam ilmu Allah – TG Abdul Hadi

 “Dalam ilmu Allah, bukan ilmu saya,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjwab pertanyaan media berhubung masa depan Pakatan Rakyat berikutan usaha Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah termasuk hukum hudud.

Beliau menjelaskan, ini kerana pelaksanaan hukum hudud merupakan agenda perjuangan PAS dan bukannya Pakatan Rakyat.

Begitupun, Ahli Parlimen Marang itu optimis mereka yang memahami undang-undang jenayah syariah itu boleh menerimanya termasuk daripada kalangan bukan Islam.

Menurutnya, terdapat dalam kalangan masyarakat bukan Islam yang boleh menerima pelaksanaan undang-undang tersebut termasuk hukum hudud.

Sehubungan itu, katanya PAS menunggu keikhlasan semua pihak berhubung usaha Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 1993.

“Kita terima positif perkara yang berkait dengan Kelantan ini dan kita serah ikut cara Kelantan.

“PAS Pusat sokong sepenuhnya apa yang diusahakan oleh Kelantan itu,” tegasnya pada sidang media selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu di Kemasik, tengah hari tadi.

Turut serta pada sidang media itu ialah Setiausaha Agung dan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali dan Ustaz Saiful Bahri Mamat.

Jelasnya lagi, sebelum Dun Kelantan meluluskan undang-undang berkenaan, ia telah melalui proses yang betul dan mengikut amalan demokrasi.

Katanya, undang-undang tersebut telah disusun dengan penglibatan tokoh undang-undang syariah dan semasa seperti almarhum Tan Sri Ahmad Ibrahim dan Tun Mohd Salleh Abas.

Selain itu, katanya NGO Islam dan bukan Islam telah dijemput oleh kerajaan negeri pada satu majlis yang diadakan di Hotel Concorde di ibu negara untuk memberikan pandangan berhubung undang-undang jenayah syariah itu sebelum dibawa ke persidangan Dun.

Bahkan, jelas beliau lagi, pihak badan Hak Asasi Manusia dunia juga diberi penjelasan mengenai undang-undang itu.

Umno sokong hudud positif, dalam hati urusan Allah

Tuan Guru Abdul Hadi menyampaikan anugerah kepada sorang pemimpin veteran PAS Kemaman.
PAS menerima sesiapa sahaja yang menyokong pelaksanaan hukum hudud termasuk dalam kalangan pemimpin Umno, tegas Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Alhamdulillah, mereka sokong hudud, urusan hati itu urusan Allah.

“Kita terima orang yang sokong hudud, siapa sahaja termasuk bukan Islam,” ujarnya semasa berucap merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu di Kemasik, hari ini.

Menurutnya, perkembangan positif itu adalah hasil dakwah yang bijak yang dijalankan secara berterusan oleh pendukung parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PAS sentiasa konsisten menyampaikan dakwah walaupun terdapat dalam kalangan pemimpin Umno yang mempersenda pelaksanaan undang-undang syariah.

Menurut beliau, ada di antara pemimpin Umno yang jahil berkata ‘boleh buat sup tangan’, ‘habis batu tak boleh buat jalan raya’ jika hukum hudud dilaksanakan tetapi PAS terus berdakwah memberikan kefahaman mengenai undang-undang itu.

Bagaimanapun, ujarnya apa yang dikesalkan pada waktu itu ada dalam kalangan orang PAS yang gopoh menuduh pemimpin Umno yang membuat kenyataan seperti itu sebagai kafir.

“Tanpa diduga orang yang kafirkan Umno masuk Umno,” katanya lagi.

Katanya, melalui dakwah bijak yang dilakukan oleh PAS memberikan penerangan berterusan mengenai undang-undang jenayah Islam telah difahami rakyat termasuk dalam kalangan pegawai tinggi kerajaan.

Ini, jelas beliau dapat dilihat apabila pegawai-pegawai tinggi ini bersara, mereka telah memilih untuk bersama dengan PAS bahkan menjadi calon PAS pada pilihan raya umum.

“Ini tanda dakwah kita telah masuk ke jabatan kerajaan. Jadi kita bina kekuatan rakyat,” katanya lagi. 

Hudud di Persekutuan, biarlah satu demi satu - Pak Lah


Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata bukan menjadi satu kesalahan jika kerajaan PAS Kelantan ingin membawa usul rang undang-undang mengenai Hukum Hudud ke Dewan Rakyat.
    
"Pada saya kalau perkara tersebut hendak dibawa ke Parlimen apa salahnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang 2014 Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini yang turut dihadiri isterinya, Tun Jeanne Abdullah.
    
Menjawab satu soalan sama ada wajarkah hukum hudud dilaksanakan pada peringkat persekutuan, Abdullah berkata : "Biarlah satu demi satu pelaksanaannya".
    
Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.
    
Di majlis itu, 300 pelajar menerima anugerah dengan anugerah pelajar terbaik keseluruhan disandang Iqbal Danial Sa'id yang mendapat semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas.

Perkasa aktiviti luaran, tumpu dakwah dan kebajikan

Para pendukung PAS di negeri ini perlu memfokus dan memperkasakan aktiviti luaran dengan menekankan kepada program dakwah dan kebajikan seperti penubuhan Badan Kebajikan, Pusat Khidmat Rakyat bagi menguasai pengundi sasaran.

Selain itu, mereka juga perlu menggembleng semua tenaga yang ada untuk aktiviti dakwah secara berkesan dengan mengajak dan memujuk semua orang untuk menerima dakwah kita tanpa putus asa.

Demikian antara kandungan resolusi Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu yang bertemakan Perkukuh Tarbiah Pertingkat Perjuangan di Pekan Kemasik, hari ini. Resolusi itu dibacakan oleh pengarah ijtimak yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Yahaya Ali.

Ijtimak dua hari bermula semalam itu dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Hadir sama pada majlis perasmian pagi tadi ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Berikut ialah resolusi ijtimak berkenaan.

Mengambil ‘PAS Terengganu Inklusif’ sebagai salah satu dasar gerak kerja PAS Terengganu dengan memastikan kesemua kepimpinan dan ahli mempunyai kefahaman yang jelas berkenaan dasar ini agar dapat diserapkan dalam perancangan aktiviti di semua peringkat.

Memfokus dan memperkasakan aktiviti luaran dengan menekankan kepada program dakwah dan kebajikan seperti penubuhan Badan Kebajikan, Pusat Khidmat Rakyat bagi menguasai pengundi sasaran serta menggembleng semua tenaga yang ada untuk aktiviti dakwah secara berkesan dengan mengajak dan memujuk semua orang untuk menerima dakwah kita tanpa putus asa.

Memperkukuhkan parti dengan menyusun gerak kerja yang lebih berstrategik dan bersistematik di semua peringkat termasuk membangunkan sistem pemantau berasaskan KPI mengikut kesesuaiannya.

Memperkasakan organisasi, kepimpinan dan ahli melalui sisitem pengurusan yang sistematik, engagement dan interaksi dengan pihak organisasi kerajaan, NGO dan swasta serta program-program kebajikan dan penerangan yang sampai ke hati rakyat.

Memantapkan aktiviti tarbiyah bagi melahirkan kepimpinan dan petugas gerakan Islam bagi meningkatkan komitmen, sanggup berkorban dan sentiasa melakukan islah atau penambahbaikan.

Menghadiri usrah bagi memperkasakan ukhuwah, kesetiaan kepada parti bagi memenuhi syarat-syarat kemenangan.

Menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid-masjid, surau-surau dan markaz bagi memantapkan kefahaman Islam.

Meningkatkan penerangan yang efektif dengan merancang dan mengkaji isu atau agenda yang hendak disebarkan kepada pihak awam.

Memperkasakan muslimat dengan latihan dan perkaderan bagi melahirkan kepimpinan muslimat yang menerajui perubahan generasi baru.

Memperkasakan Ameerah ke arah kepimpinan politik wanita muda yang memiliki jati diri dan berusaha melahirkan pendukung kepimpinan yang mampu menguasai pengundi muda dan masyarakat.

Karpal Singh: Perginya seorang pejuang tanpa warna

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menziarahi jasad mendiang Karpal di Jalan Utama, Georgetown. Foto BULETIN MUTIARA
Pagi ini upacara penghormatan negeri berlangsung bermula jam 8.30 pagi untuk mendiang Karpal Singh, bekas Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya, Khamis lalu.
Ucapan takziah dan simpati datang mencurah mengisi ruang rumah sederhana keluarga Karpal di Jalan Utama, dekat sini sejak jasadnya dibawa ke situ untuk membolehkan sahabat handai, taulan rakan dan orang ramai memberikan penghormatan terakhir.
Tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik,  jasa Karpal terhadap negara dan rakyat sepanjang tempoh panjang khidmatnya sebagai peguam dan ahli politik dikenang ramai.
Kerajaan negeri Pulau Pinang bercadang untuk mengubah nama satu persiaran di Sungai Pinang kepada Persiaran Karpal Singh bagi mengambil sempena nama mendiang peguam itu.
Ketua Menteri Lim Guan Eng akan mengemukakan cadangan itu pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) minggu depan.
"Persiaran IJM akan ditukar kepada Persiaran Karpal Singh. Orang Pulau Pinang tahu Persiaran IJM ini, yang terletak berhampiran jambatan pertama, di tepi laut," katanya pada sidang akhbar di kediaman Karpal Singh di sini hari ini.
Karpal Singh, 74, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Km306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Kampar.
Turut terbunuh dalam kejadian pada 1.10 pagi melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah lori itu pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius, 39.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal mencatatkan rasa sedih dan dukacitanya dengan pemergian Karpal.
Sambil merakam takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu, beliau menyifatkan pemergian Karpal sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air.
“Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.
“Saya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambutan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan beliau menghantar saya pulang rapat ke pintu kenderaan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda.
“Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat,” ujar Tuan Guru Nik Aziz.
Berucap dalam satu majlis ceramah umum di SEBERANG JAYA, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  mengimbas kembali kegigihan Karpal yang menjadi peguam bela dalam kes fitnah liwat 2.
“Karpal cuba hubungi saya empat kali pada 6.30 petang (Rabu lalu). Saya hubunginya semula dan beliau beritahu kami hanya ada sepuluh hari untuk hantar rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
“Beliau kata akan membuat permohonan dan lakukan yang terbaik untuk memenangi kes ini,” katanya.
Kata Anwar lagi, Karpal benar-benar bimbang akan hukuman penjara lima tahun dalam rayuan kes itu.
“Pemergiannya satu kehilangan peribadi kepada saya, (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan keluarga,” katanya yang menyifatkan ‘Harimau Jelutong’ itu sudah seperti ahli keluarga sendiri.
Malah, kata Anwar lagi, Karpal tidak pernah mengambil sebarang bayaran sepanjang menjadi peguam bela dalam kes itu.
“Ketika saya dalam perbicaraan, wang dikumpul untuk membayarnya tetapi beliau tidak ambil. Katanya, khidmat guaman bagi pertahankan saya adalah sumbangan kecil,” katanya lagi kepada ratusan hadirin.
Penasihat DAP Lim Kit Siang percaya perjuangan bekas Pengerusi DAP Kebangsaan itu telah berjaya menyentuh ramai orang berdasarkan ucapan-ucapan takziah yang mengalir tanpa henti sejak berita pemergiannya.
“Seluruh Malaysia bersama-sama keluarga Karpal berduka dengan pemergian seorang pahlawan. Rakyat tanpa mengira kaum dan agama dan majoriti yang tidak pernah bertemu dengan Karpal terkejut dan dengan pemergian tidak dijangka ‘Harimau Jelutong’ dan menganggapnya sebagai kehilangan peribadi.
“Inilah bukti bagaimana perjuangannya demi keadilan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi lebih empat dekad telah menyentuh kehidupan mereka,” katanya lagi.
Mengenang bekas Pengerusi DAP Kebangsaan itu, beliau menyifatkan Karpal sebagai seorang yang tidak pernah terpengaruh dengan kedudukan, serta menjadikan cabaran sebagai penghalang dalam perjuangan menegakkan keadilan.
“Beliau tidak pernah membiarkan kuasa dan kedudukan, atau kesusahan peribadi menjejaskan komitmennya dalam perjuangan.
Karpal Singh telah pergi meninggalkan kita, namun jasanya akan tetap terpahat dalam kenangan rakyat negara ini kerana beliau sesungguhnya seorang ‘pejuang tanpa warna’.
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli (empat dari kiri) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Gua Eng dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika menziarahi jasad mendiang Karpal.

