SESIAPA yang membaca akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac lalu tentunya tertanya-tanya dengan maklumat yang dipaparkan akhbar tersebut.
"Ahli politik wanita didakwa berkhalwat," lapor Utusan.
Menurut laporan itu, seorang ahli politik wanita bersama pasangannya masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kangar atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel pada awal Mac lalu.
Ahli politik wanita berusia 34 tahun yang disebut namanya itu dituduh berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun. Mereka ditahan ketika berada di sebuah bilik hotel pads pukul 1.30 pagi, 3 Mac lalu.
Ahli politik itu didakwa di bawah Seksyen 9(2) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 manakala pasangan didakwa di bawah Seksyen 9(1) enakmen yang sama.
Sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya.
Hakim Syarie menetapkan tarikh perbicaraan kepada14 Mei.
Bagi mereka yang tidak mengikuti secara dekat politik Perlis, identiti ahli politik wanita itu pastinya menjadi tanda tanya memandangkan dia tidak dikenali di peringkat nasional.
Hanya setelah membaca laporan The Star pada tarikh yang sama kita akan mengetahui bahawa ahli politik wanita itu sebenarnya mengetuai salah satu sayap Umno negeri Perlis.
Pastinya kita kagum dengan keprihatinan Utusan dalam memelihara aib pemimpin parti itu di khalayak pembaca. Utusan bukan sahaja tidak menyiarkan jawatan yang disandang ahli politik wanita itu walaupun ianya jawatan tinggi parti di peringkat negeri, malah tidak menyiarkan gambarnya seperti dilakukan The Star.
Sekali lagi syabas diucapkan kepada Utusan kerana memelihara aib manusia. Namun sayangnya tindakan menjaga aib itu hanya dikhususkan kepada para pemimpin Umno.
Sebagai bukti, Utusan pada tarikh yang sama menyiarkan wawancara bersama pensyarah bidang ilmu dan peradaban, Prof Datuk Dr Sidek Baba (gambar) yang sarat dengan kecaman dan kata nista terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sidek yang disifatkan Utusan sebagai "begitu rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya satu ketika dulu" kini tergolong dalam kelompok bekas kenalan dan penyokong Anwar yang lantang mengecam dan menghodohkan peribadi Anwar.
Sidek mendakwa masih mendukung dan bersimpati dengan Anwar sejak 1998 hingga 2011. Namun mengaku berubah pendirian selepas Anwar menghadapi pertuduhan liwat kedua.
Sidek mengakui telah menemui 30 orang antaranya bekas penasihat agama Anwar, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, bekas Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Nor, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin, Timbalan Menteri Luar, Hamzah Zainuddin dan tidak ketinggalan mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan maklumat tentang Anwar.
Mengaku sebagai 'orang akademik' dan 'ahli dakwah', Sidek dipetik Utusan sebagai berkata, "kebenaran maklumat adalah penting dan pedoman syarak adalah mustahak" sebelum beristikharah memohon petunjuk Allah.
Beliau memberikan tiga sebab untuk "meninggalkan Anwar" iaitu mendakwa Anwar mendokong pluralisme agama, hubungan Anwar dengan pihak luar "yang kontroversial" dan masalah integriti yang dimiliki Anwar.
Memang pelik dan dangkal bagi seorang yang mendakwa ilmuwan dan syarie untuk membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada musuh politik Anwar. Apatah lagi sebahagian daripada mereka disifatkan oleh aktivis veteran Umno dan Setiausaha BN Bandar Tun Razak, Zaharin Md Yassin sebagai 'biawak'. Namun itulah standard 'keilmuwan' dan 'komitmen syarak' Sidek yang kita mahu atau tidak mahu akui.
Bagi mereka yang mahu menilai sejauh mana kekuatan intelek Sidek dalam isu Anwar dan ulasannya tentang politik negara bolehlah membaca wawancara 1/3 muka Utusan dengan beliau.
Berbalik kepada komitmen Utusan dalam menjaga aib pemimpin politik, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa akhbar milik Umno itu hanya berminat menjaga aib pemimpin parti itu sahaja. Seperti kata Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, "Apa perasaan YB (Adun-Adun Umno-BN) jika menjadi mangsa fitnah (qazaf) selama 16 tahun?"
Itu sebenarnya ingatan ikhlas daripada isteri Anwar sendiri kepada pemimpin Umno dan mediumnya Utusan Malaysia tentang budaya fitnah dan qazaf yang kini telah berakar subur dalam parti itu.
Yang lebih mengaibkan, tatkala ghairah menyuburkan budaya qazaf, lebih ramai pemimpin Umno yang diragui moral dan integritinya menjawat jawatan penting dalam kerajaan.
Rasanya perlu untuk Prof Sidek beristikharah bagi memohon petunjuk Allah kerana kini berada dalam kelompok ahlul qazaf...

No comments:
Post a Comment