Golongan bangsawan seharusnya menjadi manusia paling dihormati dalam sesebuah masyarakat dengan mematuhi peraturan dan paling santun kepada rakyat bawahan, kata Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Bekas mufti Perlis itu berkata sejarah membuktikan bahawa bangsawan yang samseng dan zalim pernah digulingkan rakyat seperti yang berlaku di Parsi dan beberapa negara Eropah. “Hanya mereka yang perasan sahaja merasakan diri mereka bangsawan yang tidak boleh dipertikaikan.
“Hanya bangsa ataupun individu yang bodoh, dungu dan feudal atau pun pengampu terlampau sahaja yang menganggap mengkritik golongan bangsawan istana itu satu kesalahan dan menggesa agar pengkritik diambil tindakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Jumaat mempersoalkan tindakan sebuah stesen televisyen swasta yang hanya menyiarkan tindakan baginda menendang tiang bendera penjuru sehingga menimbulkan salah faham kepada peminat bola sepak tanah air, lapor Bernama.
Menurut baginda, tindakan berkenaan sebagai cara meraikan kemenangan pasukan Johor Darul Ta'zim selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia.
Media seharusnya bertanggungjawab menyiarkan perkara yang tepat bagi mengelakkan sebarang implikasi dan ia sesuatu yang normal bagi seorang manusia dalam meluahkan rasa kegembiraan, titah baginda.
Asri berkata pihak yang mendakwa golongan bangsawan tidak boleh dipertikaikan mempunyai masalah mental dan akidah sehingga seakan menganggap golongan bangsawan itu bagaikan maksum melebihi para nabi yang diutuskan oleh Tuhan.
Katanya, jika dilihat istana-istana raja Eropah serta pencapaian mereka, ia bagaikan tidak akan tumbang apatah lagi maharaja China dan Parsi lebih gah dengan tentera, kemewahan harta dan wanita namun kesemuanya lenyap.
“Kesemuanya pupus dibuang oleh kehendak rakyat apabila mereka dilihat sudah tidak relevan lagi. Mereka lebih banyak merosakkan dari memberikan manfaat kepada rakyat.
Nepal juga membuang institusi raja mereka. “Kesemua ini menjadi pengajaran kepada golongan bangsawan yang masih berkuasa dalam pelbagai bangsa agar menjaga adab dan ketertiban mereka.
“Jangan samseng sehingga akhir mereka dicampak oleh rakyat sendiri dan bangsa sendiri,” katanya. Pensyarah Universiti Sains Malaysia itu berkata salah satu sebab kejayaan bangsa Eropah adalah kerana mereka tidak membiarkan kezaliman raja-raja berterusan.
Katanya, pembuangan sistem istana dan agama yang diperalatkan oleh istana membawa bangsa Eropah maju dan bebas dari cengkaman kezaliman.
“Jika bangsawan itu sekadar menunjukkan kesamsengan kepada rakyat, mendapat pelbagai harta dan tempat atas cengkaman kedudukan, membazir harta awam, memukul sesuka hati orang biasa dan mengungut sesiapa yang mereka mahu, maka golongan bangsawan seperti itu sepatutnya dinyahkan dari sesuatu bangsa.
“Sesuatu bangsa akan terus dalam belenggu kebodohan jika golongan bangsawan seperti itu masih dibiarkan. “Golongan samseng yang menyakiti rakyat bukan sahaja patut dibuang, bahkan tidak layak pun untuk di tempat di muzium sejarah mana-mana bangsa pun melainkan dengan catatan hitam ‘samseng’,” katanya.

No comments:
Post a Comment