Semangat Karpal perlu dicontohi rakyat – Lim Guan Eng

Kit Siang, Mohamad Sabu dan Anwar meletakkan jambangan bunga di keranda mendiang Karpal Singh dalam majlis penghormatan negeri di Dewan Sri Pinang, Georgetown.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengajak orang ramai supaya menghargai pemergian Karpal Singh dengan meraikan pencapaian dan merealisasikan aspirasi beliau mengenai keadilan, integriti dan kebebasan.
Menurutnya, semangat juang yang tidak pernah luntur  "Harimau Jelutong" itu dalam mempertahankan ketidakadilan dan hak-hak setiap warga walau dihalang oleh masalah fizikal perlu dicontohi.
"Anda boleh menghalang fizikalnya, tapi tidak semangatnya. Saya melihat sendiri semasa sama-sama ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting pada 1988, beliau mengalami sakit belakang yang teruk tetapi tetap enggan mengalah.
"Kecekalan dan kekuatan beliau sekali lagi teruji apabila mengalami kemalangan pada 2005 yang menyebabkannya lumpuh dari pinggang ke bawah.
"Namun kelumpuhan itu berjaya diatasi apabila beliau tetap meneruskan kerjayanya dalam bidang undang-undang dan politik. Karpal kemudian menjadi orang kurang upaya pertama di Malaysia yang dua kali dipilih ke Parlimen, kedua-duanya dengan majoriti sangat besar,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Penghormatan Negeri untuk mendiang Karpal di Dewan Sri Pulau Pinang.
Setiausaha Agung DAP itu menambah, seperkara lagi yang meninggalkan kesan amat besar dari mantan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu adalah prinsip utuhnya untuk membantu semua golongan.
"Beliau enggan mengenakan bayaran bagi kes-kes ketidakadilan tidak kira individu itu orang kenamaan seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang atau Melayu miskin, India dan Cina.
"Oleh kerana itu pemergiannya akan meninggalkan kekosongan besar bukan sahaja dalam kehidupan keluarganya, tetapi kepada semua rakyat Malaysia yang terinspirasi dengan prinsip Karpal.
"(Presiden Amerika Syarikat) Thomas Jefferson berkata apabila kerajaan takut kepada rakyat, wujudlah kebebasan; apabila rakyat takut kerajaan, wujudlah kezaliman. Sepanjang hayatnya, Karpal menunjukkan kepada kita semua bagaimana untuk tidak takut pada kerajaan,” ujar Guan Eng.
Orang ramai mula memenuhi Dewan Sri Pinang dan kawasan sekitar Gurney Drive di sini seawal jam 8 pagi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh.
Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Speaker Dewan Negeri Selangor Hannah Yeoh.
Orang ramai berpusu-pusu mendekati van yang membawa jenazah Karpal sebaik ia tiba di pintu pagar dewan tepat pada jam 8.11 pagi.
Van membawa jasad Karpal berlepas ke Krematorium Batu Gantung sekitar  jam 11 pagi melewati tiga tempat penting dalam hidup Karpal iaitu Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang (tempat mula kerjaya peguam), Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (tempat mula kerjaya politik) dan St. Xavier Instution (sekolah). - Sumber Roketkini
Guan Eng berucap pada majlis penghormatan negeri untuk mendiang Karpal Singh di Dewan Sri Pinang, Georgetown.

