Friday, October 24, 2014

‘Silent protest’ bahaya untuk kerajaan

Protes secara senyap terhadap kenaikan harga minyak lebih berbahaya buat pemerintah, kata Pensyarah Sains Politik dan Kajian Politik Malaysia dari Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.

Menurutnya, rakyat pada masa kini dilihat lebih bertindak melahirkan rasa tidak puas hati melalui media sosial bukannya demonstrasi seperti yang berlaku sebelum ini.

“Isunya adalah kerajaan naikkan harga minyak. Rasa tak puas hati rakyat itu boleh disampaikan melalui cara demonstrasi. Itu cara langsung.

“Keduanya rasa tak puas hati itu dikeluarkan melalui media sosial...'silent protest'. Terlalu banyak kita lihat sekarang. Bagi saya, itu yang bahaya,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas suasana beberapa siri demonstrasi bagi membantah kenaikan harga minyak baru-baru ini yang kurang mendapat sambutan.

Katanya, kurang sambutan itu bukan bermaksud rakyat tidak lagi marah sebaliknya rakyat bakal menzahirkan perasaan mereka pada keputusan pengundian pilihan raya akan datang.


“Kerana kalau rasa tak puas hati itu dikeluarkan dalam bentuk begitu dan tidak nampak rasa tak puas hati, tapi kemudiannya dizahirkan dalam bentuk pengundian akan datang, akhirnya ini berbahaya untuk pemerintah.

“Kalau dibuat melalui demonstrasi dan sebagainya, paling kurang mereka nampak,” katanya.

Tambahnya, pembentangan bajet 2015 yang lalu tidak mampu menenangkan rakyat meskipun pelbagai insentif disediakan untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment