Friday, October 24, 2014

Minimum Hantaran Kahwin Terkini 2014 RM8,000 – RM10,000. Kos Perkahwinan Tahun 2015 + GST 6%?

Akibat segala benda naik, harga rumah naik “ibarat roket Soyuz laju ke angkasa” sehingga menyebabkan tempoh pinjaman pun dinaikan kepada tempoh yang lama untuk membolehkan peminjam jadi “mampu”. Sedangkan ia hanya kemampuan yang “artificial” sahaja.
Bukan sahaja itu….dek kerana segala kos naik, katering naik, mak andam naik, fotografi naik, segala macam naik dan tidak boleh dilupakan kos hantaran turut naik + GST 6% pada masa akan datang telah menyebabkan tempoh untuk anak muda hari ini berkahwin terpaksa dilambatkan dan dianjakkan tempohnya kepada waktu yang lebih sesuai. Bila? Biar takdir dan waktu menentukan…
Bertambah sadis lagi hari ini, apabila penentuan nilai hantaran kahwin terkini dan kemeriahan majlis perkahwinan menjadi penanda aras untuk dijadikan topik perbualan orang disekeliling. Meriah atau tidak? Grand atau tidak? Lauk majlis perkahwinan berapa jenis ada? Kambing bakar ada atau tidak? Berapa hantaran anak dia? Bla…..bla…..bla…..
Yang mana akhirnya kelak, pasangan yang baru berkahwin dan mendirikan sebuah masjid ini terpaksa menguruskan beban kewangan selepas itu. Realitinya rata-rata lebih selesa meletakkan hantaran perkahwinan yang tinggi.

Tahap Pendidikan Tinggi, Hantaran Kahwin Juga Tinggi?

No comments:

Post a Comment