Makanan di kem pelarian Palestin, Yarmouk kehabisan


Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangannya berhubung bekalan makanan yang semakin berkurangan dan mungkin kehabisan di kem pelarian Palestin di Yarmouk akibat kepungan berlarutan di kawasan itu berikutan perang saudara yang sedang melanda Syria.
Agensi Bantuan dan Kerja bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA) memberi amaran tentang kekurangan makanan yang begitu mencemaskan di kem Pelarian itu sehingga Sabtu apabila pertempuran antara pihak yang terlibat dalam perang saudara di Syria semakin memuncak dan sekali gus menyekat penghantaran bekalan yang amat diperlukan.
Menurut jurucakap UNRWA Chris Gunness, agensi itu tidak dibenar mengagihkan bantuan makanan pada 18 April di Yarmouk, tempat yang menjadi tumpuan lebih 20,000 orang awam bagi mendapatkan bantuan daripada PBB.
Gunness dengan penuh terharu berkata "ini hari kesepuluh berturut-turut UNRWA tidak dapat mengagihkan bantuan makanan di Yarmouk”.
Katanya memandangkan makanan yang dibekalkan UNRWA boleh bertahan paling lama hanya 10 hari, maka bekalan yang telah disumbangkan PBB kepada kem itu akan kehabisan.
Yarmouk menempatkan lebih 160,000 pelarian Palestin sebelum tercetusnya perang saudara di Syria pada Mac 2011.
Sejak Disember 2012, antara 140,000 dan 145,000 pelarian Palestin dilaporkan terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Yarmouk apabila tentera puak penentang meningkatkan kehadiran mereka di kawasan itu dan tentera kerajaan pula menguasai kawasan sekelilingnya.
Gunness berkata UNRWA “teramat bimbang” dengan keadaan manusia yang begitu memerlukan bantuan di Yarmouk dan ingin memaklumkan bahawa pertikaian bersenjata yang tidak putus-putus berlaku sejak sebulan lepas, mengganggu usahanya untuk meringankan penderitaan orang awam yang terperangkap di kawasan itu.
UNRWA dapat memasuki Yarmouk hanya sebanyak 10 hari dalam tempoh 30 hari antara 11 Mac dan 10 April dan oleh itu, hanya dapat mengagihkan 3,390 bungkusan makanan.
Gunness mengulangi harapan UNRWA agar semua pihak menamatkan permusuhan dan mencari penyelesaian terhadap perselisihan mereka secara aman dan agensi itu pula dapat memasuki kawasan berkenaan secara kerap dan terus menerus bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan.
Dalam perkembangan berasingan, ketua Misi Bersama Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia dan PBB (OPCW-UN) mengumumkan pada Sabtu bahawa sehingga 19 April, Syria telah membuang atau memusnahkan kira-kira 80 peratus bahan senjata kimianya.
Sigrid Kaag, penyelaras khas misi bersama OPCW-UN, dalam kenyataannya berkata hasil perbincangan yang diadakan dijangka dapat "mengekalkan momentum itu dan menyelesaikan sepenuhnya operasi pembuangan bahan berkenaan dalam masa beberapa hari lagi".
Beliau menyuarakan keyakinan bahawa langkah itu akan dapat memenuhi tempoh  yang ditetapkan majlis eksekutif OPCW, termasuk tarikh akhir 30 Jun 2014 bagi memusnahkan sepenuhnya program senjata kimia Syria.
Kaag menyifatkan "pembaharuan fasa dalam gerakan itu" sebagai sesuatu yang "positif dan perlu dilakukan" bagi memastikan wujud kemajuan ke arah menepati tempoh yang ditetapkan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, Kaag berkata Syria juga selesai memusnahkan semua bekas gas mustard kosong dan mencapai kemajuan dalam menghentikan pengeluaran senjata kimia serta tempat penyimpanan senjata itu.
Pembuangan bahan paling kritikal bermula pada awal Januari, sejajar dengan persetujuan yang diatur Rusia dan Amerika yang mewajibkan Syria membuang bahan senjata kimianya dan menyertai Konvensyen mengenai Pencegahan, Pembangunan, Pengeluaran, Penyimpanan dan Penggunaan Senjata Nuklear 1992.

Pandai pula Utusan jaga aib pemimpin Umno...

SESIAPA yang membaca akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac lalu tentunya tertanya-tanya dengan maklumat yang dipaparkan akhbar tersebut.

"Ahli politik wanita didakwa berkhalwat," lapor Utusan.

Menurut laporan itu, seorang ahli politik wanita bersama pasangannya masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kangar atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel pada awal Mac lalu.

Ahli politik wanita berusia 34 tahun yang disebut namanya itu dituduh berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun. Mereka ditahan ketika berada di sebuah bilik hotel pads pukul 1.30 pagi, 3 Mac lalu.

Ahli politik itu didakwa di bawah Seksyen 9(2) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 manakala pasangan didakwa di bawah Seksyen 9(1) enakmen yang sama.

Sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya.

Hakim Syarie menetapkan tarikh perbicaraan kepada14 Mei.

Bagi mereka yang tidak mengikuti secara dekat politik Perlis, identiti ahli politik wanita itu pastinya menjadi tanda tanya memandangkan dia tidak dikenali di peringkat nasional.

Hanya setelah membaca laporan The Star pada tarikh yang sama kita akan mengetahui  bahawa ahli politik wanita itu sebenarnya mengetuai salah satu sayap Umno negeri Perlis.

Pastinya kita kagum dengan keprihatinan Utusan dalam memelihara aib pemimpin parti itu di khalayak pembaca. Utusan bukan sahaja tidak menyiarkan jawatan yang disandang ahli politik wanita itu walaupun ianya jawatan tinggi parti di peringkat negeri, malah tidak menyiarkan gambarnya seperti dilakukan The Star.

Sekali lagi syabas diucapkan kepada Utusan kerana memelihara aib manusia. Namun sayangnya tindakan menjaga aib itu hanya dikhususkan kepada para pemimpin Umno.

Sebagai bukti, Utusan pada tarikh yang sama menyiarkan wawancara bersama pensyarah bidang ilmu dan peradaban, Prof Datuk Dr Sidek Baba (gambar) yang sarat dengan kecaman dan kata nista terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sidek yang disifatkan Utusan sebagai "begitu rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya satu ketika dulu" kini tergolong dalam kelompok bekas kenalan dan penyokong Anwar yang lantang mengecam dan menghodohkan peribadi Anwar.

Sidek mendakwa masih mendukung dan bersimpati dengan Anwar sejak 1998 hingga 2011. Namun mengaku berubah pendirian selepas Anwar menghadapi pertuduhan liwat kedua.

Sidek mengakui telah menemui 30 orang antaranya bekas penasihat agama Anwar, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, bekas Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Nor, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin, Timbalan Menteri Luar, Hamzah Zainuddin dan tidak ketinggalan mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan maklumat tentang Anwar.

Mengaku sebagai 'orang akademik' dan 'ahli dakwah', Sidek dipetik Utusan sebagai berkata, "kebenaran maklumat adalah penting dan pedoman syarak adalah mustahak" sebelum beristikharah memohon petunjuk Allah.

Beliau memberikan tiga sebab untuk "meninggalkan Anwar" iaitu mendakwa Anwar mendokong pluralisme agama, hubungan Anwar dengan pihak luar "yang kontroversial" dan masalah integriti yang dimiliki Anwar.

Memang pelik dan dangkal bagi seorang yang mendakwa ilmuwan dan syarie untuk membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada musuh politik Anwar. Apatah lagi sebahagian daripada mereka disifatkan oleh aktivis  veteran Umno dan Setiausaha BN Bandar Tun Razak, Zaharin Md Yassin sebagai 'biawak'. Namun itulah standard 'keilmuwan' dan 'komitmen syarak' Sidek yang kita mahu atau tidak mahu akui.

Bagi mereka yang mahu menilai sejauh mana kekuatan intelek Sidek dalam isu Anwar dan ulasannya tentang politik negara bolehlah membaca wawancara 1/3 muka Utusan dengan beliau.

Berbalik kepada komitmen Utusan dalam menjaga aib pemimpin politik, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa akhbar milik Umno itu hanya berminat menjaga aib pemimpin parti itu sahaja. Seperti kata Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail  pada sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, "Apa perasaan YB (Adun-Adun Umno-BN) jika menjadi mangsa fitnah (qazaf) selama 16 tahun?"

Itu sebenarnya ingatan ikhlas daripada isteri Anwar sendiri kepada pemimpin Umno dan mediumnya Utusan Malaysia tentang budaya fitnah dan qazaf yang kini telah berakar subur dalam parti itu.

Yang lebih mengaibkan, tatkala ghairah menyuburkan budaya qazaf, lebih ramai pemimpin Umno yang diragui moral dan integritinya menjawat jawatan penting dalam kerajaan.

Rasanya perlu untuk Prof Sidek beristikharah bagi memohon petunjuk Allah kerana kini berada dalam kelompok ahlul qazaf...

Muslimat PAS doa Norzula cepat sembuh


Dewan Muslimat PAS Malaysia mendoakan Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Norzula Mat Diah cepat sembuh dan bersabar menghadapi dugaan Allah di atas pemergian isterinya, Datin Maziah Din dalam kemalangan jalan raya semalam. 

Ketua Penerangannya, Mastura Mohamad berkata, Muslimat PAS seluruh negara mendoakan Norzula segera sembuh dan dapat meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di Dun Paloh, Kelantan. 

Menurut beliau, Muslimat PAS turut mengucapkan takziah kepada waris dan keluarga Bendahari Dewan Pemuda PAS Machang, Mohd Zainal Abidin Mat Lazim yang meninggal dunia pagi Jumaat lalu. 

Katanya, seluruh ahli dan pemimpin Muslimat PAS berkongsi kesedihan dan mengharapkan kedua-dua keluarga terlibat bersabar dan redha dengan ujian daripada Allah. 

Beliau berkata, Muslimat PAS mendoakan semoga arwah Maziah dan Mohd Zainal Abidin di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan pejuang agama Allah.

"Setiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan," beliau memetik firman Allah dalam surah Al-Anbiyaa’ ayat 35.

Bomoh 1Malaysia halau puaka Gua Tempurung pula

Selepas dikecam hebat ekoran kemunculan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ritual ‘Seru Mayat Untuk Timbul’,  Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengadakan ritual ‘menghalau puaka’ di KM306.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung.
Kawasan tersebut menjadi tumpuan oleh kerana menjadi lokasi kemalangan yang meragut nyawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, 73 dan pembantunya, Michael Cornelius apabila kenderaan Toyota Alphard yang dinaiki berlanggar dengan lori Mitsubishi Canter.
Gambar ritual Ibrahim yang tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter mengakibatkan pelayar laman sosial sekali lagi bangkit mengecam tindakan berkenaan.
Rata-rata rakyat Malaysia mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap beliau daripada terus mengadakan kegiatan yang disifatkan salah disisi agama.
Namun sejak kehadiran beliau yang membuat ritual mencari MH370 dikecam rakyat Malaysia dan media antarabangsa, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam.
Keadaan ini dilihat seolah-olah beliau mendapat ‘perlindungan khas’ pihak tertentu.
Hal Ini kerana Mesyuarat Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 22-23 November 2004 memutuskan rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin bercanggah dengan akidah kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan
Memetik paparan blog http://aans1.blogspot.com/2014/04/hantu-gua-tempurung-punca-kemalangan.html, Raja Bomoh berkenaan mendakwa kematian Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.
Katanya, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam. 

Khalid saran NS beri air percuma kepada rakyat

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan Kerajaan Negeri Sembilan mencontohi corak pentadbiran Kerajaan Selangor dengan memberikan air percuma 20 meter padu kepada rakyat.
Bercakap kepada pemberita di Telok Kemang semalam Abdul Khalid menegaskan, Kerajaan Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menerima tawaran penjualan air seperti yang ditawarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan (gambar).
Abdul Khalid menyifatkan, tawaran Mohamad sebagai kawan yang baik dan mesra ketika Selangor berhadapan krisis air.
“Memandangkan kita tidak mahu membeli air yang ditawarkan, saya cadangkan agar beliau memberi air secara percuma kepada rakyat negeri Sembilan.
“Ada yang menyelar tindakan saya itu, namun apa yang saya lakukan ini berasas,” katanya dipetik Sinar Harian.
Jelasnya lagi, tawaran yang dibuat Mohamad terlalu sedikit berbanding keperluan keseluruhan Selangor yang memerlukan sejumlah 100,000 juta gelen air sehari selain kos pengendalian urusan pembelian air sangat tinggi.
“Ia ibarat pemberian 10 sen berbanding penggunaan sepatutnya RM1.
“Jadi adalah lebih baik kita mencari alternatif lain atau punca air lain dari Selangor demi kesejahteraan rakyat,” kata beliau selepas sesi Ramah Mesra Pemimpin PKR bersama masyarakat di Gerai Makan Batu 6 Telok Kemang. 

Dedah senarai kargo MH370 -

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran mendedahkan senarai barangan yang dibawa dalam ruang kargo MH370 dan tidak menyembunyikannya daripada pengetahuan umum, ujar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar, banyak persoalan berhubung misteri kehilangan pesawat berkenaan belum dijawab Kerajaan Malaysia termasuk penjelasan mengenai kandungan kargo.
“Setiap kapal terbang yang berlepas mesti ada ‘cargo manifest’, maknanya keterangan barangan yang dibawa dan semuanya direkodkan, (tapi) yang ada (dalam MH370) hanyalah empat tan manggis dan bateri (lithium ion).
“Sampai sudah Kerajaan Malaysia dan MAS belum bagi maklumat dan masih lagi berahsia. Kenapa takut sangat? Benda apa yang nak dicuri?
Apa sebenarnya barang yang nak dibawa ke China? Najib tolong beritahu,” kata Anwar dilapor KeadilanDaily.
Gesaan Anwar itu dibuat ketika berucap di hadapan lebih 4,000 hadirin pada ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Wisma KEADILAN, Bandar Ipoh Raya, Jumaat lalu.
Sehingga kini tiada laporan bahawa kerajaan menyerahkan butiran mengenai kandungan kargo itu kepada Kerajaan Australia seperti diminta.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 18 Mac menafikan MH370 membawa barangan berbahaya, sebaliknya menyatakan hanya terdapat tiga hingga empat tan manggis dalam pesawat itu.
Namun empat hari kemudian, beliau mengesahkan pesawat itu membawa muatan bateri lithium ion dan juga platform kayu untuk muatan kargonya.
Anwar selanjutnya, mempersoal kelemahan ketara yang cuba ditutup kerajaan iaitu keupayaan sistem radar milik negara mengesan MH370.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, radar Malaysia sepatutnya mampu mengesan MH370 kerana kerajaan membeli sistem radar daripada Marconi untuk kawasan utara Malaysia.
“Radar Marconi dipasang di Pangkalan Udara (PU) Gong Kedak dibeli dengan kos RM1.2 bilion adalah canggih.
Lalu lintas pesawat pelbagai saiz semua boleh nampak dan pesawat negara boleh memintas untuk tindakan segera jika ada pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara.
Macamana radar boleh tak nampak? Kenapa rahsiakan maklumat ini dan tidak disampai kepada rakyat?" soal beliau.
Anwar turut membangkitkan kehadiran dua penumpang warga Iran yang menggunakan pasport curi semasa menaiki penerbangan itu.
“Bagaimana pasport curi dari Itali boleh dipakai oleh orang Iran dan bolos masuk Imigresen sedangkan kita ada sistem canggih, dan hal ini terlebih dahulu diberitahu oleh Interpol sekiranya ada berlaku kecurian pasport,” kata Anwar.
Tegasnya, tiga persoalan penting ini yang masih belum dijawab, menguatkan dakwaan bahawa kerajaan BN cuba menyembunyikan maklumat kehilangan MH370.

Wednesday, April 9, 2014

Demo gergasi 1 Mei bantah pelaksanaan GST

GST 6PERCENT AP

Demonstrasi besar-besaran bakal menggegar negara 1 Mei ini jika kerajaan Barisan Nasional (BN) enggan menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat.
Amaran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu susulan Dewan Rakyat pada Isnin lalu meluluskan Rang Undang-Undang GST.
Penyelaras Kebangsaan Sekretariat GST SAMM, Mohd Faizal Ab Rahman menegaskan, ketika ini Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan GST.
Menurut beliau, pertemuan pihaknya dengan banyak pihak untuk melihat sejauh mana keperluan pelaksanaan cukai berkenaan terbukti mereka menolak percukaian itu.
“Ketirisan dalam pentadbiran negara harus diatasi terlebih dahulu dengan laporan audit yang merugikan negara selain pendedahan pelbagai skandal rasuah.
“Pelaksanaan GST secara tergesa-gesa tanpa memikirkan aspek pendapatan rakyat yang masih lagi tidak meningkat akan membebankan ditambah pula peningkatan harga barang dan kos sara hidup,” kata Faizal dalam kenyataan.
Katanya, kelulusan pelaksanaan GST yang mendapat sokongan Ahli Parlimen BN dilihat untuk kepentingan tertentu dan bukan atas kepentingan rakyat.
Faizal berkata, pelaksanaan GST yang bakal dimulakan dengan 6% pada April 2015, dikhuatiri akan melonjak pada kadar 8% pada 2016.
“Ekoran itu, SAMM gesa Kerajaan Malaysia untuk umum penangguhan pelaksanaan GST atau memilih jalan raya untuk meluahkan protes bantahan dalam satu demonstrasi gergasi pada 1 Mei nanti,” tegas beliau.

Dalam sidang media sebelum ini, penganjur himpunan itu yang dikenali sebagai Jawatankuasa 1 Mei mensasarkan demo besar-besaran di Kuala Lumpur sebagai referendum rakyat bagi mendesak kerajaan membatalkan pelaksanaan cukai berkenaan.
Menurut jurucakapnya, Dr Hatta Ramli, perhimpunan tersebut dijangka disertai ramai sama seperti perhimpunan menuntut pemansuhan Akta Dalam Negeri (ISA), beberapa tahun lalu.
Selain SAMM, NGO lain yang menganggotai jawatankuasa itu termasuk, Gabungan Mansuh ISA, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).

Ahmad Said terus bazir wang rakyat

MENTERI Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said sekali lagi menjadi fokus pertikaian u

mum. Agak sukar dipercayai, dalam keadaan rakyat belum pun diberikan penjelasan meyakinkan mengenai kewajaran beberapa projek dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya sebelum, Ahmad tampil pula dengan cerita pembelian dua buah amphicoach (bas dua alam) dengan harga yang amat dipertikaikan.

Akhbar harian Edisi Terengganu, 29 Mac memetik kenyataan beliau bahawa kerajaan negeri bersetuju membeli dua buah ‘bas redah air’ itu dengan nilai RM3 juta sebuah. Kenderaan yang boleh beroperasi di darat dan di air itu dicagarkan menjadi tarikan baru pelancong ke Tasik Kenyir. Berita itu bagaimanapun tidak disambut baik rakyat. Bagi mereka Ahmad terlalu angkuh dan sewenangan membelanjakan wang rakyat, apabila beliau bagaikan langsung tidak terkesan oleh cemuhan dan kritikan hebat pelbagai pihak sebelum ini terhadap lawatan beliau dan rombongan ke Antartika beberapa bulan lalu. Hingga kini rakyat masih gagal melihat kewajaran pemergian beliau ke benua ais itu, terutama apa manfaatnya untuk rakyat Terengganu?
Kini datang pula kes  amphicoach ini. Bagi penulis, pertikaian dilontarkan pelbagai pihak terhadap kerajaan Terengganu, khususnya Ahmad sendiri berhubung perkara ini ada asasnya. Penilaian dibuat rakyat terhadap beberapa perancangan BN sebelum ini banyak mempengaruhi persepi mereka terhadap pembelian terbaru ini.
Pertama, cuba lihat dari sudut potensi pulangan pelaburan. Apakah kajian teliti sudah dibuat bahawa perbelanjaan RM6 juta wang rakyat dalam kes ini bakal memberikan pulangan ekonomi yang menguntungkan kerajaan dan rakyat Terengganu? Apakah ada jaminan ia tidak mengulangi “kesilapan perancangan” beberapa projek mega sebelum ini?
Rakyat Terengganu sudah ada banyak pengalaman. Contohnya dalam kes kejohanan Piala Monsun dan pembangunan Pulau Duyong yang menelan ratusan (malahan mungkin ribuan) juta wang rakyat.
Alasan utama juga untuk tarik pelancong.
Akhirnya, selepas sudah terbukti tidak menguntungkan, kejohanan itu tidak lagi diteruskan di Pulau Duyong. Secara tersirat BN mengakui, pelaburan berjutajuta ringgit di situ gagal menarik kehadiran pelancong pada tahap yang dicitakan.

Ini pun sama. Tasik Kenyir cuba dipopularkan sebagai destinasi pelancongan. Berbagaibagai projek “aksesori” bertujuan menarik kehadiran pelancong telah direkawujud di sekitar tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu. Ada taman burung, ada ladang anggur, zon akuakultur, pulau bebas cukai dan lain-lain.
Malangnya, selepas beberapa tahun projek-projek itu dilaksanakan, ia terbukti gagal memaut kehadiran jumlah pelancong dihasratkan. Maka timbullah idea bas redah air ini. Apakah berbaloi pelaburan RM6 juta itu, mengambil kira faktor cuaca yang membataskan akvititi di air beberapa bulan dalam setahun?
Kedua, apakah ada kebijakan dalam pembelian itu? Menurut maklumat carian di internet, model amphicoach buatan Malta itu dijual di United Kingdom dengan harga £280,000 (lebih kurang RM1.5 juta) sahaja sebuah. Jika itu benar, bermakna harga yang dibayar BN Terengganu adalah dua kali lebih tinggi (RM3 juta sebuah). Apakah ia urus niaga yang bijak?
Rakyat berhak persoalkan hal ini. Kita sudah ada pengalaman dengan kerajaan BN. Ini bukan kali pertama pembelian dibuat dengan harga berkali ganda lebih tinggi daripada sepatutnya. Kes ini mengingatkan penulis kepada kes pembelian pesawat ambulans oleh Mediair, sebuah “cucu syarikat” kerajaan Terengganu, pada 1990-an dulu. Mediair ialah anak syarikat kepada TDM Berhad. Penubuhannya secara khusus untuk menjalankan operasi pesawat ambulans, kononnya untuk menyediakan perkhidmatan mengangkut orang-orang sakit dari kawasan pedalaman ke hospital-hospital di bandar secara cepat melalui udara.
Pembelian pesawat itu pula dibiayai Tabung Pendidikan Negeri (TPN), di atas hasrat menyewakannya kepada Mediair.
TPN telah membeli pesawat terpakai (second hand) jenis Piper Chyne dengan harga RM6.9 juta.
Sedangkan, sebuah pesawat terpakai jenis sama bernilai hanya AS$200,000 (kira-kira RM800,000 sahaja). Manakala harga sebuah pesawat baru jenis itu hanyalah AS$1.2 juta (lebih kurang RM4 juta sahaja).
Ertinya telah berlaku lebihan bayaran dalam pembelian itu lebih RM6 juta. Di manakah cerdiknya BN? Apabila operasi Mediair mengalami kerugian, sewa yang dijanjikan kepada TPN juga ‘hangus’.
Ketiga, rakyat juga mempersoalkan keutamaan perbelanjaan. Apakah sesuai dengan keadaan rumit yang menghimpit hidup rakyat kini, BN memikirkan berbelanja besar pada sesuatu yang tidak nampak manfaat secara langsungnya untuk mereka?
Tidak adakah aspek atau sektor lain yang lebih perlu diutamakan? Contohnya, menokok pembiayaan pelajar aliran agama ke luar negara (yang dipotong sejak beberapa tahun lalu); atau menambahbaik prasarana pengangkutan awam di darat yang masih jauh dari memuaskan.
Atau mewujudkan sistem perparitan dan saliran yang lebih efisien agar tidak berlaku banjir kilat; atau beli sampan dan bot penyelamat lebih banyak/baik bagi digunakan di waktu banjir (ambil pengajaran kelembapan kerja bantuan banjir di Kemaman tahun lepas).
Bilakah agaknya BN mahu belajar cara lebih ‘cerdik’ menguruskan kewangan negeri?

Pemilu Indonesia: Isu masa depan negara jadi fokus - Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus


Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus
 "Kempen Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen Indonesia 2014 hanya berkisar mengenai kesejahteraan hidup rakyat dan masa hadapan negara," kata penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang kini berada di Indonesia untuk membuat perhatian pilihan raya di sana.

Ketika mengulas mengenai pembuangan undi oleh rakyat Indonesia hari ini, menurutnya isu kempen pilihan raya Indonesia lebih menjurus kepada kempen untuk menjadikan Indonesia lebih baik dan tiada isu moral pesaing dimainkan.

"Bandar seluruh Indonesia pagi ini lenggang. Rakyat beratur mengundi seawal jam 7 pagi hingga 1 petang apabila tempat mengundi ditutup.

"Di tempat mengundi tadi, saya berbincang dengan beberapa orang. Kata mereka, isu utama pilihan raya adalah ke arah menjadikan Indonesia lebih baik dan sejahtera, tiada isu 'kotor' yang dimainkan," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Rakyat Indonesia menunaikan tanggungjawab mereka hari ini untuk mengundi pada Pemilu Parlimen Indonesia 2014.

Nasib calon-calon yang merebut 560 kerusi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau parlimen Indonesia akan ditentukan oleh 185.5 juta pengundi berdaftar negara tersebut.

Dimana kita patut risau dengan GST


Mengenai GST, dimana kawasan2 kerisauan kita?

1)    Dari sudut konsentrasi dana dalam tangan kerajaan- berdepan lah dengan kenyataan, bahawa kita tidak percaya kepada BN bila mengendalikan wang rakyat.


2)    Dari sudut agihan pendapatan- ternyata priority utama kerajaan ialah membanyakkan wang dalam tangan, tidak peka keatas impak kepada golongan pendapatan rendah khas nya orang Melayu

3)    Impak inflasi

4)    Penguncupan kuasa beli akan mengakibatkan permintaan yang kurang mengakibatkan kelembapan pertumbuhan ekonomi.

Hujjah yang paling seronok dugunakan oleh ahli parlimen BN ialah , jika 160 buah negara dalam dunia ini mengunakan GST, tentulah ia bagus;  ada benar dan ada tidak benar. 160 negara menggunakan nya ialah tanda semua kerajaan 160 buah negara tersebut mahukan lebih banyak wang dalam tangan mereka. Negara yang korap dan rasuah, negara tin pot dictator, negara kaya yang demokractik, neara yang mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi, semua mahukan wang lebih banyak dalam kantong mereka. Bukan kerana ia semestinya baik untuk rakyat, tapi ianya keadah baik untuk membanyakkan dana keajaan. Sama ada ia baik untuk rakyat, bergantung kepada kualiti kerajaan dan kualiti pengurusan wang tersebut.

Maka, jika sumber kekuatan hujjah penyokong GST ialah menunjukkan bahawa ada 160 buah negara dalam dunia ini yang melaksanakan GST, yang menyamakan Malaysia engan 160 negara itu ialah, kerajaan Malaysia sebenarnya mahukan lebih banyak wang dalam kantong mereka?

Kita mesti tanya sebab2 mengapa kerajaan mahukan lebih banyak wang dalam kantong mereka? GST menambahkan antara 22 hingga 33 billion setahun kepada kantong.
Kepada seorang ekonomis, ini suatu perkara yang merunsingkan. Sebab konsentrasi kuasa wang yang banyak dalam tangan kerajaan. Prinisp nya ialah, wang rakyat lebih selamat dalam tangan rakyat sendiri dari meletakkan wang tersebut dalam tangan orang lain.

Rekod kerajaan macam mana? Rekod kerajaan sejak 1998 ialah belanja lebih dari pendapatan. Budaya belanja berhemah tidak ada dalam kamus kerajaan kita. Hutang kerajaan dari sudut peratusan GDP sudah hampir 55% ceiling. Ceiling ini ditetapkan oleh akta pinjaman dan akta pendanaan kerajaan 1983.

Bukan artbitrary. Bab yang arbiitrary ialah ceiling ini sudah ditukar 3 kali sejak 2003. Semasa itu sabahat saya dari Rompn menteri kewangan 2 menetapkan ia pada 40%. Kemudian masuk Noor Mohd yaakob taruh pada tahap 45%. Sekarang Husni Hanazliah menetapkan pada 55%. Maka bab arbitrary ialah pada bahagian menukar sesuka hati.
Berbalik kepada perkara yang dirunsingkan oleh ekonomis apabila banyak wang berada dalam tangan kerajaan. Mengikut lapuran kastam, ianya menambah 22 billion setahun. Kajian lain menunjuukan 33 billion. Beza beza ini diterangkan oleh keberkesanan pengutipan cukai GST. Kalau efisyen, maka lebh banyak, kalau pihak kerajaan kautim dengan syarikat besar yang sudah biasa tidak mahu bayar atau lari dari cukai, maka kurang lah hasil GST.

Apabila GST dilaknakan, kerajaan akan mempunyai bayak dana. Matlamat mengurangkan deficit akan dilupakan. Dengan wang yang lebih, kita dengar sendiri dari ahli2 BN, kita akan dapat bantu rakyat. kita boleh pindahkan wang dari yang kaya kepada yang memerlukan. Hujjah sebegini memang menarik dan popular. Tapi duit syiling itu ada dua permukaaan. Konsentrasi wang yang banyak memang boleh di gunakan untuk perkara yang berfaedah kepada rakyat, tapi boleh juga digunakan untuk pembaziran.

Ini yang menakutkan dari sudut ekonomi- pembaziran. Ianya akan menjauhkan lagi objektif mengurangkan deficit. Sebab kerajaan ada rekod yang buruk dalam perkara ini. Kita boleh buat jejambat overhead RM50 juta, kta hendak belanja RM340 juta. Kita boleh beli AFV pada harga pasaran RM3.5juta seunit kita belanja hampir RM8 billion untuk 257 biji yakni RM30juta se unit. Kita boleh beli helicopter yang harga pasaran RM85juta/unit, kita beli 12 unit pada harga RM193 juta seunit. Kita plan nak bina PV pada RM350juta seunit, kita pilih nak buat 6 buah LCS pada harga RM1.5billion seunit.

Ini yang menakutkan mana2 ahli ekonomi. Pembaziran dan penggunaan wang yang tidak optimal.


Ahli2 BN boleh kata- itu belum lagi terjadi. Tapi rekod kerajaan yang ada sekarang, menunjukkan bahawa kebaranglkalian terjadi demikian lebih tinggi dari keberangkalian tidak melakukan nya. kita akan menyeberangi jambatan bila tiba masa nya. sayang sekali jambatan menghubungi financial discipline dan financial prudence sudah dibakar lama.